Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NASI KERABU



Bila terpandang je bunga telang ni membiru di nursery bunga Pasar Borong Selangor, hati saya terpanggil je nak masak nasi kerabu. Tetapi walaupun teringin, kena tengok praktikalitinya juga. Menyeksa badanlah pulak bila hanya saya seorang saja dalam rumah ni nak makan, lepas tu bersusah-payah nak memasaknya.  Baik beli nasi kerabu Wan Atiq je.

Kagum saya bila Arin boleh memasak nasi kerabu yang 85-90 peratus asli. Ada rasa dan ada jiwa. Siap boleh dijamukan pada tetamu pada open house lagi. Hebat tu.  Setahu saya, selama kami  berkawan, dia hanya pandai buat duit untuk bank saja.

Ini kali pertama saya masak nasik kerabu. Hehehe.  Hampess, baru nak mengaku.

Bila Adik Puncak Alam beritahu dia nak datang, terus saya teringat untuk masak nasi ni dan mestilah 100% dia setuju. Saya beli bahan-(agak-agak)  dan dengan semangat jitu dan kental terus berusaha sedaya upaya.  Cuma sedikit terkilan bila cili yang digunakan untuk buat solok lada, tiada dijual di pasar sini. Takkan nak ke Pasar Payang pulak dengan tak mandi tu. Bila tiba nak buat sambal kelapa dan kuah tumis, (?) sambal tumis (?), penumis (?) (saya tak pasti nama sebenarnya) tak reti ghupenya!. Lupa nak cari resepinya siap-siap.  Heeeeee. Malas betul nak menggodek internet, so suruh ajelah adik saya call kakak iparnya. Nasib baik bahan yang saya beli tu menepati tekaan saya, jadi tidaklah tertewas di pertengahan jalan usaha nak buat nasi ini.
Kakak ipar dia memang superb lah kalau bab memasak ni. Semua memukau hati, menambat rasa. Jadi dengan panduan bahan-bahan yang dia beri, sayapun tanpa menoleh ke belakang lagi, teruskan usaha hingga jaya.
Nak tahu rasanya? Huishh, lepas ni gulung tikarlah  penjual nasik kerabu kat pasar malam!

Bahan-bahan Nasi:
(Saya adaptasi dari nasi kerabu yang selalu dibeli di pasar malam)
3 cawan beras
Secekak bunga telang (direbus dan diambil airnya) * lagi banyak lagi membiru warnanya
1 batang serai
4-5 helai daun limau purut
Daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula

Cara-cara:
  • Masukkan air bunga telang ke dalam beras. Jika tidak cukup, tambah air biasa. 
  • Tanak seperti menanak nasi putih.
  • Juga sertakan dedaunan pandan dan limau purut. Tidak lupa serai yang telah dititik sedikit. 
  • Jika berhajat untuk makan nasi ini dengan telur masin, masukkan telur masin ke dalam periuk dan masak bersama. Perlu berhati-hati semasa proses mengacau nasi kerana takut telur pecah.


SAMBAL KELAPA
Sumber  resepi: Ngah Semenyih
Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut – digoreng hingga agak kering
3 ekor ikan selayang  (rebus dengan air yang minimum dengan sedikit garam dan asam keping)
3 ulas bawang merah- racik halus
1 ½ inci halia- racik halus
2 batang serai- racik halus
Garam dan gula secukupnya                             

Cara-cara:
  • Perisi ikan dan hancur-hancurkan.
  • Gaul ke dalam kelapa hingga sebati dan rata.
  • Masukkan bawang merah, halia dan serai. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan gula.


KUAH TUMIS
Sumber resipi: Ngah Semenyih                    
Bahan-bahan: 
2 cawan santan pekat
*3 batang serai (2 batang dikisar dan satu batang ditetak  dititik)
*1 ½ inci halia
*1 ½  inci lengkuas
*2 ulas bawang merah
*½ inci Kunyit hidup
2-3 sudu cili kisar
Asam keping
Gula Melaka
Garam                                                                                                 


Cara-cara:
  • Kisar bahan yang bertanda *.
  • Campurkan bahan kisar  ke dalam santan. Gaul rata.
  • Masak dengan api perlahan.
  • Masukkan gula Melaka, asam keping dan serai yang dititik tadi.
  • Masak hingga naik minyak dan pekat. Seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya.


DAGING BAKAR
Bahan-bahan:
300g daging
*3 batang serai
*2 inci kunyit hidup
*2 inci halia
Garam
Sedikit minyak

Cara-cara:
  • Kisar bahan yang bertanda *.
  • Potong daging  anggaran selebar 4 jari setiap satu.
  • Gaulkan bahan kisar pada daging. Masukkan garam.
  • Perap kira-kira ½ jam.
  • Percikkan dengan sedikit minyak dan bakar atas non-stick pan dengan api perlahan hingga daging masak.


 IKAN GORENG BERSALUT TEPUNG
Bahan-bahan:
3-4 ekor ikan kembung
4 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
Garam
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit air kapur
Air


Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan kecuali ikan dan air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi bancuhan seperti bancuhan untuk membuat pisang goreng.
  • Celupkan ikan ke dalam bancuhan dan goreng dengan minyak yang panas.
  • Bila gorengan mula mengeras, perlahankan api dan pecah-pecahkannya. Goreng hingga ikan masak.

ULAM-ULAMAN
Kacang botor
Taugeh
1 batang bunga kantan
2-3 pokok daun kesum
2-3 urat kacang panjang

 

10 Responses to NASI KERABU

  1. saya nak adres apa ek? akak ke atau chah sahaja? mana yg lebih messreee..ececehh.. hehehe.lama nyer tak makan nasi kerabu. sangat sedap n lengkap tu..

    nak bagitau ler, blog ni tak leh masuk la dlm bloglist saya. keciwe sebab tertinggal latest entrty.dibawah nun ada serimuka yang sangat meleh. grrr..sedapnyaaa

  2. Izah, kakak kot..tua dh, dh 38 pun...tapi tgk muka ala2 21 thn lagi..keke..hazilapun ada poblem sama, tkleh nk link kan...apa ye spesel sgt blog nihihi...

  3. Assalamualaiku Chah,

    terima kasih ya sudi singgah ke blog kak Nur...terpesona tengok blog Chah yg gambar2nya cantik dan terang benderang....menu pun sedap2 nampak...boleh terliur gitu...hehe..nk tumpang mkn boleh??

  4. Kak nur, tq singgah...dh lama saya letak link blog akak kt sini..ni baru nk mintak ijin..heeeee....sila-sila, jgn biarkan saya mengepam sensorang...:)

  5. Assalamualaikum..
    hah kalo dah izah bahsekan kak chah jugak sama laa ngan kite nak panggil kak chah jugak..sbb sebaya je ngan izah..cuma sama2 cam umo 21 thn lg cam kak chah.kekeke..mrh izah.

    apa2pun cantik gmbr2nya..kak chah pakai lens apa ye?haa amik tau2 sampai terus tanya kamera org.

    bunga talang tu bunga seripagi yer kak?tak pernah lg wat nasi kerabu.maan pun x pernah lg..sian.

  6. Sue, tq nyinggah, ko biar benar x penah makan nasik kerabu?

    Buna telang x sama ngan bunga seri pagi, nanti kita godek buku sains n study semula...kikiki...

    Saya guna kamera cikai jer...canon 450d, lens untuk tembak gambar makanan ni, lens yg kemetot tu, 50mm.

  7. haa sedapp nye nasi kerabu.. sye bukan org pantai timur.. tp meme suke make nasi kerabu + daging bakoo + budu + ikan goreng tepung.. susoh laa nk jumpa nasi kerabu sedapp..tgk kak chah masaokk sedakk nye laa.. aloo lupa nk pekenalkan diri.. sye kawan ika.. aka adik akak nye kawan laa.. duk pun kt area umh ika.. EQin.. ala klo tya ika mesti dia ckp.. ooo Eqin sot to muhahahah.. penah la g umh akak kat bangi to..

Leave a Reply