Apa aktiviti remaja dulu-dulu seraya menunggu keputusan SPM? Orang yang berduit sikit mesti hantar anak ke kelas trengkas atau kelas komputer.
Saya? Terpaksa setia membantu emak di kantin sekolah. Upahnya, memang tak berbaloi kalau nak dibandingkan dengan lenguh-lenguh sendi membasuh lantai, lap meja dan cuci longkang dan lain-lain. Tapi takpe, janji duduk di samping emak. Sebelah petangnya pula dengan ayu je saya menghayun langkah ke kelas menjahit anjuran KEMAS. Dara pingitan habis!
Hari result SPM keluar, sebaik saja waktu rehat tamat, bergegas saya tunggu bas depan sekolah. Kat tangan setempek dengan tepung goreng pisang tak sempat lap. Tu tak masuk lagi badan berbau karipap dan nasi lemak enak emak.
Huk aloh! Sang Arjuna saya naik bas yang sama. Tak malu betul ngendeng nak ngimpit duduk sebelah kita dalam bas. Kalau tau dia nak ngendeng kita, tentu saya dah bertatarias molek-molek.
Dan keputusannya........
Saya cuma layak masuk tingkatan enam. Sedangkan dia terus cemerlang. Kasih terpisah lagi. Dan janji dipatri, agar sama-sama menjejak kaki ke puncak menara kasih gading.
Sudah-sudahlah mengimbau kenangan heh. Sang Arjuna nak balik jap lagi takkan nak makan cerita cinta aje. Hehehehe.
Semenjak banyak seluar Sang Arjuna saya yang 'mengecut', dia asyik menempah masakan yang sihat-sihat ler pulak. Tapi mokcik tetap tak ada perasaan untuk turut serta. Mokcik tetap mokcik, melantakthon lebih diutamakan.
Ikan yang distim ala-ala habis idea.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas (anggaran 700g)
*1/2 biji lemon
*1 biji tomato
* 1/2 batang celery
*1/2 paket cendawan shitake (anggaran 150g)
*2-3 inci halia
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
*2 tangkai daun ketumbar
*4-5 biji cili api
Sos ikan
Sos tiram
Kicap cair
Cara-cara:
- Hiris/potong bahan bertanda * mengikut kesesuaian.
- Taburkan atas ikan.
- Tuang sos ikan, sos tiram dan kicap cair secukupnya.
- Kukus kira-kira 40-45 minit atau sehingga masak. Silalah berdiet wahai suamiku, aku akan tetap berada di samping mu sambil melahap ciskek! :)
Wah...ni makan dengan nasi panas panas mesti sedapkan....
salam perkenalan dari hanimmdzain@blogspot.com
Bestnya saya kalau sang arjuna saya request menu macam ni. Tapi saya selalu terima order " Kari, Kari dan Kari" juga....
uishhh.. kalau husband akak kureng sikit ikan di kukus.. tp kalau ayam kukus dia boleh terima pulak.. hairan sungguh!
err.. ikan bawal emas tu mesti mahal serupa emas ehh? heee...
Masa tunggu SPM dulu, ogyep jadi kerani kat driving school my father.. hubby i pun kuranggg gitu kalau ikan kukus ni... dia kata ada rasa ikan.. ogyep ok je..
ikan kukus memang kegemaran suami cm..suka sangat....hehe btol tu orang ada ada hantar anak ke kelas menaip zaman Cm dulu sementara tunggu spm/mce..tp Cm tolong jaga anak makcik..dapatlah upah sekupang hehe.
aku pulak pi keja kedai runcit...my "aaron" ada gak pi kedai tu tapi buat2 jadi pembeli..ahaks
btw, bawal emas tu sedap ke buat kukus ha?? never try.