Hari ni UPSR start ye. Ngerngernger. Amekaw mak-mak yang pertama kali menghadapi anak-anak yang berjuang di medan peperiksaan. Selamat berjuang anak-anak ku, Mikhail dan Zulaiha. Biaq mak hampa dok ketaq lutut situ. Cheq suka!
Kemain kau jah, ari ni awai gilor saya ke dapur. Bersiap sedia untuk masak juadah berbuka kununnya. Mak aih, dok abih-abih lagi ke pose nam?. Nak buat macam mana. Iman tak dapat diwarisi. Krrrrr. Sang Arjunapun! Pepagi call order itu ini untuk berbuka. Kalau idak, selagi tak berpusing sommersault kepala otak saya nak mikir nak masak apa, takde maknanya dia nak menyumbang jasa bakti untuk tolong fikir. Diapun samalah. Kes iman tak dapat diwarisi. Dari seorang ayah yang bertaqwa. Juga tak dapat dijual beli. Heee, baik saya hapal lagu raihan ni daripada ternganga ngadap abang Arun Ajis dalam drama Adam dan Hawa yang tengah melehetopp tu.
Nanti hirup perlahan-lahan tomyam sedap ni ya. Resepi mak saya yang campak-campak je ni. Tak guna paste tomyam. Kira tomyam jaman dulu kot ek?
Letak kuah tamak-tamak, jadi macam bubur nasi berkuahkan tomyam. Jangan gopoh-gopoh, nanti tersedak. Pedas tu. Keluar ikut hidung, tak ke klinik Zalfah, KPMC kau dik! Tapi orang sebelah ingat kita tersedak sebab Court Mammoth sebut, instalmen sopa, tiwi, meja sudut meja kopi meja study raya belum bayar. Hukhuk.
Bahan-bahan:
5-6 ekor udang
1 ekor sotong
2 batang serai (dititik)
1inci lengkuas
2 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi
2 keping asam gelugur * boleh juga digantikan dengan cuka
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
Segenggam cendawan tiram
2-3 helai daun limau purut
Garam dan serbuk perasa
Minyak
Cara-cara:
- Tumbuk bawang putih dan cili api. Tumis. Masukkan daun limau purut dan serai. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan asam gelugur.
- Bila kuah mendidih, masukkan udang, sotong dan cendawan. Masak sekejap nanti udang dan sotong tu keras/liat.
- Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Tutup api.
- Untuk menambahkan kaw rasa masamnya, perahkan air asam limau semasa menghidang.
dah lama pulak rasanya saya tak buat tomyam... ni dah ada resepi hebak bolehla try... ngee... mintak resepi yer :)
assalamualaikum..
opocot tomyam mak kau.. ekekekkee.. sodapnya, sipi sipi dah nampak cam tomyam ori dari thai gitu.. eh suke la tomyam yang pure tak de perasa ni.. kegemaran arwah aboh.. sedap ngirup kuah tuh. nak order setempayan plzz
mas pun suka tomyam gini...
sedapnya..
baru teringat lama dah mas makan tomyam....huhuhu
Asslmkum.
Hehehee. Mula2 mesti gelak dulu baca celoteh. Lepas tu baru menikmati jamuan mata dgn gambo tomyam tu. Heee. Sedap tomyam hirup mcm tu ja. :)
salam perkenalan,
tersedak dek celoteh chah...kelakar.
takut heh nengok cili padi merah menyala, tapi udang tu sangat menerujakan
tomyam mmg x leh buat lauk klu mkn nasi..nk hirup camtu jew sedapp:)
yummy...tomyam simple gini wehh..sokmo buat.kok sama plak style mak hang masak dengan cawa aku...buh kuah2 banyak kat nasi..pehtu hirupp....phiew...nyaman..
bila nya bubuh lengkuas???....xnmpak dlm cara-cara pun....
bila nya bubuh lengkuas???....xnmpak dlm cara-cara pun....
mintak resepi yer..