Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOCOLATE OREO SWISS ROLL

Yeay! 1 Mei Hari Pekerja. Buruh eh? Jom cuti! Buruh paksa aka pekerja 'kebajikan' macam saya mana ada istilah cuti. Hari-hari kena kerja. Tapi boleh aje nak bermalas-malasan sejenak. Beberapa jenakpun takpe, yang kisah pun suami anda juga. Takkan Abe Nik rumah depan tu nak piat saya pulak kalau asyik nak melengkar aje.

Pertama, ada orang terpaksa keluar  bekerja sebab nak bantu ringankan beban suami. Ke dua, ada juga yang paksa suami supaya izinkan untuk bekerja bagi memudahkan dia leka bergaya leka berbelanja. Owh Zalora ada sale! Last sekali, ada jugak yang bekerja kerana kebosanan tinggal di rumah, takkan asyik nak cat kuku dan berspa-spa sepanjang masa. Jadilah dia wanita bergaya dan bekerja di pejabat juga.
Anda yang mana? Saya pernah berada dua daripada kategori di atas. Hajat di hati nak bantu suami, tapi sudahnya suami yang sakit kepala kena bantu saya. Duit saya ke mana? Habis kena lebur beli baju, beli itu ini. Yang berpekdah dan yang banyakkkkk yang tak berpekdah. Padahnya, dah nak masuk tiga tahun saya berhenti kerja, lambakan baju kurung tu tak tau saya nak sua ke mana. Owh, kalau sesiapa yang berminat dan sudi, nak aje saya hadiahkan sempena persahabatan pena kita ni. Tapi saiz saya sama dengan Nur Fathia, awak ader kew?

Dahsyat nafsu perempuan ni. Err to be exact, nafsu saya ni. 
Ye, sebab ada 9 nafsu. Akal je ada satu. Tapi gamaknya dengan bantuan syaitonnirrajim nafsu saya yang 9 tu dah berganda jadi berapa jutapun tak tahulah. Yang akal tu takdelah pulak saya berusaha nak kembangkan ke arah kemakmuran keluarga atau kesejagatan ummah ke. Kesian suami. 

Oklah, kalau sian kat suami-suami kita (ehhh, ni bukan ayat suamimu suamiku jua tau) betulkan niat dan tujuan kita bekerja. Saya nak jadi wanita yang solehah, awak takkan tak jeles tengok cita-cita saya? 
So moh kita. Err maksud saya kita tanamkan azam dan usahakan untuk solehahkan diri kita.Sambil tu bakar swiss roll ni. Kek lagi!

Saya tambah oreo dan serbuk koko hitam. Lepas tu kurangkan gula dan tepung sikit. Acu try aje. Tapi saya rasa macam agak dry sikit. Mungkin sebab oreo atau saya yang tak baca Bismillah kot masa nak godek.

Apapun, segulung kek yang penuh kasih sayang mama ni dah lenyap dah dari muka bumi.
Bahan-bahan:
(saiz loyang 10x10 inci)
Sumber: adaptasi dari swiss roll KAK WAN CITARASAWAN
Bahan A
3 biji kuning telur
50g gula halus
40ml susu
50ml minyak jagung
70g tepung gandum
1/2 cawan oreo (saya guna oreo crushed then kisar lagi sampai halus dan barulah sukat)
2 sudu besar serbuk koko hitam
Bahan B:
3 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tar tar
1 sudu teh gula halus
Cara-cara:
  • Sediakan loyang.
  • Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.
  • Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
  • Masukkan oreo dan pukul sebati. Ketepikan.
  • Pukul putih telur hingga berbuih.
  • Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
  • Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.
  • Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. 
  • Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.
  • Tuang adunan kek perlahan-lahan ke dalam loyang. Ratakan dengan spatula.
  • Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.
  • Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak. 
  • Sejukkan sebentar sebelum digulung.
  • Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.
  • Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.
  • Ratakan filling.
  • Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.
  • Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.
  • Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan sejukkan sebelum dipotong. 
* saya gunakan buttercream dan hirisan buah strawberi sebagai filling untuk swiss roll ni.
Untuk resepi buttercream klik kat SINI

7 Responses to CHOCOLATE OREO SWISS ROLL

  1. salam kak chah,

    swiss roll tu nampak sedap dan menggoda la..coklat plak tuh..penah buat dulu tapi x menjadik..belum ada kekuatan lagi nak buat swiss roll pada masa skang ni..

  2. assalamualaikum chah, wahhhhh panjang citer hari ni..
    betul tu.. mulanya hasrat nak topup kan utk suami.. aleh2 suami yg topupkan utk kita.. itu mmg dah terbalik.. hahahaha.. sbb musabab tu saya sangat2 setuju.. dan banyak skali membatu syaitonirojim.. hihihihi..
    >> sedapnya choklat swiss roll ni.. tak penah berani try lagi swiss roll.. kek biasa2 ok lagi.. takot plak nanti bila buat dia patah2 bila nak gulung.. hmmm.. alasan semata2 ni..

  3. owh, status kita sama kak...pernah merasa 2 kategori yg disebutkan di atas..harap2, kita yg tak ada permit utk bercuti hari buruh menuju redhaNya..insyaAllah..
    swiss roll coklat..sedap tu, cekelet2, mmg ngalahkan anak2 klu sy makan.

  4. MasyaAllah Chah ooiiii...apasai laju sgt entry...belum nak buka lepat, dah kuar gulung2 pulak keknya...adeeeeii...tangan sejak balik melontar2 kat sana nih, kemaaiinn...! Hehehe

Leave a Reply