Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CUCUR JAGUNG

Ini cucur feberet mak mertua saya. Disebabkan feberet dia, saya akan kenang daku dalam doamu sentiasa cucur ni. Dah tick satu kegemaran dia yang saya reti buat. Muehmuehmueh.

Tapi bila sebut cucur atau cekodok ni-Ani, aku tingat kat kau la! Sebab dia selalu 'suap' saya ngan cucur jagung setiap pagi. Terkedek-kedek kepit tupperware biru muda panjang yang kadang-kadang lupa nak bawak balik. Memang cuak taw kalau tengok tupperware tu terlungkup kaku kat pantry sebab takut-takut esok tak ada habuan lain sebab dia boleh guna alasan bekas tertinggal. Heks.
Boleh dipelbagaikan versi. Manis atau masin. Yang penting berjagung. Pasti bengang kalau ada orang cekau 2 ketul sekali gus padehal dalam mulut tengah kunyah 3 ketoi. Te Espero la tu!
Err adakah saya kena mohon untuk bekerja semula? Tapi saya tau tujuan utama saya bekerja bukannya nak berkhidmat pada masyarakat sangat tapi sebab sibuk nak berkawan dan nanti baju kurung selambak tu tak tau nak pakai gi ane.

Sudah-sudahla tu Mak Itik. Jemput makan cucur jagung saya ni biar sampai cucur atap dan cepat pandai baca kitab. Kali ini kita makan yang lemak-lemak masin dulu. Nak yang manis-manis, laen tawon kita buat.

Bahan-bahan:
1 tongkol jagung (kikis ambil isi dan jusnya)
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar -saiz sederhana
1 biji cili besar - hiris nipis
Garam secukupnya
Air secukupnya
Secubit dua gula
Minyak
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan masukkan air. 
  • Perasakan dengan garam dan secubit gula. Fungsi gula adalah untuk melembutkan bancuhan. 
  • Jika inginkan cucur/cekodok yang lembut, tambahkan air dalam bancuhan. Begitu juga sebaliknya. Cuma biasanya jika kita membancuh tepung cucur, jangan terlebih kacau kerana cucur akan mudah menjadi liat. 
  • Goreng dalam minyak yang panas. Bukan terlalu panas. Sebab jika suhu minyak terlalu panas (melebihi 160 darjah C) cucur yang digoreng akan masak 'mengejut' dan menggerutu. 
  • Apabila gorengan telah mengeraskan, kecilkan api. Pecahkan-pecahkan cucur dan goreng hingga perang keemasan.
Jangan lupa masak sedap-sedap untuk suami. Yang belum bersuami masak untuk diri sendiri. Jangan malas-malas sampaikan makan nasi dengan cili boh mentah. Haih! Pesan bakal ustazah pilihan hari ni: Kalau hati tengah gering pergi mintak maaf kat suami,  tak kira salah dia atau salah awak. (Biasanya memang salah awak..muekeke). Kalau yang tak ada suami, call mak bapak cepat-cepat. Jangan sampai emak lupa awak tu anak dia. Amboi ayat!

15 Responses to CUCUR JAGUNG

  1. lama x mkn cucoq jagung laa kak chah..terliuq dah ni ha.. ni apsal kuar loghat penang sikit ni gamaknya ekk..haha. dah kak,tapaukan sy 2 bungkus cucur jagung dgn nasi lemak sambal lebih!

  2. Oo.. kak chah! tun dh tua2 ni baru jumpa cucur jagung nih.. aritu blk kg, 1st time mama tun buat cucur jagung, dan semua org sgt jakun hokey.. muahahaha.. guna frozen corn tu.. suke! bila gigit2, dia mcm popping gitu dlm mulut.. yg pasti, versi masin lg sedap sbb blh cicah cili sos, kalau buat manis dh xleh cicah sos.. kurang nikmat.

  3. Heheee baca sambil gelak ni.. nak2 pat yang bawah sekali tu.. tq sudi berkongsi info :))) waduhh itu cucur jagung nampak mabeles! kalau buat dirumah ni alamatnya makan sorang ajelah nampaknya hehhee... pelik laa kenapa anak2 sekarang tak suka makan jagung dalam masakan?? mungkin sebab berbiji dan berwarna kuning! muahaaa.. pop corn sukalah pulak alahaiiii hehehhee

  4. Kak Sha, tenkiu tak jemu2 luangkan masa kat sini. Heehehe...agak2 dah boleh jadi ustazah tak? anak2 saya memamng jenis oemilih sesangat, jadi byknya hidangan terpaksa ketepikan hak mereka...hikhik

  5. Puan Doc, mabeles dalam kelasnya tersendiri...

    Tun, yup Cik G pun suka versi masin gak...

    Kak Noor & Bicara Kak Noor, hehehe sila..sila..tq

  6. Rahel,

    memang perghh...iyolah tu..

    Hasue, kungkung...soklan aku, pe keitan ngan nasik lemak teww....eiii lemak2 ni ai memang tolak tepi taw sejak2 join kelab atin-atin vogiu neh...

Leave a Reply