Oklah. Kalau boleh saya malas nak ambik pot pasal isu cilok-mencilok gambar-gambar masakan hasil karya penat lelah jerih pekih sang blogger yang suka main pondok-pondok dan masak-masak atas pokok. Tapi itulah, kalau tak tulis, hati rasa berjerubu. Kalau tulispun sia-sia belaka ibarat segumpal kekabu melayang dibawa angin. Tiada siapa yang ambil tahu. Tidak pernah!
Macam ni. Jika tanya saya, do I care? Jujurnya saya tidaklah 'terasa' sangat bila tetiba ada orang main cak-cak dengan saya dan 'pinjamkan daku sebentar' gambar-gambar masakan saya. Mana ada akak marah dik, nak ambik- ha hambik banyak mana ko nak. Ngan belog-belog nipun kalau nak hangkutpun takde hal dik! Tapi agak-agaklah kan kalau nak buat kerja-kerja mulia penuh barakah tu. Kalau akak tengah control anggun lawa macam Princess Fiona yang asal takpe. Jangan sampai akak bertukarr jadi Fiona hijau, abis biji mata kamoo akak korek dik!
Harus tangan-tangan gatal anda tu ada sebab tersendiri. Gambar kami ni menakjubkan sangat kah? Hinggakan si tangan hantu kopek cyber tadi tak sempat nak sedar bahawa tangannya telah klik dan klik dan tetiba gambar yang sangat menakjubkan tadi telah berada dalam blog 'sial' mereka. Opocot, tercuri pula!
Harus tangan-tangan gatal anda tu ada sebab tersendiri. Gambar kami ni menakjubkan sangat kah? Hinggakan si tangan hantu kopek cyber tadi tak sempat nak sedar bahawa tangannya telah klik dan klik dan tetiba gambar yang sangat menakjubkan tadi telah berada dalam blog 'sial' mereka. Opocot, tercuri pula!
Memetik kata-kata sahabat yang paling banyak naik kapal terbang demi sesuap nasi. People hates us because of 3 reasons : they wanted to be you, they hated themselves and they saw you as a threat.
Dalam kes ini, saya teka saja; tangan-tangan sengal yang penuh kudis tu kepingin banget ingin menjadi seperti kamoo yang memiliki gambar yang cantik molek. Walaupun mungkin dia tidak membenci kamoo. Tapi kamoo dilihat sebagai rival.
At the end, kamoo (kami) akan kalah mati; sebab bodoh-bodohkan diri memasak dan membiarkan bau bawang dari hujung uban ke hujung jari kaki kecut. Gedempolkan badan sampai pinggang bergaris selari dengan pinggul. Tak kira lagi berapa credit hours yang gone with the wind sebab tertonggeng-tonggeng cari angle untuk ambil gambar agar boleh sama level dengan gambar-gambar dalam tastespotting. Phew!
Tolong! Tolong! Dah 4 hari aku tak mencilok, berikan aku cilok barang se entry dua. Gamaknya. Sick!
Dan diapun bersorak keriangan sambil tersengih seraya menyebarkan bau mulut busuk penuh kuman-yang mungkin sama busuk dan penuh kuman juga dengan hatinya?
Sudah-sudahlah tu beb. Orang memasak, tempek gambar makanan ada tujuan masing-masing. Salah satunya untuk kenangan dan rujukan anak cucu cicit cuit gamit suku sakat panchor berangan nanti-nanti. Jadi awak, takkan nak tersenyum-senyum (mulut busuk) sambil tumpang free kenangan orang lain?
Saya bukan marah, cuma nasehat!. Tapi kalau awak gagal lagi mematuhi cakap chekgu besar, saya ada hak nak simbah muka awak dengan air taik ayam!
*Dipetik dari ucapan Chekgu Besar yang tengah hot sebab baju banyak yang tak muat.
Hilangkan dulu angin panas dalam badan. Teguk stawberry shake lenggok kiri lenggok kanan saya ni moga-moga bersih sikit hati awak tu!
nakk segelassss...
straw mas dah bawa ni...
tinggal nak seduttt jerk....
akakakaka.. adehhh ni nasehat ke amaran berwarning.. ayat best.. tumpang kenangan orang.. hahahhaa... memang mental la deme tu. huh.. oo kekdahnya datin minum shake stroberi ek ek ek
minum dulu...kasik sejuk sikit badan tu
bagus ar... ayat power sih..