Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PEANUT BUTTER BROWNIES

Acara makan sedang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Masih. Siapalah kita nak menolak kalau yang sedap-sedap bakal menerjah tekak. Macam buaya, ada ke masa menolak bangkai? Aduh, bughuk pulak perumpamaan untuk diri sendiri. 

Ramai ke yang berpuasa sunat Rejab? Oh ya, mohon adab-adab berpuasa tu jaga elok-elok. Antaranya tak boleh berangan-angan nak makan apa masa berbuka puasa tu nanti. Pagi-pagi lagi dah 14 keping resepi kena print guna reta benda company. Hehehe. Tengahari karang, tambah lagi 8 keping bersamaan 16 resepi sebab print depan belakang. Tu kelaku hampeh ai gak  dedulu. So perlahan-lahan kita tinggalkan ye.   Moga Allah ampunkan saya. ^__^

Brownies kak Martha Tilaar Stewart ni tak lah difusion gedeboom sangat rasa dia. Tapi biasaklah kalau omputis buat semua nampak sempurna, semua nampak hebat. Kenapa ye?

Saya bagi markah kesian kat brownies resepi kak Martha ni 7/10 ajelah. Walhal dalam komen, rating 9.5 yang diterima buatkan saya selok kero nak buat brownies yang menggunakan peanut butter filling. 

Bahan-bahan (saya adjust sikit-lepas convertkan kepada timbangan gram/cawan)
Resepi asal kat SINI
120g butter
170g coklat kurang manis (saya gunakan milk chocolate coins jenama Berry's)
2/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
  • Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper. Ketepikan.
  • Panaskan butter dengan api perlahan. Apabila butter mula mencair, masukkan coklat.
  • Kacau rata hingga coklat mencair sepenuhnya. Sejukkan.
  • Apabila adunan coklat telah sejuk, masukkan gula dan pukul sedikit untuk  memastikan gula larut dan sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder. Juga garam. Kacau sebati. Ketepikan sebentar. 
  • Sediakan peanut butter filling.
Bahan-bahan untuk peanut butter filling:
50g butter
1/2 cawan gula halus (saya masukkan 1/4 cawan sahaja)
3/4 cawan peanut butter (saya masukkan secawan)
Sedikit garam

Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga sebati.
  • Masukkan peanut butter dan garam. Kacau hingga sebati.
  • Tuang sedikit demi sedikit filling ke atas adunan brownies. 
  • Bentukkan seperti marble/swirl untuk mencorakkannya.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira  40 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong. 
Saya kurang suka brownies yang bertekstur macam ni, Pada tekak saya, brownies mesti lebih padat, chewy goey dan kalau brownies coklat haruslah terserlah rasa coklat yang kuat. Err siapakah daku yang layak memberi komen-komen sebegini? 

9 Responses to PEANUT BUTTER BROWNIES

  1. Assalamualaikum...he he he he baba print resipi kat opis tu rasanya sampai sekarang masih berjalan..cuma sekarang dah tak sebanyak dulu lagi..2~3 keping je seminggu...kadang2 2~3 keping sebulan..bertambah baik tak kitaaaaa...

    psstttt...boleh minta upah brownieeee...? motifff...sebab dah kurang print resipi kat opis...ha ha ha ha ha

  2. Salam perkenalan. Brownie oh brownie. Ada banyak versi yang boleh dibuat. Salah satunya brownie yang ada caramel di tengahnya, campur pula walnut. Yummy! Brownie yang lembut apabila masih panas keluar dari oven dan kemudiannya tekstur berubah keras sedikit & merekah. Kegemaran anak-anak saya :)

Leave a Reply