Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CAPPUCHINO SPONGE CAKE WITH FRESH CREAM & PEACH TOPPING

Kat atas blog saya, kemain lagi saya cuba menggalas tanggungjawab besar untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitan resepi. Itupun jika ada yang sudi bertanya. Rupanya memang ada yang sudi. Tapi saya je yang ala-ala menyombong kunun-kununnya retis yang bizi tak sudah-sudah. Sudahnya lepas berminggu-minggu barulah baca email yang dikirim.
Isunya. Kalau tak defend tak sah. :) Saya akan huraikan satu persatu. 

Banyak betul teknologi mengeliling saya. Mana nak tekan sms, jawab wazzap tentang produk baru yang lebih ebak dari bedak arab. Nak tekan like kat page     Hang Jangan Cakap KL Dengan Aku, Hang Tau Ka Mak Hang Beranak Tang Mana? lagi (ada gak page cenggini),  nak share Ostat Azhar lah...mace-mace!
Itu belum terjebak dalam instagram nya, twitter lah. Sebizi-bizi bee bizi berpekdah. Tapi Kak Ton? 

Maaf ye kepada yang bertanya. Lenkali kalau nak email tu pastikan, minggu depan nak buat, minggu ni dah tanya tau! Bukan apa, dibuatnya gula dan tepung dan diadun, tapi masa tulah baru nak email Kak Ton, memeylah  patah sayap bertongkat paruh ko dik! 
Owh. Jangan kaitkan peribahasa tu dengan situasi kita ni pulak. Akak letak tu sebab nak sedapkan cerita aje. Muehehe.

Abracadabra betul nama kek. Padehal kek sepan aje. Heee. Tapi bukan sebarang sepan tau. Sepan ni bukan laksana menggantung asap mengukir langit tau! Jadi bila letak nama mewah-mewah sikit tak adalah sepuloh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor! Eeeuuuu. Kebas rasa muka bila dengan riak rianya reti guna peribahasa orang dulu kala nih

Inilah satu-satunya resepi kek span asas yang boleh dikatakan saya hafal sukatan bahan-bahannya. Sebab resepi ni selalu saya guna untuk buat pandan layer kek, span coklat dan sebagainya. Terima kasih daun keladi gajah ye Kak Yatie Ratu Talam Dot Com

Amacam, saya ni ada tak ala-ala kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap atau kuat ikan kerana radai? Wusss!!
Bahan-bahan:
3 biji  telur
90g gula halus
50ml minyak jagung
50ml air 
1 sudu besar ovellete
90g tepung naik sendiri
3 sudu besar cappuchino emulco/flavor
1 paket  coffee 3 in 1 (saya gunakan old town white coffee) * tujuannya untuk menyerlahkan lagi rasa cappuchino

Cara-cara:

  • Pukul telur, ovellet dan gula hingga kembang. Masukkan minyak jagung dan air. 
  • Bila adunan telah sebati, masukkan cappuchino emulco dan juga coffee 3 in 1.
  • Pukul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
  • Saya gunakan loyang 10x10 inci.
  • Panaskan oven kira-kira 5 minit. 
  • Oles loyang dengan sedikit marjerin. Lapikkan dasarnya dengan kertas minyak/parchment paper.
  • Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 160-170 darjah celcius.
  • Apabila kek sejuk potongkan kepada 4 keping kek. (Senang tak perlu ada kemahiran membelah kek walaupun dah ada alatan secanggih  manapun, tapi kalau tangan tahap gigil yang sukar diselamatkan, baik guna aje cara senang macam ni)
  • Lapiskan setiap kek dengan fresh cream filling. Ratakan dengan spatula.
  • Icekan keseluruhan kek hingga selesai. Sejukkan sebentar dalam peti ais.
  • Akhir sekali, tuang peach topping dan hula-hula!


Bahan untuk filling/topping:
3/4 cawan non dairy whipping cream (saya gunakan jenama Rich's kotak biru)
3 ketul buah peach dalam tin
1/4 cawan  air buah peach
1/2  sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  • Pukul whipping cream hingga kembang dan gebu.
  • Pastikan keadaan whipping cream masih lagi dalam keadaaan sejuk. 
Cara untuk menyediakan peach topping:

  • Kisar 2 ketul buah peach dengan airnya. Masak atas api sederhana.
  • Masukkan tepung jagung (campur dengan sedikit air terlebih dahulu) dan kacau lagi hingga agak likat. 
  • Parut/cincang halus baki 1 ketul buah peach dan campurkan ke dalam topping tadi. Sejukkan sebelum dituang atas kek.


16 Responses to CAPPUCHINO SPONGE CAKE WITH FRESH CREAM & PEACH TOPPING

  1. kak chah.. itu makanan kuc.. ke kak..kiki
    ni kek mewah ni.. kire makan kene ada tea..kepit cawan tea jari kelingking melentik..
    huwaah..lapo kek.. kek sarang lebah pliss

  2. Assalamualaikum Chah, maaf kadang2 akak puas menelaah ayat2 Chah, hahahhaa...ada yg kelakar, ada yg faham, ada yg x faham langsuuunn...sbb akak bukan mahir bahasa kot, nak-nak pepatah-petitih yg Chah gunakan tu...adeei, terbelit lidah akak nak tuturkan...haha. Nasib x karen lidah aii..
    Okeh, dengan ikhlasnya ni nak puji, layer kek mu yang cantik sama jer, kek yang indah di pandangan mata, tentunya sedap tercecah ke lidah kan.... Sedap eks kek span nih...waah rata2 kata, kek span yg ni sedap, yg si polan ni sedap, yg link tu sedap....letiss nak pilih...haha...

  3. wow! terus melongo.... masya Allah dengn cantiknya, belum lagi dirasa tu tapi dah terasa2 kelazatannya...adeeehhhh Chah! Siksa!

  4. Tina....

    Saya guna loyang 10x10 utkbuat swiss roll...leper. So just nice sukatannya. Pastu nk senang keja mokcik kerat je 4 keping....hehe...

  5. As salam Chah...betul tu sokong 100% jika tangan kita tak stabil bab potong kek tu alaihai bagai tinggi rendah adanya. Bagus juga cara camnie nampak sekata. Saya cuba berbagai cara guna lidi la guna benang pun masih tak cantik. Yang style nie memang terbaik. Nak beli alat tu agak mahal gak.

Leave a Reply