Benda yang paling mensyahdukan saya biasanya makanan. Ada orang mungkin terkesima atau syahdu mahdu dengan music box ada ballerina menari pusing-pusing secret admider bagi guna duit loan. Mungkin juga ada yang akan sayu bila tengok kotak kasut. Tak berapa pasti; jadi lebih baik saya stop sebelum saya lemparkan tuduhan dan telahan yang pastinya tidak benar sama sekali.
Ini kuih wajib kantin emak. Tu yang syahdu tu. Kuih senang, menurut kata ibuku la. Mungkin menurut kamu dan ibu kamu ini kuih yang susah untuk dibikin. Krrrrrrr
Sebenarnya kalau menurut saya kuih ini buat saya sakit pale nak membuatnya. Bukan apa, sebab bila tengok mak buat prosesnya kacau-kacau aje. Tapi sukatannya sampailah ke la, saya memang tak tau. Mungkin emak juga tak ada sukatan khas. Mejik betul tangan dia. Jadi dengan tangan saya yang selalu kena conteng dengan kaler mejik ni, memang akan menghasilkan versi yang berlainanlah setiap kali membuatnya. Jadi macam mana Cik G nak terbitkan buku masakan kalau macam ni?
Bila Tun yang tengah diet (lah sangat!) tu gegarkan hati saya dengan sagu aka bronok versi kukus, buat saya terus ke dapur hingga bergegar juga bumi Kajang dek hentakan kaki ebab Cik G.
Wah! Terus selamat tinggalkulit kusam ku! masalah kuih bronok ku! Hikhikhik.
Wah! Terus selamat tinggal
Bahan-bahan:
Sumber asal: sini thru Tun Telani
Versi gegar juga : Izah
1 cawan sagu -basuh dan toskan
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Gula parut (yang putih sahaja) -gaulkan dengan sedikit garam. *Boleh juga dikukus sebentar untuk tahan lama
Pewarna/perisa kegemaran - saya gunakan pewarna kuning dan ungu
Cara-cara:
- Panaskan air dengan gula. * Saya masukkan sehelai daun pandan.
- Bila air telah mendidih dan gula telah larut sepenuhnya, masukkan sagu.
- Kacau hingga agak pekat.
- Masukkan adunan kuning diselang-selikan dengan adunan ungu ke dalam loyang.
- Kukus hingga sagu menjadi jernih sepenuhnya anggaran 30 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
- Gaulkan dengan kelapa parut dan bersedia untuk adegan gegar-gegarkan dagu!
Assalam, pagi2 ziarah dapur chah terpandang kuih sagu yg manawan kalbu..akak baru buat guna resepi ni, sedap! ;)
Chah, cantiknyer gambar. Banyak koleksi prop ya. Sagu pun membuat saya menelan air liur.
Regard,
Azie Kitchen
LOL~~ heyy... ai tgh diet betul2 ni tau.. mlm2 x makan dinner okey.. minum air teh ) kosong je.. hoho.. cuma kuih sagu ni minggu lepas wat dua kali dan sekali hadap 6 ketul masuk mulut.. muahahhaahahaha.. pastu skipping dgn harapan lemak2 x sempat terkumpul :p
nmpk bijik2 tanpa putih2 kt tgh tu mmg excited.. mmg sblm ni stress tahap nk baling periuk bila masak. skrg dh blh pejam mata smb buat kuih sagu.. hoho
Salam chah,dah bertahun rasanya kak ros tak makan kuih sagu macam ni.Kalau nak buat anak2 tak makan..nak kena bedal sorang2 tu la yangjadi susah nak cuba buat kuih ni! huk huk.tumpang makan kat sidi ya.
Kak Chah, ni kuih gedik namanya..hehe..
sama Chah akak dengan Puan Ros tu anak2 tak suka makan,akak masak yg diaorang suka makan je,kadang2 yg sendiri makan beli hahaha tulah kalau Chah dekat boleh minta sikit mesti sedap tengok gambo dah terliur sngt
As'salam Chah
masuk dah lama ni Chah, tapi nak tinggal komen kena tunggu semua gambar tu loding penuh sebab suka kat kuih sagu @ telur ikan ni haaa hehehe. zaman kecik2 tu k.ct panggil telur ikan sebab bergentel2 gitu erkkk..telur ikan ker telur apa erk lupalah hahaha
gambar semakin cantik, teruskan usaha dimasa akan datang yeahhh!
sofea,
memang manteppp resepinya...ralit dok kunyah biji2 sagu yg mungil tu...:)
Azie,
hehe sebenarnya saya tkde banyak koleksi prop pun, asik2 guna yg sama je sebenarnya susun je lain2 hhehee...maybe Azie je yg tak perasan..:P
tun,
amannnn daku dapat resepi yg mudah.my ni...:D
tenkius lalling!
Kak Ros,
tima kasih nyinggah sini..meh la kak gonyel kuih ni, walopun simple tapi mabeles!
Milah...
heeee gedss cam sapo la tu...
Kak Noor,
memang sedap kak, jom ar kita gonyel2...
Kak CT,
tenkiu...saya tengah herot2 lagi tangan nk ngambik gambar kak...byk lagi yg kena belajar...yeahhh...