Saya ada terbaca dalam satu magazine lama dulu pasal 'perebutan' asal-usul masakan ni antara Malaysia dengan Singapore. Biasa la menda sedap semua nak rebut, ye tak?
Ala, tak gerek seyy la menda macam nipun nak jadikan isu rebut tarik-tarik rambut sumer. Hamboi, sesedap mulut aje saya buat statement kat oh murai ni. Sebab bukan saya yang susah-susah cipta resepi yang glamer kat mana-mana restoran mahal ni . Mesti bila order lauk ni terus rasa macam orang hebat-hebat yang baru balik dari persidangan wakil-wakil negara. Heks.
Sebenarnya kalau bukan baca kat magazine tu, mapuh saya ingat ketam bercili ni asalnya dari Thai. Sebabnya saya pernah makan chilli crab yang sangat meninggalkan nostalgia dek kesedapannya di Bangkok 7,8 tahun lalu. Sampaikan saya isap-isap kaki ketam tu dalam perjalanan balik ke hotel. * tak exaggerate memang tak sah minah ni!
Tambahan pulak yang tukang serve tu mek-mek siey yang comey lote putih leppuk muka licin macam gelongsor. Memang jadi terbayang-bayang dik! Tapi tak taulah pula kot-kot saya dimandrem sampaikan ingat ke hari ini. Dasat!
Sekarang musim ketam gamaknya. Di pasar boleh katakan semua gerai ikan ada jual. Cantik dan segar, dan yang pasti berat-berat macam saya ketam-ketam tu. Ikut kata penjual tu bila kita ketuk cengkerangnya dan bunyinya semacam, itu tanda isinya banyak. Entah.
Gugel je resepi, melambak keluar gedebus-bus-bus. Versi ni saya godek-godek ikut dan je. Nak sama macam yang kat kedai jauh sekali, sebab yang ni lagi sedap...muekekeke.
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
*2 labu bawang besar - saiz sederhana
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
5-6 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil rempah kari ikan
2 sudu kecil sos ikan
2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 biji telur
Minyak
Cara-cara:
- Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
- Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing.
- Masukkan rempah kari.
- Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
- Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat.
- Masukkan ketam dan kacau sebati.
Lama betul x singgah dapur Kak Chah.. LAngkah kanan hari ni... ada ketam cili lagi... nak tumpang lunch ya.. Boleh???
hmmm...tengok gambar nih terasa dah...sedap seh
salam datinnn!!! fuhh.. merah menyala ketam tu.. mmg terliur habis tun nengok.. tun kalau ketam ni mmg suka masak sambal, kalau versi mama tun, x kukus dulu. masuk terus dlm sambal tu. pastu masak lama2 biar air ketam keluar. fuhh. sedapp... pastu tun makan sikit, kene telan antihistamin sepapan.. huhu.. allergic teruk ngan ketam ;(
asslm Chah...lama jugakkan xsinggah ke sini...sedapnya tgk lauk ketam tu...kecur dibuatnya...trasa skrg juga nk g cri ketam n masak mcm ni..hehe
Salam Chah.sedapnya tengok lauk ketam Chah masak ni..besar pula tu saiz ketamnya...rasa nak tumpang mkn sama..he..he..
aku malas betul nak masak ketam ni chah. Kalau beli bukan cukup 2 ekor. Kurang2 mahu sepuluh ekor, mak aii.. Dah tu ada je yang komplen leceh nak makanlah.. kena korek lah.. Cengkerang je lebih isi takde lah..
Sebab tu selalu gulai ayam je hahaha..