Saya tak jumpa perkataan smoothies dalam Bahasa Malaysia. Jus gebu agaknya. LOL. Macam Cik Mat Gebu lah pulak. So Cik Mat Gebu dalam Bahasa Inggeris? Cik Mat Smoothies. Hahaha. Ampun Cik Mat!
Smoothies ni saya main tibai sesedap mulut je bagi nama. Rasa dan rupanya boleh dipelbagaikan mengikut jenis buah yang wujud di dapur masing-masing. Jangan hentam buah keras udahlah. Takpun buah dam ke.
Silalah blend sendiri di dapur masing-masing, sebab yang ini khas untuk Cik Mat Smoothies ya!. LOL
Bahan-bahan (untuk satu gelas):
5 biji blackberry
3 biji strawberry
3-4 biji dried prune
2-3 sudu honey
Sedikit ais
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan gebu. Tambahkan ketulan ais jika bancuhan terlalu pekat. Hurm…gebu!
uishhh tengok pun dah rasa cam masam...tp nampak menariksss...muahh!