Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHOLE MEAL BUNS

Rabu lepas saya keluar berpeleseran dengan BFF. BFF cenge. Nak tiba ke destinasi tu, saya naik tren. Mudah dan tak seram-seram bila keluar dari kereta kat parking lot sorang-sorang. Kalau tidak, kepit handbag sebelah kiri, sebelah kanan kena jinjing stiletto merah dan kena lari sekuat daya dan usaha untuk sampai ke dalam shopping mall. Ingat dah tua renta macam ni tak ada orang berkenan kew?  Heyy! Buatnya ada mamat-mamat mana yang dok phewit-phewit, ai juga yang blush nanti. Kua kua kua.


Lama tak perhati gelagat orang. Best tau dapat tengok perangai manusia. Ada yang seksi maut, separuh perut terkeluar, padahal pusat tersentil berkulat tak pernah cuci. Tak kurang juga ada yang sejuk mata Kak Temah memandang. Ada yang......Errr makcik, sila jaga pandanganmu, boleh? 


Tak ada kena mengena dengan cerita pusat tersentil tu. Cerita bun inipun dah berakhirpun episodnya. Ini bun yang digentel lebih dari buat pizza base dulu tu. Dah nak masuk tahun 2013 dah, baru nak share kat sini. Tak apalah, roti aje mungkin dah basi, resepi akan kekal bergaya sampai bila-bila, tak gitu?


Resepi Abang Jamie la ni. Saya ada version lain untuk whole meal bun. Resepi Chef Michael dari ICCA. Nanti ada sinang saya share kat sini.


Ni resepinya KAT SINI. Hari ni tak ada sinang nak taip semula. 

Nak tau tak,  masa saya naik tren tu kan, ada jugak yang..... 

MAKCIK?!!

6 Responses to WHOLE MEAL BUNS

  1. Acik...tak baik tau..kena jaga pandangan..jaga mulut..noti ni..
    Uhuk2..I wish can join that session..nyammpah! suka dating terkejut terkejut punya date....next make sure leadtime 1 wk tau..aku nak joinnnnnn!!!!

  2. As'salam Chah

    nasib baik pusat k.ct bukan jenis yang tersentil keluar okeys, cantik berbentuk nasib baik tak ada berlian tersentil kat situ..hahaha

    ada2 jer Chah ni buat lawak kasi terhibur kan Chah..hehehe

  3. makcik?? cerita bersambung ke episod seterusnya.. dah tu terasa2 diva la nak orang panggil datin khaann. stiletto 4 hinci khaann. tu bukan gaya takut ngan orang, tu gaya mcm nak kena kejor ngan anjing. hak hak..tringat duk skodeng kat balkoni tingkat 17 ai ni, gelak sorang2 tengok org kena kejor ngan anjjing kat perumahan cina bawah ni. kiki.. mcm tak de kroje lain aku nak gelakkan.

Leave a Reply