Kuih serimuka atau serikaya. Ada juga yang panggil puteri salat kan? Cam mencarut je. Heeee. Kalau serikaya direct je boleh faham. Tapi serimuka? Seri yang naik kemukalah tu. Tapi biasanya serimuka saya, mukanya tak berseri. Penuh dengan kesan-kesan cucuk botox garfu. Nak test masak ke belum, belum ke masak. Tak reti-reti nak agak masa mengukus. Tolonglah jangan tuduh saya ‘moist’ sangat. Pengukus antik tu yang suka buat hal. Bila buat apam, tak mekar. Orang lain takut apam dot dot kembang, saya pula tiada masalah tu sebab memang takkan mekar punya. Haish!
Ini kegemaran Sang Arjuna. Setengah loyang portion dia. Kuih ni yang awal-awal lagi mak mertua saya beritahu kesukaan anaknya. Aduhhh susah-susahnya kuih kesukaan anak mak ni! Kalau cekodok bilis ke, lempeng nyiur ke kan tersangatlah heaven hidupkoo!
Sudahnya bila mak saya pun tahu Sang Arjuna suka kuih ni, berkali-kali juga dia buat. Nak ambil hati menantu hantu. Bukan ke menantu yang kena ambik hati mertua? Gasak.
Balik rumah mertua ada kuih ni, rumah mak sayapun sama. Pening mokcik!
Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
Sumber : Ibu Mertua
Sumber : Ibu Mertua
Lapisan bawah
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
* jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat
Simpulan bahasa daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula
Lapisan atas
3 biji telur
2 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam
Cara-cara:
- Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
- Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
- Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
- masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
- Keluarkan pulut dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform, lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang dan memotongnya nanti.
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula.
- Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
- Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.
- Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.
Saya kemukakan resepi ini untuk : Aspiring Bakers #12 :Traditional Kueh (October 2011) yang dihoskan oleh SSB of Small Small Baker
WOW! This looks so pretty and yummy :)
saya suke kuih nih, penah buat sekali tp salah teknik plak...mak saya pandai buat, anak plak lom pandai lg hehehe. leh kongsi ek :)
sedapnya....