Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEK COKLAT HORLICKS

Dia ni kan, makan nak sedap aje. Takmo langsung rasa bagaimana peritnya orang-orang bawah jambatan menjamah hidangan harian mereka. Idup nak jadi raja manjang
Habis tu? takkan kita sengaja nak menempah hidup susah kan? Mesti nak semuanya nikmat dan lazat. Walaupun Mak Itik rasa agak keletihan di situ bila memikul beban kilo-kilo di badan, tapi takkanlah nak bersedu-sedan sepanjang masa. Kena gumbirakan hati dengan hidangan-hidangan ya ampun sedap tul tapi kengerian lah pulak bila menjejakkan kaki gemok ke atas penimbang. 
Dah banyak minggu tak buat kek coklat. Jadi sebagai reward ke atas diri saya yang mengira detik untuk menyambut kepulangan Nuhaa hari ini. Yeay

Kali pertama saya lepaskan dia untuk naik flight sekor-sekor diri. Ketar gak boli ni,tapi itulah pengalaman dan pelajaran. Tak belajar tak tahu, tak gitu cikgu-cikgu? 
Kek coklat horlicks olahan resepi  kek cekelat sedap dari Cikgu Hana.  Bukan olah apa-apa, cuma ada penambahan sikit. Datangnya idea nak letak horlicks bila banyak  benda saya  buat saya cuba letak horlicks. Sebab rasanya nak buat air, mau berkurun horlicks tu dok dalam simpanan. So mulalah macam-macam. Rasanya memang hmmm..hmmm... sampai pejam mata sebab taknak mata ternampak penimbang daging itik vontot kedek ni. Heee
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (saya gunakan tepung superfine)
3/4 cawan gula halus
1/3  cawan serbuk koko
1/2 cawan butter 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu cair (saya gunakan susu penuh krim)
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
2-3 titis esen vanilla
1/4 cawan horlicks
Cara-cara:
  • Pukul gula dengan butter hingga sebati dan gebu. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
  • Masukkan esen dan horlicks
  • Masukkan susu  cair dan susu pekat. Masukkan air panas dan pukul perlahan.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan soda.
  • Kukus  kira-kira 50 minit- 1 jam. 
* Ini cara saya tuang ganache untuk kek yang bersaiz kecil atau sederhana. Jika rujuk cara di internet, mereka mencadangkan menggunakan redai kek yang ditadah dengan loyang di bawahnya, tetapi isunya banyak ganache yang melekat pada jeriji besi yang tak dapat diambil semula. Rugi!  Misi : Nak cepat kaya.
Bahan-bahan untuk ganache:
150ml whipping cream
150g dark chocolate
50g butter
Cara-cara:
  • Panaskan whipping cream hingga mendidih kecil. 
  • Masukkan coklat yang telah dipotong kecil. Masukkan butter dan kacau hingga coklat larut. 
  • Sejukkan sebentar sebelum dihias/dituang pada kek. Selamat dan sila pejam mata. Kalau terbayang gak alat penimbang tu, humban aje dalam stor. 

13 Responses to KEK COKLAT HORLICKS

  1. uwaahhh!! datinn!!! ni dh kira harrassment nih... kesian kat diri ku yg dh lama x melicking ganache tuu. kek pun dh lama x buat. uhuk! next month blk kg, so mmg kene puasa kek dulu. nnti abah tun -merangkap inspektor berat badan- bising ckp anak dia obese. huhu....

  2. datin cayang... ai reply kat sini, takut yu tak perasan kalau ai reply kt komen box ai.. kat fb sblm ada tunjuk gambar segmen 'ulasan blog' utk majalah jelita bulan ni kot. datin nyer blog salah satu yg tersenarai.. =)

  3. Hamboiiihh kemain seksi lagik kek ceklat ko kak chah oii... seksa batin ku menengoknya!! nak gi urut tenaga batin laa kalo gini.erkk?!

    Takmo laa kek ceklat tuu...nak epal tu aje.*insap bace tang kaki gemuk naik penimbang tu..hakhak..

  4. Eh akak masuk majalah ke?TAHNIAH2.. tak berniat ke nak bagi duit raya tuk kitorg ni haa..kan. walaupun takde kena ngena duit raya dgn blog masuk mjlh..ahahak..

    p/s;kak chah,ai ingat dah publish komen ni td..sibuk buka page lain.rupanya masih duk termangu2 bertanya verification words tu ha.. haha..apa kata akak buang aje VW tu...hiii

  5. Errr, hasue, cemana nk buang word verifikasi tu? Ajar aku deh...heee mokcikpun termangu2 lg ni, kes magazine...x tau menahupun...err nk kena susun ayat retis ler pas ni...kuehkueh...

  6. Owhh.....Chah ke yg selalu akk tgk kwn2 panggil datin? Maaf la kalau akk ni ketinggalan sikit. Takyah fikir penimbang berat tu, kdg2 tak mkn kek pun, berat maintain jek tak turun2....hehe..
    Akk belum pernah cuba kek yg berhorlick ni, horlick pun yilek....haha

  7. Pergghhhh, x tahan akak tengok lelehan coklat tu Chah.....pastu cantik licin jer topping ganache tuh....mesti sedap nih letak horlicks lgk...! ^__^

  8. kalau singgah sni pasti lah meleleh air lior. tak tau la salah kek yg posing atau tukang amik gamba yg buat kek nmpak mengancam abis. arghhh!! tensi!!

  9. tu la chah, ai dah suruh join pesbuk, baru la cpt dpt berita terkini lg sensasi.. chah mmg keluar jelita, shikin dah tayang kat pesbuk nun.. :)

    cun la chah kek tu.. licin mulus jer ganache tu..

    anak dara naik flight sorang2 ek.. k.nor pun lepas ni kena lepaskan hero bongsu naik flight dr KL ke KB dlm bulan 9 ni.. dulu naim dah pernah gak gitu sekali.. harap2 semua selamat

  10. hai kak chah.. salam kenal.. baru nak kawan2 ngan kak chah ni...menggiurkan le gambo2 kek akk nih..adehh abeh la diet den...esok beday anak sulong tu la cdgnye nak try le resepi2 akk tu..tp xdek penimbang.. oben.. mixer pon elek kak..huhuhu.. xpe kite try je kan..oo lg satu.. maceh byk2 le kak, resepi tu dlm sukatan cawan..byk membantu.. hihihi.. tengs kak chah..doakan ye kek sye menjadi demi anakku..oohh..:D

Leave a Reply