Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUDING PEACH MANGGA DENGAN SOS COKLAT

Kalau berpeluang makan di hotel- 'dapat peluang' sebab acara itu bukanlah aktiviti rutin saya. Saya akan menonong cari manis-manisannya dulu. Sebab tu antara yang saya suka adalah hotel Shangri La KL. Desserts dia memang wow dan buat saya angkat kain biar melepasi perut sebab sengkak dia lepas makan ai tell yu, memang kena duduk tegak macam pakai korset ketat. Silap-silap tersentuh sikit perut muncit harus termuntah agar-agar hijau.
Dan KALAULAH saya jadi seorang pakar masak yang ada rancangan masak-masak kat  Food Network, ha kau, terus go internationally. Padahal kedek-kedek Mak Itik, saya akan buat rancangan ala-ala SUGAR. Hekhekhek. Tapi versi melayulah. Tajuknya GULA NISAN. Lepas tu for sure Anna Olson dan Ina Garten takpun abang air liur bersembur tu, err abe Jamie akan order berkontena-kontena gula nisang dari  Terengganu. Hihihi. * tak menyewel tak sah. 
Ini kes orang lain yang berpuasa, kita pulak tumpang terliur. Tak boleh jadi betoi itu Ibundo. Kemain tonggek puding mangga dia posing. Kena pulak whipping cream baru je bukak untuk buat ganache ari tu. Dan Bundo pulak sua resepi yang guna whipping cream. Memang ibarat mencurah ganache direct ke dalam mulut la kaedahnya.

Tapi saya buat versi tak cukup mangga. Maklumlah 2 hari balik kampung, semua stok buah-buahan cuba dihabiskan. Terkonteng-konteng ada sebiji  je mangga yang tinggal. Tupun yang kenit. Bila saya kopek, isinya dapat seciput je. 
Jadi saya tambah buah peach dalam tin untuk mencukupkan kuota. Heee.  Juga tanpa sos strawberi. Saya gantikan dengan sos coklat. Banyak benar tanpanya tu. Juga terpaksa adjust sikit mengikut bahan yang ada kat rumah. Maaf ya Bundo, tapi idea dan lobang idung mu tetap menjadi pojaan hatiku. Ambik lah aku ni sorang lagi jadi anak ko bundo leh tak? Kekeke...Perigi cari timba tul!
Bahan-bahan:
Sumber:Bundo
* untuk sukatan dan resepi asal sila ke link Bundo tu yer.
200g isi mangga
350g buah peach dalam tin (anggaran 5 ketul halves peaches)
1 cawan whipping cream
1/2 cawan jus mangga (saya gunakan jus mangga jenama sunquick)
Gula sekiranya masih kurang manis
Air * saya masukkan air untuk mencukupkan sukatan bahan-bahan selepas dikisar di atas menjadi 1 liter
5 g serbuk agar-agar
Cara-cara:
  • Kisar mangga dan peach hingga hancur. Masukkan whipping cream, gula dan kisar lagi. 
  • Masukkan air hingga sukatan menjadi 1 liter.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih kecil.
  • Sejukkan.
Bahan-bahan sos coklat : 
1 cawan whipping cream
100g milk chocolate (saya gunakan chocolate coins jenama Berry's)
2 sudu besar butter/marjerin
Cara-cara:
  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil.
  • Masukkan butter dan chocolate. 
  • Kacau sebati hingga coklat betul-betul larut.
  • Hidangkan bersama puding.

9 Responses to PUDING PEACH MANGGA DENGAN SOS COKLAT

  1. adeh.. sakit perut ai baca.. Gula Nisan, chef datin Chah yer... sure meletop! haha...
    puding yg bentuk mcm star fish tu sgt comey! ^^ dh lama x memuding, sejak 2 menjak pandai wat homemade dadih nih, asyik nk mendadihhh je kije nyer.

  2. Salam Chah.kalau puding mmg favorit...no 1. tak tahan nengok puding peach + mango yg disirami dg sos coklat Chah ni.....yummy...

  3. Salam Chah... memang kaya betul ngan mangga dan peach..ada coklat melting lagi..perghhhh....gambar tak perlu kata apa apa :)

  4. kita minat yg sama ek.. si mek anna tu gak .. molek benor tu chah.. rancangan gula nisan.. kaya r tokey gula nisan ganu hehe

  5. Chah..behhhnyaa...aku suka puding.tapi aku sakit hati ni..awat tekak aku tak suka cengkerrat..wugiiii...hang boh sos lain leh..heeee....hawi khamis dating aku tumpang hang borre? muahhh!

  6. Assalam Kak Chah, puding memang my fav...semua jenis puding saya suka terliur tgk puding dgn choc akak tu..harus dicuba nanti..:)

Leave a Reply