Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SOTONG GORENG TEPUNG


Jangan suka-suka hati tuduh saya sedang bergumpal dalam selimut walaupun bomi disimbahi hujan dan mata saya sedang menuntut haknya. Makan ke tidur? Tidur ke makan? Saya bungkam. Sukar buat pilihan. Sila teka itu ayat novel Bicara Hati atau ayat dalam drama Gemersik Kalbu? Erkk!


Susahkan jika ada pilihan (tetiba jadi serius macam pemidato budak metrik tahun satu UIA. ) Sebab biasanya kita tamak haloba. Nak dua-dua.  Nak semua sebenarnya.

Okey, saya akan berlaku adil pada setiap tuntutan biologi badan saya. Perut kata pergi makan, saya terpaksa akur. Nanti perut masuk angin, siapa yang susah? Lagi soklan; Tu dialog dari Gemersik Kalbu ke Bicara Hati. Uweh uweh.  Maaf ye peminat surat  drama rantaian, saya mengejek kamu tu.


Lepas makan  sotong ni rasa nak berjerenggeng kat tepi pantai. Mujur-mujur  boleh jeneghe bila muka disapa angin laut.  

Tak ada resepi yang spesifik bila saya menggoreng sotong. Setiap versi berbeza-beza. Untuk edisi terhad hari ini, macam resepi kat bawah ni.


Bahan-bahan:

1 ekor sotong (anggaran berat 300g)
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gorengan ayam (tak ada brand, saya beli yang paket-paket di kedai runcit kat pasar)
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit paprika
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
Garam 
Minyak

Cara-cara:
  • Potong sotong mengikut saiz yang disukai. Lap dengan tisu hingga kering.
  • Bancuh  tepung dengan paprika dan serbuk kunyit. Dalam bekas berasingan, kacaukan telur dan masukkan sedikit garam.
  • Pastikan minyak telah panas semasa memulakan proses untuk menggoreng. Celup sotong dalam telur, kemudian celup pula dalam adunan tepung tadi.  Jika mahukan kerak tepung yang lebih tebal, celup sekali lagi dalam telur dan tepung secara berselang-seli.
  • Masukkan perlahan-lahan  ke dalam minyak.  Minimumkan kerja-kerja membalik-balikkan sotong tu. Juga pastikan ianya digoreng sedikit demi sedikit untuk mengelakkan tepung tertanggal daripada sotong.
  • Goreng hingga keemasan. 
Saya menaip live telecast dari dalam gebar ni. Sotongpun dah habis sepinggan. Maaf, tak bisa memilih. Saya nak dua-dua!

Daaa!  esok nak balik kampung, yabedabedu!!!


9 Responses to SOTONG GORENG TEPUNG

  1. Gemersik kalbu? bicara hati? mende tuh? drama tv3 ke? maap laa kpd meminat2 drama melayu sedonia, daku terpaksa bersekutu dgn datin. hoho..
    jeles wey nengok nengok sotong yg tebal n juicy itew. tun kt sini terpaksa beli sotong frozen je. xtau laa nape, payoh sungguh nk jumpa sotong fresh yg besar2. ada yg halus2 je, x puas makan.

  2. sotong beso sedap buat goreng ke datin? tak liat ek? maklom nanti gigi pelesu ai tercabot plak. poliden tak do dalam stok. akakaka..

    apa kes panas2 duk dlm gebo datin. mengeram apa? ke tak sihat

  3. Sedapnya nampak sotong yang Chah goreng ni... kalau makan panas-panas, cicah dengan sos cili Thai Sweet ke, atau sos cili Lingam ke.... pergh... chess yang cantik tu pun tak nampak dah! Hehehe

Leave a Reply