Saya tak pernah bertanya khabar rakan-rakan yang menyinggah ke sini kan? Sombong giler! Hikhikhik. Bukan apa, saya pasti (walau bukan 100%) rakan-rakan sekalian mesti sihat walafiat. Ah dah tu boleh selak blog demi blog sambil jilat skrin, tu bukan sihat namanya? Orang sakit je yang tak selera makan. Oh ada lagi, orang kaya banyak masalahpun tak selera makan jugakan. Haip!
Berbaki lebih kurang 2 cawan pulut hitam yang direbus lebih buat bubur pulut hitam kegemaran kekanda Sang Arjuna. Maka terhasillah donut yang namanya je hitam tapi rupanya suci dan rasanya yang gebu gebana ni.
Ngap 3 ketul buat buka puasa, tersandar! Mahu bersandar macam saya? Silalah. Boleh aje kalau nak beli kat kakak jangok eye shadow biru tepi simpang kedai gunting tu, tapi tak feel la kan. Entah-entah pembayang mata jatuh dalam adunan donut tu, tu yang buat habibi hubbypun terbayaaaaaang dan terkenang-terkenaaaaang kat kakak jangok. Mahu? Heeee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi dari donut keeper Izah. Ini versi keladi dan versi keledek
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi dari donut keeper Izah. Ini versi keladi dan versi keledek
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
11g yis kering
100g gula pasir
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
50g susu tepung
200g pulut hitam yang telah direbus
100ml air dari peti sejuk (untuk versi pulut hitam, sukatan air adalah kurang daripada 100ml, jadi masukkan air sedikit demi sedikit)
- Kisar pulut hitam yang telah direbus dengan air yang minimum hingga halus. Teksturnya akan menjadi pekat dan agak kental.
- Campurkan semua bahan ke dalam mixer kecuali garam dan air. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, cuma ikut sahaja langkah BM masing-masing.
- Pukul hingga doh hingga agak sebati dan barulah masukkan garam dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi elastik dan licin.
- Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
- Canaikan dan tekap dengan acuan donut. Taburkan sedikit tepung gandum pada doh dan juga acuan jika doh agak lembik dan melekat.
- Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
- Goreng dengan api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
- Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing atau topping kesukaan.
Assalam chah..
satu kelainan ni donut pulut hitam..mesti rasanya lemak2 gitu..
Gamabr2 chah semakin hari semakin cantik!!...suka akak tengok..
Chah kejap lagi akak postkan easy fudge brownies kat dapur akak tu ya..dah cuba lama dah..cuma baru ni masukkan dalam blog..thank u dear for the recipe..sedapp...akak suka, pakkal lah balik kampung kalau tak memang akak tinggalkan sikit kat rumah..
Salam jumaat Chah..aduh cantik sangat gambar gambar chah sekarang..ditambah denga donut pulut hitam yg pertama kali tengok tentu sedap secantik photo 2 nie..:)
kreatifnya... nampak mcm lwmbut juga...
Salam datin!! apa khabar? sihat???? hihi.... terlebih sihat sbb mkn donat byk ye.. kui kui...
nway, resepi ni donat mmg keeper! tun guna utk wat donat labu ngan donat pisang jugak. hihi.. donat pulut hitam 1st time dgr.. pasni donat apa pulak yg kuar agaknyer.
wowww..donat pulut itam tu mmg menarik lg tertarik!! bak akak 2 ketui ye chah!
Aslmuk.
Wow..first time ni dgr donut pulut hitam. Memang rajin Chah ni tau..
Aduh, jangok sakan gambar gambar donut ni. Mesti jangok macam orang yg membuatnya juga
ishh.. ish.. menderhaka betul minah ni ya.. tp derhaka baekkkkkkk punya.. bak 3 ketul donut banyak bintik2 itam tu :)
perghhh..kreatif kak chah...nampak sodap bangat donut tu..hehe
akak, sang arjuna akak pernah ke Finland ke dulu..wahh thn bila?akak ada ikut tak?..hehe
wah! nampk gebu jer donut... cantek ada taik lalat
Memang menarik la donut pulut itam ni...gebu dan lembut je kelihatan..
akak nampak ye...sy jilat skrin? malu aii
akak nampak ye...sy jilat skrin? malu aii
wahhh nampak gebuss sekali..mesti sedap nie..x pernah rasa lg nie:)
apa rasa donut ni ye chah...lamanya saya tak mendonut...huhuhu
Wah yummy looking donuts...grabbing a few over! :)
Salam Chah. donut pulut hitam....kreatif....nampak gebuss...mcm nak rasa jugak 1-2 ketuii...hi...
akak suka jugak cuba resepi2 dr pulut hitam ni... tp jarang ada beras pulut hitam.. yg ada tpongnya aje.. alahaii... tak dpt nak dicuba lagila nampaknya....
Takpe la xnak melawat dapur kita (ayat nak merajuk).....kita pun tkde mood main masak2. Gi la tgk, kosong je kabinet:-)
Jangok tu bhsa klntan kan?
slmt berpuasa kak Chah!
salam chah..minta izin copy resepi masak lemak ciliapi telur ikan ya.Terima kasih
salam kenal jg
Salam Chah...lama tak berupdate hehe mesti chah sibuk dgn kukis.
chah!! tiba2 ku teringat pada mu..chah!! ai miss u .. slmt berpuasa :)
salam chah.. kemanakah? tiba2 menyepi di Ramadhan yang mulia ini... selamat menyambut aidilfitri yg bakal menjelang ye... moga2 semuanya okay di sana...
chah!! tak abis lg beraya ke? dah2 la tu... banyak sgt makan lemang dan ketupat ke yg dah berat nak menghapdet blog.. ke tak abis2 lg pulun sekut raya hehe..dah jd belukar dah blog nih... hehe... SLMT HARI RAYA CHAH..