Asalnya saya menonton (wah sopan) tengok rancangan Cup Cakes Wars kat channel berapa dah lupa. Setiap episod ada tema. Dalam episod tu peserta kena buat cup cakes untuk ada sorang penyanyi omputis ni. First time ai dengar nama dia yu! Nampak sangat dia tak glamer. Heeee. So cup cakes yang dibuat tu semua berdasarkan lagu-lagu dan character penyanyi tulah. Tengok jugek eh? Ceh! Letih je ai cerita.
Lepas tu (eh 2,3 hari lepas tu) sayapun google lah resepi cup cakes yang menang tu. Ai pun nak 'menang' juga di mata juri-juri dalam rumah ni. Walaupun juri-juri kecil nilah yang kadang-kadang buatkan air mata saya berjurai-jurai. Ok, saya terima hakikat. Anak-anak memang macam tu. Saya yang sepatutnya lebih tekun mentelaah cara yang terbaik untuk mentarbiah mereka. :)
Sedap rasanya kek vanilla yang bergabung erat dengan karamel. Nama penuh cup cakes ni Salted Caramel Cup Cakes With Pecan Coconut Brittle Crumble And Caramel Swiss Buttercream benornya. Tapi dinamakan sebegitu untuk menggambarkan betapa super-cali-fra-gi-lis-tic-ex-pia-li-do-cious macam tajuk lagunya. Saya skip part untuk sediakan garnishnya tu. Untuk buttercream pulak saya guna resepi buttercream biasa.
Ok, part paling ewah poyo wah wah wah. Komen juri. Heee. Cup cakes ni manisnya macam saya jaman dulu. Oh, sekarang saya masih lagi manis walaupun kat muka dah ada retak-retak sikit akibat agen anti penuaan yang gagal berfungsi dengan baik. Ok, boley blas!
Sumber: DARI SINI
Sumber: DARI SINI
* saya buat setengah adunan daripada resepi asal. Resepi di bawah adalah resepi yang telah dibahagi dua.
Saiz hidangan : 12 cup cakes bersaiz L
Bahan-bahan (Salted caramel)
* saya gunakan resepi dari seorang sifu saya di ICCA beberapa tahun lepas
175g gula
175g salted butter-lembutkan (jangan sampai nampak berminyak) - lagi sedap jika menggunakan butter berkualiti tinggi * saya gunakan brand SCS
125g non-dairy whipping cream
Cara-cara:
Saiz hidangan : 12 cup cakes bersaiz L
Bahan-bahan (Salted caramel)
* saya gunakan resepi dari seorang sifu saya di ICCA beberapa tahun lepas
175g gula
175g salted butter-lembutkan (jangan sampai nampak berminyak) - lagi sedap jika menggunakan butter berkualiti tinggi * saya gunakan brand SCS
125g non-dairy whipping cream
Cara-cara:
- Masak whipping cream dengan api perlahan hingga timbul buih-buih kecil. Ketepikan.
- Di dalam bekas lain, goreng gula sehingga mencair dan berwarna keperangan. (jangan goreng terlalu gelap kerana rasanya akan pahit)
- Tuang whipping cream tadi ke dalam caramalized gula perlahan-lahan dan kacau rata.
- Apabila adunan telah sebati, masukkan butter sedikit demi sedikit.
- Kacau hingga semuanya larut dan licin. Karamel yang elok kejadiannya apabila ianya smooth dan berkilat.
- Karamel mengambil masa kira-kira 3-4 jam untuk menjadi pekat/kental. Ianya boleh disediakan lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Untuk mencairkannya, cuma biarkan pada suhu bilik.
- Resepi ni menghasilkan kira-kira 1 1/2 cawan karamel.
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung superfine
1/ tbs baking powder
1 sudu teh garam
80ml susu
113g butter
2-3 titis esen vanilla
3/4 cawan gula
2 biji telur
Cara-cara:
- Ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan
- Pukul butter dengan gula hingga sebati dan kembang. Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan esen vanilla dan garam. Pukul lagi hingga gebu.
- Masukkan tepung diselang-selikan dengan susu.
- Masukkan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 15 minit ataupun sehingga masak.
- Pastikan oven telahpun dipanaskan terlebih dahulu.
Bahan-bahan butter cream:
250g salted butter
1/2 cawan gula icing
3 sudu besar susu full cream/segar
2-3 titis esen vanilla
Cara-cara:
- Pukul butter hingga kembang. Masukkan gula dan pukul hingga gebu dan sebati. Masukkan esen vanilla dan susu.
- Pukul hingga semuanya sebati. Sedia untuk digunakan.
Untuk pecan coconut brittle, saya skip - untuk resepi sila rujuk link kat atas tu ye. :)
Cara-cara untuk assemble cake:
- Korek tengah cup cakes dan keluarkan sedikit kek di bahagian tengahnya.
- Masukkan karamel.
- Pipekan buttercream dan hiaskan.
Subhanallah... tergeliat lidah ai tau Chah...
meh la 2 ketoiiii..he3
wah wah kak chah..super gitu..dua tiga kali dok ulang nak menyebut nama resepi ni....glamourest gitu....by the way u..sedap tengok caramel dok meleleh tu...mai seketoi...
manis mcm zaman dulu kak chah ye..mesti meletopsss ni..dpt tengok je leerr
Wah! tergeliat lidah nak nyebut nama nya....dtg jenjalan di ptg hari...emmmm...cam best je cupcake ni...:)
Berputar namanya haha tapi tang karamel tu menariklah
salam kak..
bukan main terbelit lidah ni menyebut nama cpcke..heheh..tapi memang nampak sangat menarik.
Putar lidah makcik ni kak nk nyebut..tp syok la pulak bila baca resepi karamel yg nmpak mewah tu
Waaaahh Chah, satu yg akak tau antara nama tempat di negara inggeris yg terpanjang adalah - Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch -- Akak hanya boleh sebut gogogoch jer hehehe...tempat ni di Anglesey, Wales. Kebetulan baca Travelog Kehidupan Raudzah Roslan hari tuh... ^___^
Dan nama makanan yang terpanjang adalah yang Chah buat ni la kan...boleh mohon masuk Guiness Malaysia Book of Records la kot...or World Book of Records...mana tau kan...! hehe
K.ummi,
Haha..nama tpt tu lg lah terpeleot lidah...adehhh..saya terjumpa juga perkataan terpanjang kt dunia...haha harus sampai esok x abih lg taip....:)
Kawan-kawanss,
Resepi karamel ni mmg sedap n terbaik. Sifu saya tu adalah salah sorang instructor wilton method deco class kt icca...:)
Masya Allah tergeliat lidah nak menyebutnya... nak mengejanya pun buat aku jadi cam budak darjah satu tahun 80-an hihihiiii.
Masyaallah.. Berpintal2 lidahku nk menyebut nama kapkek nih.. Apa ke hal yg berbelit2 benor namanya tuh cikda.. Muehehe.. Ai nk panggil u cikda la lepas ni.. Tk gojes panggilan tu? Lantak ler.. Hehe
Cun bebenor prop, kapkek pu itew.. Jatuh cinta daku dibuatnya.. Huhu
Mcm menyayat hati je krim atas tu... Nok nye lah... !
I love blogging. You all express your feelings the right way, because they are your feeling, focus on your blog it is great. Discover the most popular people ranked on Celebrity birthdays.