Baik saya mulakan hari ini dengan kupanjatkan sepuluh jari memohon maaf kepada semua. Tak kiralah atas apa jua kekhilafan dan keterlanjuran yang sengaja atau memang sangat-sangat sengaja. *Kedengaran Datin memang benar-benar insaf tu.
Yang sebenarnya saya terasa sedikit ralat pasal sumber resepi kek ni. Bukan apa, berkali-kali dicuba dan padahnya berpusu-pusu cheese masuk ke perut saya tapi saya langsing langsung tak catat siapa penyumbang resepi ni. Itu zaman saya belum berblog, so saya jarang catatkan sumber. Janji resepi tu nampak menarik, salin, dah. Itu le pasal!
Saya cari juga di MyResepi, tempat melepak jaman muka tak berapa kedut dulu. Tapi jumpa resepi yang sama. Takkan saya pula yang cipta resepi ni?.Hohoho.
Bukanlah saya ni baik sangat sampai nak pergi depan pintu pagar ukir-ukir rumah penyumbang resepi ini untuk ucap terima kasih. Diapun segan nak terima tetamu ala-ala gila hadiah GA ni kot. Cuma terkilan. Lagipun kalau boleh saya sedaya upaya nak jaga etika berblog biar tiada artis-artis lain yang jeles, marah, geram dan berbulu kuta masin malikin conget kat Datin ni. Bluwekss!
Resepi kek ni hadir di saat saya memang tengah ditimpa perasaan dengan segala yang berkaitan dengan cheese, beberapa tahun lalu. Bermula dengan no bake cheese cake, termasuk kek ini. Rasanya? tak payahlah nak besar-besarkan isu lagi. Memang akan menang mudahlah kalau bertanding dalam PRU akan datang. Keh keh keh.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Sumber : Jika sesiapa tahu sapa pemilik resepi ini, sila telegram saya
Saiz hidangan : loyang spring form 9 inci/22 cm
Bahan A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar
Bahan B
40g tepung superfine (saya guna SRF)
30g tepung jagung
4 biji kuning telur
Bahan C
4 biji putih telur
110g gula halus
1/2 sudu teh cream of tar tar
Sedikit garam jika menggunakan unsalted butter
Cara-cara:
- Masak Bahan A secara double boiler. Pastikan cheese dan butter dipotong kecil-kecil untuk mempercepatkannya larut. Setelah larut, pukul sedikit dengan whisk untuk memecahkan mana-mana cheese yang mungkin tidak dissolve sepenuhnya. Sejukkan.
- Campur Bahan B dalam bekas berasingan. Pukul hingga sebati. Masukkan adunan Bahan A tadi dan kacau rata.
- Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, cream of tar tar dan garam (jika berkaitan). Pukul dengan kelajuan maksimum hingga mencapai soft peak.
- Campurkan Bahan C ke dalam adunan tepung tadi dan kacau secara kaup balik secara perlahan-lahan untuk mengurangkan gelembung udara dalam Bahan C rosak.
- Lapik loyang dengan kertas minyak/baking paper dan oles bahagian tepinya dengan sedikit marjerin/butter. Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan bakar secara steam bath pada suhu 160 darjah C kira-kira 30 minit atau kek masak.
- Setelah kek masak, regangkan pintu oven dan biarkan kek sejuk dalam oven sebelum dikeluarkan.
