Semenjak Sang Arjuna berkecimpung dalam arena asyik-asyik kena beli seluar baru sebab seluar lama dibuat dari kain yang tak bermutu ala-ala jut yang suka-suki hati seluar tu je nak mengecilkan diri dan tertunduk malu macam pokok semalu. Nyampah!
Jadi untuk menjadikan Si Suami tadi tu sentiasa berada di takhta keunggulan, saya kena beli seluar yang lebih bermutu. Masalahnya seluar yang 'bermutu' itew haruslah bersaiz bak umur ai ni. 27 tahun. (tu tak masuk cutilah. Kalau campur sekali PH, cuti jaga anak, cuti buat-buat MC sebab nak pergi JCard Day, adalah lebih kurang 39 tahun JER!) Kekeke.
Gilos, kena beli seluar yang bersaiz hampir2 dengan umur memasing tuuuu!. Hampir aje tau!
Jadi untuk tidak menambahkan kehebatan dia berbelanja dan sayapun 'terpaksa' berbelanja sama, dia nekad. Si dia sedang mencucuk belon-belon udara di perut dengan melakukan aktiviti yang agak berfaedah di situ ya kawan-kawan.
Saya? Apa cehelop nak beriadah sama. Selagi mak mertua saya masih mengaku saya ni menantu, hey walleiwallei la saya nak naik antu bersenam-senam heh! Tak koser mak!
Lama tak masak daging. Nasi pun, (eceh!) dah lupa cemana rasanya. Uhui!
Yang, ai ratah jelah sumer lauk ni ye, yu 'mengambinglah' sensorang makan salad tu. * Bini yang layak dimasukkan dalam guni!
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil daging (anggaran 300g)
2 senduk kecil cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 keping gula nisan *gantikan dengan gula perangpun boleh
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
Air asam jawa
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa
Minyak
Cara-cara:
- Perap daging dengan gula nisan, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. * Saya perap kira-kira 3 jam.
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tumis bersama cili kisar hingga naik minyak.
- Masukkan daging dan sedikit air.
- Renehkan. Tambah lagi air jika daging masih belum empuk. Masukkan air asam jawa.
- Masak hingga agak kering. Masukkan bawang besar dan masak hingga layu. Tambahkan gula nisan jika belum cukup manis.
- Seimbangkan rasa masam masin manisnya.
Am'salam Chah
Alahhhh apa kisah nak beli seluar baru Chah, buat aje seluar cerut guna tali atau getah habis kisah..hahaha alahhh jangan amik hati lah Chah, amik jantung sekali pun tak apa..hehehe
hari ni ingat nak masak merah gak, tapi ayam masak merah boleh jadi geng kan..hehehe.Tr kasih Chah..muahhh!
Amboiii...pandai pulak CT tu buat lawak... ni mesti tempias Cikgu Chah yg kaki lawak... hisyy.. dua2 ni nk kena sumbat dengan daging merah nih... hehehehe
Hampir-hampir la mak ni terpengaruh gak dgn saiz seluar yg ala2 utk umur 27 tawon. haduhai...
Assalam chah,
wah lauk daging masak merah..sedap ni..
kat rumah akak kalau masak daging2 memang masuk..
ikan ada banayk punya slow..
heheh seluar kainya kecut ya..alahai..kena beli seluar saiznya besar lagi sikit kot lain kali..so bila kecut sizenya ngam2 ..hehe
kak chah.. tu x makan daging.. pastu tun tgh diet.. so kene join sang arjuna akak 'mengambing' meratah salad.. huhu
hahahahahahahhahahahhahahahhahaha..
aduh laaa kak chahh. tak kesah kalu mak mertua masih mengaaku menantu taapi sebelah tangn pegang menantu baru.. arrgggpengsannn larikkk.. akakaka
suka sangat daging masak merah...
memang lauk yg wajib diorder masa makan kat luar...
sedappnya tengokk..
kak chah..sgt setuju dgn hipotesis itu...semakin bertambah umur semakin bertambah saiz seluar..graf garis lurus berkadar langsung dapat diplot dgn cantik!
Sekali sekala makan daging masak merah memang sedap..takla badan terus mcm guni..hikhikhik..
chah, kita tak makan daging. kalau makan daging asek terselit celah gigi geraham. Selagi tak dapat cungkil selagi tulah lidah asek menujal-nujal ke situ.
Jadi, kita mengambing je lah. Sedap makan salad ni.
Chah..
ce tulih lebih proper cekodok horlick mlm tu.sbb wasenya cam sikit je aku makan.tak puas..lagipun nanti senang nak jawab kat GM maybank Islamik nunn yg kat Bangsar tu...pelissss...muahhh!
Boleh cuba ni resepi daging masak merah. Kena pulak dengan nasi putih yang panas-panas. memang kena sangat..