Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGAT KELADI DENGAN PEARL & SEKOTENG

Lama dah tak berletiaq. Cuma itulah bila sebut proses berletiaq kat orang atau dalam bahasa Oh My English Utagha nya adalah letiaqisation akan membuatkan orang jadi meluat nak dengaq. 

Bukan perempuan kalau tak berletiaq. Juga bukan emak kalau tak blebbey. Dalam sehari orang perempuan bercakap kurang lebih 20,000 perkataan. Manakala kaum bapa cuma 7,000 patah saja. Amboi, tukang buat kajian tu, sedap benor mengata orang perempuan banyak cakap yer!
Satu hal, quick one. Sebelum kouta bercakap saya yang 20K tu abis sebelum lunch, saya guna dulu portion tu untuk bercakap pasal benda ni.
Wahai para isteri dan bakal isteri calon ketua bidadari syurga;

Sila tubik dari kepompong kita yang cuma pandai cakap saja nak jadi bidadari, tapi sebenarnya kita langsung tak ambik kisah ke arah merelisasikan janji kita pada diriw sendiriwTolong dan sila jangan ngengada merasakan suami tu hak mutlaq kita 100%. Sedempol, seohsem atau segonjeng mana dah suami kamoo, dia tetap anak mak dia. Tanggungjawab dia sampai hujung nafas pada mak dia tau!. Jangan buat-buat pasal nak hambat dia dengan senduk dan dengan angkuhnya dikau menulis di wall FB suamimu agar "pilih aku atau ibumu, now!". 

Puan-puan, jaga suami baik-baik dan pastikan dia menjaga mak dia lebih-lebih-lebih dan sangat-sangat-sangat baik. twit, janji?!
kali ni tanpa sagoo mata ikan, tapi saya gantikan dengan sekoteng dan pearl
Maaf, saya kena ingatkan dikau wahai sahabat sekalian alam. Juga untuk pedoman saya juga. Kalau saya tak buat begitu, sayalah sahabat yang paling 6 jahan*m sekali dalam dunia ni. :)
Phew! nasib baik ada belen lagi 13,769 patah perkataan lagi!

Dan, memang sedap benor pengat keladi .Sebab tu dok ulang-ulang memengat. Dan bila hadap benda  ni memang menetes keringat tak hengat.
Bahan-bahan 
(malas nak salin, sebab belen perkataan saya ada kira-kira 6500 patah je lagi. Walhal jam baru menunjukkan 9 pagi tajam). Hus!

Sori naik lori tau. Klik SINI untuk versi gula nisan. Juga SINI untuk versi putih sooce...okes?

eh, sambung berletiaq sikit je lagi. Keladi tu, lepas dikupas, rendam sekejap dalam air garam. Lepas basuh bersih, masukkan sedikit garam dalam air rebusan. Boleh juga dikukus. Jika dikukus, tekstur keladi jadi lebih kering dan warnanya kurang lebam. Sekian





13 Responses to PENGAT KELADI DENGAN PEARL & SEKOTENG

  1. follower chah yg ke 398.. salam kenal ye.. :)
    amboiiiii sedapnya pengat keladi.. saya ni suka makan keladi tau.. so far feveret skali keladi goreng la.. cicah susu.. :D

  2. Chahh..aku suka sgt pengat keladi.awat tak anto semangkok kat puchong. :(
    sajeee je buat aku ngidammm...grrr grrr

Leave a Reply