Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAMB CHOP

Minggu ini hampir berakhir, tapi masih belum ada apa-apa hasil yang boleh dianggap munasabah dari saya. Oh ada satu. Buang ulat yang makan daun pokok limau kasturi. Bubuh baja sikit. Tapi termati pulak pokok kunyit kat sebelah sebab baja tu main tabur-tabur ikut dan dan tak ikut sukatan. Itu jer?? 
Jadi suri rumah (jobless mom sebenarnya sebab peranan saya tidaklah sesuri mana so far) bukanlah impian asal saya. Jika ditanya impian semua orang, for sure semua  ingin hidup bersenang-lenang berpesta rumba sambil merias kuku yang mungkin bercagu dan merawat kulit muka kering kerana menggeletis nak mencuba juga 'SK Dua' walaupun orang dah kata jangan monyet jangan. 
Tuntutan sebagai suri di jiwa dua generasi penghuni rumah tangga sangat besar  ya puan-puan sekalian. Hendak tak hendak saja bezanya. Zaman-zaman Kak Temah di alam kuat menderhaka dan suka bagi dosa percuma pada suami dulu, lepas tu sikit-sikit majuk, sikit-sikit merungut bila Sang Arjuna tak membantu laksanakan tanggungjawab sebagai lelaki budiman yang romantikus di amus. Itu zaman sedang berkelubung hitam kelam pekat jahat. 
Mari keluar  dari kepulan asap hitam itu sayang-sayangku. Bangun bersama dan kita bina kebahagian dalam rahmat dan berkat. 


Buang tebiat ke perempuan kerepot ni memalam hah? 
Lama juga tidak memasak kewestern-westernan. (Perkataan baru diwujudkan semata-mata untuk catatan di entry ini. Lepas ni akan dihapuskan serta-merta untuk mengelakkan perbalahan suku kaum Senoi dan Negrito)


Bahan-bahan:
3 keping lamb (bahagian shoulder)
*3 sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
*Sos barbeque pedas (saya guna Brand Knorr)
*Paprika
*Dried rosemary
*Garam


Cara-cara:
  • Perap semua daging dengan bahan-bahan yang bertanda * kira-kira 3 jam.
  • Sapukan dengan sedikit minyak zaitun dan bakar hingga masak.
  • Hidangkan dengan mint sauce ataupun BBQ  sauce.

* Kali ini saya tak sediakanpun sos BBQ. Jadi tiada rupa hanya kata-kata di bawah buat rujukan di kala perlu ya! :)


Bahan-bahan sos BBQ:
Sumber : Satu-satunya kakak terchenta-Cikgu Azimah


1 tin susu cair (boleh juga digantikan dengan krim masakan)
1 labu bawang holland -didadu
2 genggam cendawan butang-Kisar
lada hitam
Sos tiram
Sos wosterceshire
Garam dan gula
Minyak zaitun
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan susu/krim dan cendawan. 
  • Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Juga sos-sos yang  berkaitan.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.

9 Responses to LAMB CHOP

  1. membaca entry kat sini dan melihat makanan kewestern westernan ni memang ngulit senyum simpul je.. hehehe.. lemecop la... lamaa tak makan. eh bukan lama tak makan,*maklum ai khaan diet* motif nak bgitau? kikiki.. lama dh tak makan lemecop.. karang2 tuko ngan ayam panggang den yo. jap lai den hidang ;-)

  2. Hehehehe..harus senyum dulu baca celoteh, pastu cuci mata dgn lamb chop yg boleh mengugat diet dan menarik perhatian cik lelemak..(^_~)

  3. ai meng-dietkan diri jugak datin.. riso blk kampung tgk adik2 cekeding, kakak dia je yg makin bam2. pastu adik2 gi jogging, akak dia kunun2 lama x blk kampung, nk duduk dlm rumah sepuas2 hati, so x gi jogging.. huhu...
    sbb diet ni, nk makan salad yg ada strobery tu buleh?

  4. Tun, lamanya balik kampung! windu ai...errrkk!! anda pasti ke nk berhubung mesera dgn perkataan yg giler keramat tu? DIET? huuuuuui!

  5. Jah aka kak Jemaj uiii,

    bagus tu senyum simpul jek, sopan la sangat...ai tetiba berminatlah dengan ayam panggang serai yu...ni kira spesel rikues ni jemah yer...

Leave a Reply