Semenjak 12 tahun yang lalu boleh kira dengan jari sahaja berapa hari dapur saya tiada bau semerbak sup. Ya betul, itu makanan ruji anak sulung yang berbeza dengan orang lain. Sup dipadankan dengan spaghetti. Stok spaghetti saya sama seperti stok beras. Kena sentiasa ada.
Kebetulan pula, bihun sup utara adalah signature dish dan menu wajib tayang di rumah mertua bila tiba musim perayaan. Seperiuk besar sup. Kepala lembu saja tak ada, lain-lain part semua ada. Dulu-dulu ngeri juga bila saya kena merebus kaki, ekor dan lidah. Tak termasuk lagi kes saya kena potongkan torpedo si lembu. Malu I tau!
Bila dah targetnya nak jamu orang-orang-orang-orang, tau-tau sajalah berapa banyak bahan rencah yang kena sediakan. Bila kali pertama saya yang ditakdirkan untuk memasaknya, dalam kepala sudah terpatri ; bahan kena banyak, kena banyak.
2,3 lesung rempah tumbuk saja. Lesung pulak bukan sebarang lesung. Alunya saja dekat-dekat sekilo beratnya. Saya target biar mak mentua saya wariskan pada saya lesung tu. Sebab saya memang berkenan habis. Tapi tak ada lah saya luahkan pada dia, nanti dia kata saya nak rebut harta dia pulak. Lagipun nanti buatnya biras saya pun berkenan, dah jadi perebutan harta pusaka pulak. Hek hek.
Bahan-bahan:
Bihun (celur dan masukkan sedikit serbuk kunyit, toskan)
Lidah lembu
1 kg tulang
*5-6 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2-3 inci halia
*1 labu bawang besar
*3-4 batang kulit kayu manis
*2 sudu buah pelaga
*1 sudu besar bunga cengkih
*2 sudu besar lada hitam
*2-3 kuntum bunga lawang
2-3 sudu besar rempah sup
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa
Cara-cara:
- Rebus tulang dan lidah. Bila agak mendidih dan berbuih-buih, buang air rebusan tersebut dan gantikan dengan air yang baru. Rebus lagi dengan api perlahan.
- Sementara itu, sediakan bahan rempah. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.
- Tumiskan hingga garing dan tuang dalam rebusan tulang tadi.
- Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Masak hingga lidah empuk dan daging pada tulang kelihatan sedikit tertanggal. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Jika ikut petua mak mertua saya, dia akan masukkan sudu besi ke dalam rebusan daging atau perut lembu untuk mempercepatkan daging empuk.Teknik ini mungkin telah dikaji oleh orang dulu-dulu. Ada kaitan kot antara zat besi daging dengan kandungan besi pada sudu. Entah. Malas saya nak menggoggle mencari hubungkaitnya.
Bahan-bahan aksesori:
Tauhu- goreng dan hiris nipis
Bawang goreng
Daun sup –diracik halus
Lobak asin- basuh bersih dan potong kecil
Limau nipis- dihiris
Sambal kicap
Kisar cili padi, masukkan kicap dan perahkan air asam limau
Atau sambal cili serbuk (bihun sup utara menggunakan sambal ini)
Tumis cili serbuk, perasakan dengan sedikit dan serbuk perasa. Masak hingga naik minyak.
mmg terbaik...tapi jangan risau..ai x rebutnya lesung tu..hehe
Tina...hikhik...alhamdulillah...makin kurang sengitla perebutan...sorang dh tarik diri...sorang menghilangkan diri...ai la mungkin menang..kuhkuh...