Janganlah tukar siaran pulok bila tengok gambar kuih bom dalam munger-munger berguguran ni. Macam nak shoot iklan perfume Flora By Gucci aje.
Perjalanan pergi balik dari hantar Ariff ke sekolah, yang pasti saya akan menempuh jalan yang di kiri kanan banyak pokok bunga ni. Cantik je bila tengok bunga-bunganya gugur ke tanah tanpa lelah. Bila dongak ke pokok tu, blossom! Dan bila tunduk ke bumi pula, juga melata bertaburan bunga-bunganya. Macam berada di alam Winter Sonata.
Tak adapun orang yang kisah. Jadi, saya cubalah ambik kisah dan beri kasih pada bunga-bunga ini. Wah gitu!
So kakak jambu pun kutiplah bunga-bunga ni sebelum dia merajuk dan tak mahu berbunga dan menyerikan bumi lagi.
Tapi, bila tengok gandingan bunga dan bom ni, macam terrorist dengan minah jiwang lah pulak. Bom yang ganas sedang dibelai ayu-ayu dan manja-manja sambil tidur atas riba munger pink lagi. Heks.
Untuk menjadikan anda secomel Hana Tajima, sila salin resepi di bawah. Tapi taklah otometis boleh jadi comel terus macam tu. Nak comel macam dia sekurang-kurangnya kenalah jadi adik beradik dia dulu. Heeee
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung pulut hitam
Air secukupnya
Secubit dua garam
Bijan secukupnya
Inti kesukaan (kacang merah/kacang hijau/kelapa)
Minyak
Cara-cara:
- Bancuhkan tepung dengan air. Masukkan sedikit garam. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Gentel dan leperkan doh. Masukkan inti dan bentukkan bulat.
- Golekkan ke dalam bijan. Rehatkan kira-kira 20 minit untuk mengelakkan kuih meletup semasa digoreng.
- Goreng dengan api yang sederhana hingga masak dan berwarna keemasan.
patutlah ada bunyik bunyik bedentum kat sebelah sana tu.. Rupanya ada kue bom meletup...
as'salam menarik cam nak aje...suka mkn kuih boom....i like pink
assalam Chah
memang cantik Chah ...cantik kaler2 pink
bersama kuih bom kegemaran akak ni ...sedap kan , akak suker yg inti kelapa
amboiiii munger2 lak dia arini ya... tp mmg tak ngam langsung, ganaz dgn feminin :)