Makcik taknak dahlah mengumpat orang dalam tren. Tapi sebelum makcik tutup tirai episod ni, ada satu je yang makcik nak khabarkan apa yang makcik nampak dalam tren tu. (pelis, satu je lagi!)
Bila Sang Arjuna mintak makcik sediakan kelengkapan untuk dia berjogging lepas habis kerja, makcik tau sebabnya dia dah mula ambik kisah pasal perut dia yang makin 'membengkak' tu. Dan juga sebab bila ada beberapa helai seluar dia yang terpaksa dilipat rapi-rapi dan disimpan kat cold storage. Huk huk.
Tapi makcik tetap makcik. Menten makan sampai muntah dan kadang-kala makanan boleh terkeluar dari hidung. Gila dinasour dia ni!
Tapi bila teringatkan kisah seorang remaja yang bersaiz 'guni baja' dalam kategori bantam weight yang bersusah payah nak bangun dari kerusi masa nak turun dari tren KTM tu. Makcik insaf jadinya nok!
Bayangkan dagunya saja sebesar pau kacang merah kat R&R Tanjung Malim, jadi mukanya sebesar mana? Lengan dia ala-ala gedabak macam peha makcik, jadi peha dia? Daku terdiam kaku bila melihatkan kesukaran dia untuk bangun dan berjalan. :(
Ini tidak ada kena mengena dengan penghinaan atau saya sedang melemparkan kata nista kepada orang gemuk atau orang kurus. Ini adalah isu penganiayaan pada diri sendiri yang dihambakan dengan makan dan makan dan makan (tetiba!).
Jadi sementara keinsafan yang datang tetiba tadi tu, makcik undur diri dululah. Sebelum tu ni Makcik ada masak lauk yang konon-kononnya sihatlah sikit kalau nak dibandingkan dengan kari mari atau apa-apa yang berlemak tu. Ayam panggang cenggini memang bestest. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Versi bodo-bodo saya panggang ayam ada kat sini
Tapi esok Makcik datang balik dengan creamy caramel chocolate macadamia cheese cake berwalnut ye!.Hihihihi.
Bahan-bahan:
Sumber asal :Kak Nor Secubit Garam, Ibundo dan Wana
* saya olah jumlah sukatan bahan mengikut jumlah ayam yang digunakan
2 bahagian paha ayam
2-3 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil jintan kasar
2 sudu kecil jintan kasar
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar dried rosemary
2 sudu kecil honey (saya tambah)
Secubit dua garam
2 sudu kecil serbuk paprika (saya tambah)
Perahan lemon
Butter
Kentang dan carrot (saya tak letak)
Minyak zaitun
Butter
Kentang dan carrot (saya tak letak)
Minyak zaitun
Cara-cara saya:
*cara asal sila rujuk pada link yang diberikan.
- Tumbuk halia, bawang putih dan jintan hingga lumat.
- Lumurkan pada ayam. Lumurkan bahan-bahan lain juga dan perap kira-kira 3 jam
- Letakkan dulang pembakar dengan butter dan susun ayam. Percikkan dengan minyak zaitun dan bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 5 minit pertama dan turunkan suhu kepada 150 darjah C. Bakar kira-kira 35-40 minit.
- Semasa proses memanggang ini, jiruskan semula air ayam yang keluar ke atas ayam.
- Hidangkan dengan salad kegemaran.
hehehe...tumpang suka
nonie pon dah buat memang best sgt,ratah jer.
cesss memula je meresap keinsafan kat hati, tetibe esok meleleh chese dari idung. hahahhaa... adui la.. ayam ni kan. cek nak buat jugak. tapi 'seyypa' mahal sangat rempah ratus tu. kat poket cek ada rm5 hengget je. cek letak balik botoi rosemarry tu, sebab kredit card cek dah monopos. 'seyypa?'.. haha gelak guling2 cek nok!
hehhee... menggiurkan ayam panggang cik mary tu chah.. elok gak kan combine dgn menu sihat akak tu , roti wholemeal .. bak 1/2 ekor :)
ternampak nampak "kebesaran" orang itu membuatkan Cm ketar lutut...bila dah saiz XXXXL pastinya agak sukar untuk mengecilkan badan...eh ayam npanggang ni sungguh mengancam..yum yum..besar pun besar lah hehe...
Weee..nampak sedap sangat..tapi gue masih kenyang la mkn kek coklat...hihihi..
seronok jamu mata kat blog ni...semuanya menyelerakan...
alahai pn doc terlambat sudaaaa..jamu mata jela ek..hehe!
Very creative posst