Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PIZZA ALA ISLAND SUPREME


Hah! mengata lagi si Jamie Oliver tu bila masak asyik tabur garam, tabur pepper perah lemon. Saya mengata sikit tu aje. Tak pernahpun saya mengata dia pelat nak sebut huruf D. Dia pelat sebut huruf S pun saya tak pernah kata. Mana ada!


Yang best tentang mamat pelat tu sebab dia masak main campak-campak je. Bukan kita tak boleh masak campak-campak, harus hasilnyapun kena campak ke dasar Tong Tok Tang

Selalu juga saya buat pizza. Yang ringkas-ringkas saja. Kalau yang over-over nanti, ada pula yang tutup kedai. Lepas tu berderet jugalah yang minta saya kerja dengan mereka. Takmo la saya jadi glamer sangat seantero Malaya. Pfffttt!!


Resepi pizza base ni asalnya dari mamat pelat nilah. Tapi kali ni saya buat ala-ala kesedaran sivik dan rasa cintakan kesihatan setinggi  kemuncak Kinabalu.  Wholemeal pizza base. Bluweks!

Bahan-bahan pizza dough:
Sumber : Jamie Oliver

200 tepung high protein (saya guna 150 high protein dan 50g tepung wholemeal)
130ml air suam
Secubit garam
Secubit gula
1/2 sudu besar olive oil
1/2 sudu kecil yis kering


*resepi asalnya untuk 1kg tepung. Banyak tu, boleh makan satu kejiranan nanti. Jadi resepi ni saya dah olah ikut saiz perut saya yang kecil mungil ni. Ngeh ngeh ngeh.

Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan uli hingga kenyal dan lembut. 
  • Perapkan doh hingga naik sekali ganda anggaran 20-30 minit. 
  • Keluarkan udara daripada doh dengan menumbuk-numbuk perlahan. 
  • Bentukkan seperti pizza base.  Letakkan topping kesukaan. 
* Untuk adunan ini, saya dapat 1 keping pizza saiz sederhana dan 5 ketul wholemeal bun. 



Bahan-bahan topping:

1 ketul tuna in water (toskan)
Sos tomato secukupnya
1 potong nenas (rebus sebentar hingga berbuih- basuh dan toskan)
1/4 biji bawang Holland
4-5 keping isi ketam frozen
Sedikit dried mixed herbs
Shredded mozzarella cheese secukupnya
Shredded cheddar cheese secukupnya
Parmesan cheese secukupnya

Cara-cara:
  • Sapukan pizza base dengan sos tomato. 
  • Direnjis-renjis dan ditabur-taburlah dengan bahan-bahan topping. Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 12-15 minit.
* boleh juga tukar topping mengikut aliran terkini muda-mudi. Caranya, bila makan di Pizza Hut ke, Domino's Pizza ke, mana-mana topping yang menambat jiwa,  kelebetlah bahan apa diorang letak. Lepas tu balik rumah, canai doh pelat ni then tabur-taburkan topping kesukaan.



Ha Jamie, resepi apam snow white yang ai bagi aritu dah terai belum?

8 Responses to PIZZA ALA ISLAND SUPREME

  1. asslm...selamat pgi...
    pepagi dah menayang pizza yea...
    terasa lapo tau...mmg suka makan piza2 ni...buat aje xpenah...
    lepas ni bleh la nak mcuba jugak...
    tq resepi...

    boleh tau x...berape besar yea saiz piza ni...tq

  2. Kelakarlah Kak Chah nie..suka tau bila baca entri akak..senyum sorang2 saya..rupanya senang buat pizza nie ye..x pernah buat lagi..nnt leh cuba resepi akak nie..

  3. Weeee Chah, lajunya entry, xdan habis kek, dah kuar pizza.... Akak rasa penah gak buat pizza base dgn tepung wholemeal ni...mmg sedap dan enak...pastu yg menggunakan minyak zaitun pun rasa mcm dah buat..sedap kaan...lembut ayuuuu gitu...ahakss!! Tapi kalau Chah nak hulur kat akak 1/2 loyang tu no hal...akak rembat jer...hehe

  4. Alahaiiii...Chah,memang gue tak tahan dah tengok pizza ni..macam nak ambik satu slice tapi jauh la..tolong post ke dapur gue sikit..

  5. As'salam Chah

    mamat pelat ni kalau dia masak, Hubby k.ct selalu malas nak tengok. katanya mamat ni kalau masak air liur dia beterabur kat makanan..hahaha. pasal sebut hurup ssssss tu tak kisahlah sebab masa dia muda kan dia ensom so I dah tangkap cintan kat dia..hahaha.

    Chah..nanti k.ct nak cuba juga resipi pizza dari si Jamie ni ya, kot2 boleh masuk tv jadi orang tepi dia jadi lerrrr..hehehe

Leave a Reply