Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUDING MILO

Elooooo! tilam lama tukar baru! Heks.

Laaa?! Hidup lagi??

Baiklah. Dengan kemunculan ini adakah semua yang bermain di minda anda telah terjawab? Well, saya masih terkedek-kedek di sini. Dengan berat bersih badan yang melepasi kilo yang sesuwai untuk dibuat daging korban. Selain tu, Cik G masih lagi pegang senduk dan menulis dengan tangan kidal. Uhoii Cik G!
Kehilangan 'besaq' saya di persada seni ini tentulah bersebab. Tu la tu. Baru nak seller bread ulang tahun ke satu blog apa cehelop ni bulan lepas, terus tenggelam tak timbui-timbui. Nasib baik tak lemas ditimbuni emas. 

Banyak benda yang saya missed dalam tempoh 'pelarian' lebih dua bulan ni. Kisah suke duke ade yang sempat dibace dan diteroke, ade juge yang hanye sempat dijenguk seminit due aje. Wahai jelitawan sekalian, anda tetap jelita hoqqay tanpa saya. Cuma saya aje yang rasa berkerepot tanpa anda di sisi. :(
Terharu sungguh bila menyelak email dan komen-komen yang buat Cik G jadi bajet bestest gitu oleh  rakan-rakan cop sekalian. Juga tengss kepada yang sudi sondol-sondol aka folo belog  ai yang belukar ni  bak kata Kak Nor

Sudah. Esok-esok pulak. Mari menyusun lemak-lemak susu ni dalam perut kembung yang boleh meletups bersepah-sepah macam munger keembong. Haha, *perempuan pening ni tengah mengongs  ya amat tak tau nak tulih sopan kepot-kepot sikit. Lidah keluw beb!
Pudding otai yang sedap mengalahkan rasa petai. Giler boleh abih seloyang dia nih!

Saya sangat-sangat rindu kalian. Ceh! 

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan whipping cream (dairy cream)
900ml air
Gula secukup rasa
1 cawan milo
1 sudu kecil nescafe
1-2 titis cappuccino emulco
1 paket serbuk agar-agar  (9g)

Cara-cara:

  • Bancuh serbuk agar-agar dengan air. Masak bersama gula hingga larut. Masukkan milo dan nescafe dan kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan whipping cream dan biarkan mendidih kecil. Sejukkan dalam loyang yang sesuai.


17 Responses to PUDING MILO

  1. Akhirnya!!!!! Muncul gak dia lepas menebas semak samun ya... Jgn marah ek.. Syawal tk abis lg ni.. Ampun maaf dipinta kalaunterasa dgn gurau senda.. Ai msh u so much la chah... Mekasih kerana kembali on air :)

    Eh... Chah, kejap lg check email ya.,,, :)

  2. datinnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! windu gilakss!!!! nmpk n3 ini cepat2 klik walaupun x cukup napas + cuaks kejar date-line keje. huhu... patut buleh habis seloyang, siap guna whip cream tuuuuu.. guna susu sejat pun dh habis separuh loyang, guna cream lagi mantop ye...

    ps: pinjam gigi pelesu buleh? ;p

Leave a Reply