Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUBUR SOM-SOM PANDAN

2 hari saya di KB. Melepas rindu dendam pada Nuhaa. Terpaksala sekelorga pergi bercuti  ke sana. Gitu rupanya rasa rindu pada anak. Sakit! :(


Bila sampai semua ke kandang saya ni, mood masih di sisi Nuhaa. Kemalasan melanda sampaikan nak gerakkan sikupun saya fikir 4,5 kali. Malas tahap Jula Juli Bintang 7 dah tu. Ahad tu saya langsung tak masak apa-apa. Lapar je sumbat roti dalam mulut. Dah rasa macam mulut ni kilang mauripan pulak sebab banyak sangat bahan tu terjah ke tekak saya. 


Hari ni saya kembali beraksi. Di layar lara?. Huhu. *Sumpah payah nak percaya,kan?
Cerita makanlah pulak. Rindu tu letak dalam gobok dulu jap. :)


Sebab Kak Ijan Puri lah saya tau namanya bubur som-som.  Namanya begitu sebab mengambil sempena nama ayah sapa-sapa ke, tak pastilah pulak. Errr Cik Ruh!


Mula-mula rasa sesudu saya ingatkan lompat tikam. Tapi mana bahagian hijaunya? Sebab versi Kak Ijan tu warnanya putih. 

Lepas suap sesudu, apa lagi. Saya teruslah sudi suap dan terus suap sampai bersudu-sudu lagi. Nasib baik Cik Kembong masih ada hati dan perasaan serta sedikit maruah, kalau tak harus pinjam senduk sat, buat suap menatang ni.
Kali ini saya perisakan dengan pandan, biar wanginya dam dam dum berdentum dentam satu Kajang. Kohkohkoh.

Konsep asasnya lebih kurang sama macam buat kuih tepung bungkus. Cuma bedanya pada wangian pandan tu. Ada saya terjumpa versi hijau, tapi bila diteliti bahannya,   tiada unsur-unsur kepandanan pun. Mungkin itu versi mengabiskan pewarna hijau tersilap beli la tu.
Dah, untuk sesi berdentam- dentum di rumah anda pula, gerakkan sikit vontot tu. Sila ke dapur. 

Bahan-bahan:
Sumber: Adaptasi dari Bubur Som-som Kak Ijan Puri dan cara penyediaan Kuih Tepung Bungkus oleh bonda tersyinta
1 cawan tepung beras
4 cawan santan 
4-5 helai daun pandan
Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan. 
  • Gunakan air pandan tadi untuk memerah kelapa.
  • Campurkan dengan tepung beras. Kacau rata. Tapiskan. Masukkan garam.
  • Kacau atas api perlahan hingga kental dan dan naik wap seperti menyediakan kuih tepung bungkus.
  • Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
  • Hidangkan bersama air guna nisan.
Nah senduk, buat cedok! Biar cepat sikit masuk ke mulut. :)

    14 Responses to BUBUR SOM-SOM PANDAN

    1. Kak Cah, baru minggu lepas si JD meroyan nak makan kuih ni..kalau la dia tahu Kak Cah buat kuih ni, saya rasa tanpa silu dia akan ketuk dapur Kak Cah...hihi..sedapnya..saya pun suka makan kuih ni...

    2. sebut2 lompat tikam terkenang sawah padi dikampung.. biasanya setahun sekali time blk kg kt KB je buleh makan. bubur som som ni tun x penah try lagi.

    3. chah, gi singgah tak kat anak teruna ai? hehe.. dah lepas dendam rindu ya.. biasalah tu kalau baru2 berpisah dgn anakanda.. :)

      chah, bubur som som ni ada meh2 dgn lompat tikam dok? dah lama tengok menu ni tp duk terbayang lompat tikam jer :)

    4. Chah,

      Kalo tradisi owang jawa la..bubur som som ni memang wajib buat lepas kenduwi kendawa.jamu owang rewang yg datang tolong kemas pinggan mangkok kuali belanga bagai.pehtu mesti ada bihun sop. mak aku cakap bubur sum sum tu fungsennya adalah untuk hilangkan penat lelah orang rewang haaa gitulah mitos jawa pasal bubur sum sum ni...aroma pandan dan lembut cam puding...makan amsa sejuk..perghhhh memang nyamannn...uwaaaa windu mak aku...

    5. Chah, like always.. your pic mmg sungguh2 menggiurkan bila ditenung lama2.. Kalau dekat akak dgn muka selamba akan hulur tupperware kosong untuk diisi..heheheh

    Leave a Reply