Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TALAM KELADI

sw
Eh eh, Malaysia jangan gempar! Orang-orang kat benua lain sila buat derk je ye. Bila tengok selang dua hari ai post kisah talam, bermakna dua hari berturut-turut saya menalam?. Cer tengok betul-betul tarikhnya. Kan ke satu bulan Mei dan satu lagi di bulan April. Maknanya sebulan sekali aje saya makan makanan berlemak. Frurrrrr!

Pertama kali saya makan talam keladi yang sedap, bila office order dari Kak Jemaah. Bukan Mak Jemah, Kak Jemaah!. Memang abadi tul talam keladi dia. Lepas tu banyaklah  jumpa versi lain yang hebat-hebat juga.
So Minah Kroh ni naklah jadi hebat juga. *Biasala, kau tu bukan boleh tengok orang ada.


Dari situlah saya kenal Kak Yatie. Percubaan pertama boleh kira abadi juga sejarahnya. Boleh dimakan, tapi rupa parasnya tak fotogenik sangat.  Bila nak buat kali ke dua, saya berperang dengan kucing yang main cak-cak kat rak pasu Kak Minah Kroh. Dahlah rak tu ogek. Sambil kacau kepala talam, pergi pulek kejar kucing. Abis bergentel sebab dah jadi terlalu pekat dan mengeras. Huuuuu.


Sudahnya?, memang kesudahan yang pilu dan panggungpun kena bakar. Penonton pun mengganas main baling-baling botol dan sepak-sepak kerusi segala. Marah betul dengan kesudahan kisah talam yang menggerutu tu. 
Masa tu nak suap ke mulutpun rasa sebu. Bukan rasa makan talam keladi, tapi rasa makan batang keladi yang penuh getah! Si kucing tak mandi tu pulak mesti dok bershuffle wihawiha tengok saya yang dah dirasuk antu sebab bengong dengan kucingpun nak gaduh. 


Bila saya 'sampai hati' hidangkan juga talam bahana onar si kucing tu pada Sang Arjuna, dia kerut dahi. 


Jawapan paling membela hak wanita pada ketika itu, " ala yang..langit tak selalu cerah, kadang-kadang pelangi menyinggah, tak kurang juga kilat dan guruh sanggah menyanggah..."  *Errr dooh jek, saya tak jawap apa-apapun sebenarnya. Mana nak jawab, air liur sendiripun rasa berpasir. Huuuu


Tinggalkanlah kisah sadis (lah sangat!) tu. Macam Forrest Gump, mula-mula berjalanpun senget-benget, lama-lama boleh pacu lari laju-laju. Eceh!
Sesiapa yang belum ada kisah yang boleh dianggap abadi selama-lamanya, sila salin resepi talam ni. Talam ni punya lentik bila dipotong dan dia punya gegar tu, perghh ai tell yu!


Bahan-bahan:
Saiz loyang : 6 inci (1/2 daripada adunan asal)
Sumber Asal: Chef Asma
Rujukan lain: Kak YatieKak Wan CitarasawanCMGKak CT DelimaKak Ita Masam Manis
Lapisan bawah (putih)
50g keladi (rebus/kukus dan toskan) *saya letak lebih dan saya masukkan sedikit garam dalam air rebusan
80g tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi (resepi asal guna tepung hoen kwee)
350ml santan pekat
70g gula halus *saya letak 2 sudu besar sahaja , jadi rasanya lemak dan ada manis-manis sikit di hujung tanjung lidah
Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Campur semua bahan (kecuali keladi) dan kacau hingga gula larut.
  • Tapiskan terus ke dalam periuk. Lebih baik jika menggunakan kuali/periuk non-stick.
  • Masak atas api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi agak pekat.
  • Masukkan keladi dan kacau rata. 
  • Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik atau boleh juga disapu dengan sedikit minyak. *kali ni saya guna loyang yang boleh dibuka dasarnya. Jadi saya sapukan minyak.
  • Kukus kira-kira 25 minit atau hingga masak. Pastikan air pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum meletakkan kuih ke dalam pengukus.
Bahan-bahan Lapisan Atas
80g tepung gandum
2 biji telur
100g gula halus (jika ikut resepi asal sepatutnya sukatan gula adalah 150g, tapi saya agak terlalu manis, jadi saya telah kurangkan)
350ml santan
Secubit dua garam
2-3 titis perisa keladi
2-3 titis pewarna ungu
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan tapiskan terus ke dalam periuk. 
  • Masak atas api perlahan hingga agak kental dan naik wap. 
  • Tuangkan ke atas lapisan putih tadi. 
  • Kukus kira-kira 25 minit. Selalu pastikan penutup pengukus dilap. *saya tutup loyang menggunakan aluminium foil.
  • Sejukkan sebelum dipotong.

24 Responses to TALAM KELADI

  1. wowwww..menariknya talam keladi Chah ni, akak mmng suka betul kuih2 mcm ni..sampai ramai yg pelik, napelah k.yatie ni suka sangat mengukus kuih..ekekeke..dah minat nak buat mcmana kan...he3..

  2. As'salam Chah

    Keladi ni kalau tak betul2 mahu gatal bibir kalau makan, salah2 makan boleh jadi tebal bibir atas bawah ala2 kak Angelina Jolie...hahaha. Tapi seronok per bibir tebal ni nampak banyak cekci kan Chah hehehe

    Baru semalam makan talam keladi ni, hari ni dapat jamu mata jerlah ya Chah, cantik mengoda ala2 bintang filem aje kan talam tu posing :D

  3. asslm Chah...kalau singgah ke sini pasti akan terjatuh cinta dgn set n prop yg digunakan...senada kaler dgn menu yg ade...tu yg mnjadikan kuih tu bertambah sedap...gambo mmg cantik dh..

  4. cun bangat chah talam keladi mu itu!! sangat gojes kaler pepelnya.. gambar pun cun.. mantop! hehe

    psst!! acu tulun email sket ke k.nor.. ai need yr email pls.. :)
    nor25267@yahoo.com

  5. rasa mcm kerap sgt keluar menu dari keladi kat blog chah ni... ada kebun keladi ke belakang rumah tu? i datang tolong bersihkan boleh? kot boleh wat balik sekilog dua ubi keladi... hehehe....

  6. Assallamualaikum Chah..

    Gambar yg mula2 sekali tu kan Chah, puas akak tenung nak cari mana ler talam keladi dak chah ni. Tak namapak biji mataku ini dek kerana set cawan yg cumil2 dan sangat cantik tu..perhhh..mmg kena betul talam keladi tu bergambar dgn set cawan tu...

  7. Akak!!! Pasan ye dia cik embun suka menu keladi...hehe... Byk ladang bakang umah kak... Nk berkilo2 no hal kak, tp timbang dulu yer... Pastu gi kt cashier...keke

  8. Kak Chaaa'aah..*nada manje
    Nampak sangat lemah lembut talam keladimu itu. Sangat sedap pada penglihatan laa. Nak cuba tapi malas menggali keladi di kebun belakang rumah..boleh tak kirenya akak buatkn?

    P/s:akak jgn marah ye,,kite baru buh blog akak dlm bloglist..ingatkn selama ni dah duk dlm bloglist.hee..jgn merajuk ye kak.. nah pai tee seketul..akak x pnh mkn kan.. :D

  9. mantop rupa kuih talam kak chah ni..lama tak menalam. ehh, tak tau sape tua saya panggil akak lah dulu..kalau x betul bg tau yer.saya lahir thn 79.

  10. Assalam Chah, apa kabooorr? Amboiii cantiknya talam keladi...lawo dan sweet jer kaler...i liiiikkeee..tp lg liiikkeee kalau Chah hantar setengah loyang ke Ktn ni haaa... ^____^

  11. Salam Chah.baru sempat singgah dapur Chah....ada talam keladi....suka kuih talam keladi ni,dah lama tak buat.akak suka nengok talam sekoteng Chah kat bawah tu...lembut warnanya...cantik!
    re; Chah kat tempat akak kelapa biji ada jual tp tak ada org mesin kelapa.nak mudah biasa akak guna kelapa kering,byk jual timbang.

  12. As salam. Tahniah, ini lah yang dimuatkan dalam blog review majalah Jelita Jun . Memang cantik.

    Regard
    Azie Kitchen

Leave a Reply