Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DONUT MAMA II

Serius dah lama sangat saya tak dijemput untuk menghadiri kenduri. Kenduri kecil-kecil tu biasalah. Maksud saya kenduri kahwin yang glam-glam dan boleh juling biji mata sebab dikelilingi mak-mak atin dalam persalinan bling-bling. Tapi minggu lepas saya berjaya membuatkan orang tak meloya untuk menjemput saya pergi kenduri, yeay! Heee
Walaupun sebenarnya saya memang keberatan jika perlu memenuhi undangan kenduri yang kena berprotokol-protokol bagai sampaikan saya nak berjalanpun jadi terkepot-kepot sebab nak jaga langkah agar kekal dalam mode 'jalan kucing'. Phew!

Donut ayu ni tak adapun dihidangkan masa kenduri tu. Yang ada seperti biasalah, nasi warni-warni dengan partner in crime mereka; ayam masak merah dengan daging masak hitam. Ada papadom dalam supik sebab takut masuk angin. Buah tangan untuk ai dan keluarga ialah 3 bungkus butter kukis yang sangat sedap tapi dah habis saya ngap dalam kereta. Mujur tak kena marah sebab serdak-serdak sekuk tu banyak juga tertabur atas seat kereta Sang Arjuna yang baru je lepas basuh. 

Comey bai  penantin. Senyum meleret aje kerjanya. Dia tak tahu ombak besar sedang berada di hadapan. Hadapilah dengan tabah ye wahai pengantin. Ilmu iman amal. Cukup 3 perkara tu untuk menempuh ombak dan badai. :)
Hujan mengiringi hari-hari saya. Juga 3 hari ke belakang. Sejuk bumi sejuk hati tengok pokok bunga orang berbunga aneka warna. Rumput saya, masih belum ada tanda-tanda. 

Sejuk juga perut ibu mengandung dapat makan lagi. Eh kalau tak mengandungpun dapat makan juga InsyaAllah.  

Yang paling penting sejuk dua ratus juta kali hati saya tengok Sang Arjuna makan donut ni 4 ketul. Saya tak dapat makan barang seketul pun asyik dok tersenyum-senyum aje. 
Dah ada versi donut standed saya kat SINI . Sajalah dalam dok senyum-senyum ni saya taiplah resepi. :)
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (mauripan)
1 1/2  sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil donut improver
2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air (tambah atau kurangkan sedikit jika perlu)

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan air. 
  • Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 
  • Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan. 
  • Saya sapukan dengan sedikit ganache coklat dan tabur dengan rice bubble berwarna dark pink.
* Jika menggunakan Bread Maker/Mixer- ikut kaedah pada BM/mixer masing-masing.

15 Responses to DONUT MAMA II

  1. Chah..lenkali bawak donut improver bila mai umah aku...jauh plak nak p beli kat yummy bakery tu.Bake with yen xdak aaa donut improver...

  2. cantik & nampak sedap...dh 2 kl try buat donut tp ada je yg kurang. nk try guna resipi ni plak
    https://comfortandblissfullife.wordpress.com/2013/12/10/my-first-homemade-doughnuts/

Leave a Reply