Bila bapa mertua saya puji sikit kata tepung bungkus yang saya buat sedap, terus turun ke tanah ambik daun pisang. Cancel plan nak membuta tengahari. Dan-dan jadi rajin. Kalau tidak, tak kira rumah mertua ke, sesedap rasa je melengkar depan TV.
Sambil layur daun pisang sambil kembang kuncup hidung. Tengah mesin kelapa, senyum sorang-sorang macam kera dapat bunga. Over betul menantu dia yang sorang ni.
Pernah makan kuih ni yang ditempah seorang kawan atas kawan jutawan di Shah Alam. Walaupun berlapikkan piring berharga ribu-ribuan, sedap lagi yang saya buat. Sekali lagi kembang hidung jambu air saya ni.
Afiah mintak saya sharekan resepi ini, mood nak buat tu ada, tapi tertangguh sebab kelapa inti yang susah nak dapat kat sini. Hari ini kebetulan nenek Sang Arjuna saya ada di rumah, maka degegung degegang lah saya masak koleksi kuih-muih khas untuk pengguna-pengguna polident. Hihi.
Sumber: Bonda Tercinta
1 biji kelapa inti - diparut
(cara menentukan kelapa yang sesuai untuk membuat inti ialah kulitnya hijau, sabutnya masih basah dan tempurungnya belum hitam)
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam
Cara-cara:
- Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
- Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
- Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
- Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai. Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.
- Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen. Jika mahukan lebih debab, gentel sebesar duit seratus. Eh jangan-jangan!
Bahan-bahan pembalut inti (tak tahu nama sebenar part ni)
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam *jika gunakan pulut putih sahajapun tak jadi masalah
Air secukupnya
Cara-cara:
- Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.
Bahan-bahan badan kuih (Aduh tak glamer langsung nama)
1 ½ cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan
Cara-cara:
- Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
- Masukkan garam dan daun pandan.
- Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan tersebut akan hilang.
Cara untuk assemble kuih :
- Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.
- Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.
- Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik. Jika kuih puteri satu asrama, letaklah berbiji-biji lagi. LOL.
- Bungkus dengan kemas.
- Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.
yang dihoskan oleh SSB of Small Small Baker
salam chah. patutlah bapak mentua puji chah. Nampak gambar pun dah boleh bagi air lio meleleh tau..
sodap..
wah sedapnya tgk tepung bungkus tu chah.. mmg terliur tgk...
assalam chah...salam kunjung balas...tq sudi singgah my blog. wahhh memang menyelerakan semua menu mkn kat sini..nieza follow juga yer:)
Mint a izin nak try resepi tepung bungkus ya.. Kalau jadi, nanti ogyep nak mint a izin copy paste pulak.. Meh le singgah umah kita
As salam. Tepung bungkus ni kuih kegemaran semasa kecil dulu. Sedap sangat
Regard,
Azie Kitchen
boleh cuba..tq
ngidam nak makan terus nampak kuih ni...aisshh ngencesss..
Chah, baru ja aku ternampak gambaq tepung bungkuih kat FB seben aku, teruih aku google. Tengok2 masuk blog hang.....kalau aku rajin, esok lusa aku buat. Jangan aku sorang yang dok pulun udah.....tq Chah for the resepi. Kalau jadi aku upload gambaq masuk FB.
- sal -
Wahhh.knor nk try lah..tq ya..tuan resepi...
Cop, tepung pulut putih saja, xde tepung pulut hitam, nak masukkan berapa sudu ye.? Terima kasih.
Ninutdearies, kalau guna twpung pulut yg putih semuapun x de masalah. Tq
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
boleh saya tempah tak mintak buat kuih ni?
Nak cuba mlm ni..terima kasih kongsi resepi
saya pun nak cuba juga la..
saya pun nak cuba juga..
adui sedapnya
Alhamdulillah. Dah lama cari resepi tepung bungkus ni. Suami dgn anak2 suka sgt makan. Tadi suami ingatkan lagi utk cari resepi. Terima kasih chah. Nanti nak try buat. Harap2 menjadi & sedap serupa dengan rupanya. Btw, presentation chah sangat2 menarik & kelakar. Xjemu baca. 😄
Hari ini nk try... Npk pun tahu sedap ni
Tq ..sy dh buat guna resepi nih... thanks sgt2.. sedap
judi poker pulsa
poker pulsa online
judi online pulsa
judi online via pulsa
bola online
prediksi togel
togel online pulsa
judi online pulsa
ayam sabung
s128
Saya amik resepi salut badan ye.