Usai menghambat anak-anak ke sekolah, mulalah terasa sunyi aje rumah ni. Yang sedikit menggamatkan suasana, bunyi mesin menghalau daun-daun kering di keliling kejiranan saya ni. Lepas tu mungkin adalah sahutan dengkuran 'halus' saya tertido depan tiwi sambil tiwi tengok saya.
Kekadang kalau dah penat sangat, harus juga saya tertido bersimpuh lepas ke hulu ke hilir hantar anak ke sekolah. Tapi sekarang mak dah tambah power sikit. Jarang dah nak tertido pagi. Nak rahsie, wazzap aje mak, okes?
Pagi ni tetiba saya teringatkan kisah jiran saya ni. Jiran depan rumah. Eh, tak betul-betul berdepan. Senget sikittt ke kanan ok. Haa yang tu. Jiran banyak pokok bunga warna-warni. Kadang-kadang gatal aje tangan nak petik bunga pepelpinkputihkuningorenmerah kat taman dia. Boleh juga saya buat props, hehe. Tapi mengenangkan muka maid dia yang siriyus banget, saya telan lendir leliur ajelah.
Dia dah mati dua tiga hari lepas CNY ari tu. Mati muda di usia 42 tahun. Kalau tak nampak dia terbongkok-bongkok alih pasu, memang tak sah. Seluar pendek biru, baju biru. Rambut separa kembang mungkin sebab blow guna hair dryer power sederhana.
Mendiang orangnya berkerjaya. Pun ada masa untuk kelebet bunga. Saya orang berker aje. Bab jaya tu tak ada. Cuma mampu tanam rumput. Itupun habis menderita kering-kontang sampai ke organ dalaman rerumput tu sumer. Hais!
Paling tak tahan bila 2, 3 hari lepas dia mati, saya termimpikan dia. Dia menangis depan pagar Kak Su. Ha,Kak Su tu yang betul-betul jiran depan rumah saya, tak senget kiri atau kanan. Memang tepat-tepat.
Dalam mimpi tu sayapun menangis juga. Memang terkenang-kenang. Kesian, mati tanpa sempat mengecap nikmat hidayah.

Tulah, mati tu pasti. Dia pergi sebagai orang berjawatan. Pensyarah. Tinggalkan suami dan anak-anak masih kecil. Tinggallah beratus-ratus pokok bunga oren biru merah pink pepel. Tak bawa apa-apa. Seluar pendek biru pun tak ikut. Kita nanti macam mana?
We are running out of time. Bila fikir macam tu mungkin kita boleh step back untuk selidik dan kelebet hati dan amalan kita. Ambil masa sikit. Wah, Prof Muhaya tak ada job dah lepas ni. Sekian!
Selamat beramal. :)
Saya tau rasa green peas ni sedap. Jadi tabur aje dalam donut kot-kot boleh jadi sedap. Ha memang sedap! Terer giler green peas ni kan? *senyum-senyum*
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk green peas
1 1/2 cawan air sejuk
2 sudu besar gula
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar marjerin (boleh juga gantikan dengan shortening)
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yis kering (jenama yang biasa digunakan-Mauripan)
1 sudu kecil bread softener
1-2 cubit garam
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, cuma ikut sahaja langkah BM masing-masing.
- Uli hingga doh menjadi elastik dan licin.
- Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
- Canaikan dan tekap dengan acuan donut. Taburkan sedikit tepung gandum pada doh dan juga acuan jika doh agak melekat.
- Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
- Goreng dengan api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
- Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing atau topping kesukaan.
Nota untuk lulus periksa : Kadar pengembangan donut ini agak kurang memberangsangkan. Mungkin silap jari jemari ai yang mulus ini. Namun, selagi ai boleh nafikan, memang ai menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa tangan saya membawa padah ke atas kejadian donut kulihattttt hijauuuuu ni. Setop it!
memang ku lihat hijauuu....
bentuk petak lagi....
oh sedih pulak baca pasal kematian tu, tinggal semua kan
wah nanti nak try lah, first time tgk guna tepung green peas ni, dulu2 try yg letak ubi kentang tu je, bab nak uli yg lemah tu
Mati tu pasti, insaf sejenak kak, tq mengingatkn....manusia mmg mudah alpa walau sesaat.tang donat ni mmg unik la, versi kreatif
Waaa...cutenya donut ni...ambik satu ea...
Assalamualaikum Chah, terhibur baca celoteh Chah...hehhee, kelakor sungguh! Teruskan...nnt mintak sikit benih bunga2 tu eh...tabur jek atas pasir kontang tu...mana tau hidup kan...hehe
dlm kelakar ada gak intipati celoteh chah ni.. t.kasih mengingatkan..
donut tu mmg lain dr yg lain... mcmanalah rasanya ye..