Siyes mak ngaku dalam hidup saya jarang sangat masak nasi mewah-mewah di mana warnanya bukan warna asas yakni putih. Sama ada kuning di raja, atau apa-apa colorlah yang ada dalam color chart dot com tu.
Tetiba ada angin dari bukit sebelah bertiup laju ke arah saya lantas menerbangkan saya ke dapur. Zas zus zis saya masak nasi beriani. Boleh bah kalao kao!
Selepas kejadian itu, entah bilalah pulek rempah tu akan digunakan. Jadi saya memerah otak sekepal ni apalah nak buat dengan rempah ada bran ni. Campak aje dalam ayam masak kicap yang tak perlu perah otak kering-kering untuk memasaknya. Jadilah versi ayam kicap yang boleh masuk tiwi; sebab lagi panjang nama lagi wow kunun-kununnya dan editor majalah 'terasa ke dik?' senang nak buat kerja bila part kena cari blog untuk di review. Heh heh heh.
Apa lagi, tak perlu berselindung di balik kerudung lah, meh jamah ayam kicap kegemaran kelorga ni. Memang bukanlah hidangan utama di meja pengantin. Tapi wahai perantin weh, berbelanja sakan untuk urusan 'perkahwinan abad ini' akan menjadikan anda papa dan mama. Tapi nak jadi papa kedanapun senang juga. Uppps, terberletiaq pulak, tak sengaja!
Bahan-bahan:
4 ketul ayam (lumur dengan sedikit garam dan kunyit)
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 batang serai - dititik
1 sudu besar rempah beriani
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit sos cili
1 biji tomato
Cara-cara:
- Gorengkan ayam dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan anggara 4-5 sudu sahaja.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan tumbuk tadi menggunakan minyak menggoreng ayam tadi.
- Masukkan cili kisar dan serai.
- Masukkan rempah beriani yang telah dicampur dengan sedikit air.
- Masak hingga naik minyak. Masukkan kicap dan sos. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Masukkan ayam dan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.
pagi pagi ni tengah cari idea nak masak apa.. ar.. rempah briyani ada lagi kat dapo tu. Tapi chah ei.. baru satu sudu besar. Yang lebih lagi tu ko kena bagi idea nak apa plak.
Selamat menyambut hari mesia.
Salam, rempah briani ada lagi sikit...nanti leh try resepi ni...Sila lah ke blog saya bila free...
Hai Chah...
Cik June selalu je masak kicap ni, tapi tak berani pula hendak mencampurkan dengan rempah beriani. Thanks for the idea, insyaAllah bila-bila nanti akan dicuba.
Tengss sebab nyinggah sini...cuma nk oelbagaikan masakan...x cuba x tahu kan...
Cik june...redah je! Sedap masak lagi...x sedap s3keh kepala...eh tp jgnla kepala saya....
Bundokan ramai...termasuk saya anak bundo jd semilan.. ;) masak dua ekor ayam abihla rempah tu....
Kehkehkeh.....
waaaa... ingatkn nasi jer briyani ayam pon briyani jugak yer Chah...
he hheee..klu x singgah sini mmg x sah..1st suka baca celoteh cikgu besar..hikkk3x..boleh ler kita cilok resepi nie.:)