Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLUEBERRY & PEACH MUFFINS

Selamat sejahtera ke atas kamu lah hendaknya ya. Terima kasih juga kerana tak putus-putus mendoakan saya. :)

Dah fikir ke nak pakai baju apa masa nak pergi mengundi nanti? Biru, hijau polkadot putih ataupun biru laut lembut ayu-ayu putih-putih melati ali baba? Pilih jangan tak pilih. Pening jangan tak pening. Tapi jangan lupa undi saya calon persendirian parti cap senduk tembaga ni ye. :)

Saya ingat-ingat lupa macam mana suasana nak mengadap GE ni. Yelah dulu ai muda 5 tahun dari sekarang. Urat belikat tak bersimpul lagi. Sekarang, semua dah menggerutu dan kematu doh!
Tapi bila tengok keadaan sekarang, pheww dahsyat-dahsyat sungguh peperangan nak berebut takhta. Takpa la, apapun pegangan dan fahaman kita, jangan sampai tergadai akidah. Iman melayang. Kalaulah jadi macam ni, kitalah Pak Kaduk yang sebenar. So sad!

Sebodowh-bodowh Pak Kaduk, cuma tergadai kampung halaman, hilang ayam sabung. Tapi kita? kalau akidah tergadai, nak jadi ketua bidadari dalam syurga? Sindirik jawab la. 
Muffin yang dulunya saya bodowh juga untuk membuatnya. Terkehel mata bila Ani dengan senyuman cis comeylah kununnya dia tu hulur seketul dua pada saya. Cis jugalah bila tahu dia gunakan tepung muffin mix yang laku macam pisang goreng kakak kantin aje kekdahnya di Yummie Bakery. 

Rupanya nak buat muffin lebih ringkas dan mudah berbanding kek. Godek aje dengan senduk. Senduk tak ada, sudippun bisa. 

Resepi asal adalah blueberry muffin daripada Food Network.Com. Saya olah lebih-lebih kurang. Peach dan blueberry bergabung tenaga. Kalau ada rambutan, boleh juga saya campak sekali mereka bertiga yang jatuhnya dalam  kategori buah-buahan sedap agar dapat bersuka-ria dalam muffin saya ni. Heee
Bahan-bahan:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula halus
1/2 cawan minyak jagung/ butter yang dicairkan
1/2 cawan susu cair
1/4 tsp baking powder 
Secubit dua garam
1-2 titis perisa peach
1/4 cawan blueberry
1/4 cawan peach (dalam tin) -cincang halus

Cara-cara:
  • Campurkan baking powder dengan tepung. Ayak dan ketepikan.
  • Pukul minyak, telur dan gula hingga kembang. 
  • Masukkan susu. Gaulkan blueberry dan peach dengan campuran tepung.
  • Masukkan campurkan tepung tadi sedikit demi sedikit. Juga secubit garam.
  • Kacau perlahan-lahan hingga rata.
  • Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh.
  • Bakar pada suhu 160-170 deg C kira-kira 10-15 minit.
Saya pilih mengundi! Saya juga pilih Malaysia sebab kalau saya tak pilih Malaysia, saya memang takde tempat lain dah nak tuju. :(
Juga pilihan utama saya adalah muffin ini. Bapak lopek!

13 Responses to BLUEBERRY & PEACH MUFFINS

  1. Chah...aku kalo perasa lebih or bahan mewah tekak xleh terima la kak Ton.Aku paling suka muffin oren je..buh je perasa sunquick cam izah dauh buat tu...heee.

    Psttt..ngundi mana? Pahang?

  2. woi blueberry peach muffin...orang puteehh sungguh..sedap tu..camna rasa kalu durian and blueberry pulak....yang mana lebih terserlah parfumenya....by the way..peminat setia chah no1 ..nie.....:o)

  3. Hanim...awww malu ai ada peminat pulak doh!!errr nanti kita bincang pasal fan club bilachahkedapur yea...muahahaha....

  4. mapin? mcm biasa angie dengar tapi dimana ye.. *kipas2 muka kat balakoni rumah agam beso nak mapus nih. hakhakhak..
    jadi skrg fathia nak perlekehkan blog mapin? sebab mapin senang? gitu? ah sentaaappp angie..
    apa pun.. comey kan kak tonnnnn...muaaaaaahaha

  5. Chah, tengok tekstur atas mafin ni nampak cukup halus gebuss...izinkan akak try nnt yea...kalau terderhaka pun maafkan yea..insyaAllah nak try...hahaa, sbb senang xyah kuar mixer segala kan... 6___6

Leave a Reply