Tinggallah emak, tinggallah saudara. 4 hari di kampung, ada macam-macam rasa. Ada sesi luahan perasaan. Yang paling banyak, sesi untuk mengetatkan perut aje. *Nangis sampai terpengsan. Ada orang renjis-renjis air, sedar dari pengsan. Bila dah bangun tu, nangis lagi sampai comot mekmot maskara, bulu mata palesu tinggal sebelah. Sebelah lagi tertanggal sebab guna gam cap murah.
Abaikan!
4 hari yang padat dengan sesi menghayun dagu, gigi dan gusi tanpa henti. Macam acara berjalan tanpa henti di Idaman Suri. Gitulah. Penat ai asyik makan aje. Aduhh. Diameter muka dah jadi 28 inci dah ni. *Meraung terus! dan pengsan tak bangun-bangun!
Tapi apalah sangat kalau benar sekalipun saiz perut yang makin membesar dan menghampiri ukuran dua pemeluk jika nak dibandingkan dengan suapan demi suapan kasih-sayang yang keluarga suakan, kan? Juga tak ada ruginya pinggul mengembang secara puratanya 2 inci sehari kalau nak dibandingkan dengan himpunan dan limpahan ketawa gembira semua ahli keluarga yang ada, tak gitu? *Lalalala!
Terus rasa keinsafan itu kucampak jauh-jauh di balik bukit. Nota untuk diri: kalau nak ambik balik keinsafan tu nanti, dari bukit gondol tu, sila belok kiri. Toleh kanan ada pokok cemperai, sebelah atasnya sikit ada pokok kerdas hampir tumbang disodok babi hutan. Haa, kat situlah, kalau nak cari rasa keinsafan yang dibuang tu. Huihuihui.
Plan A nak buat pau keledek. Tapi yisnya mana? Keledek dah lenyek, inti kelapa dah masak, tepung dan ditimbang, rupanya yis kehabisan. Rupanya bermati-matian betul akhir-akhir ni menghasilkan kuih-muih yang kembang dan berdiameter lebar.
Saya terus ke plan B. Bukanlah bila angkara yis tak ada, harapan mengepau musnah. Oh tidaklah begitu. Hasrat untuk makan tidak sekali-kali terpadam dari ingatan.
Kuih plan B. Bingka kelapa yang saya campurkan dengan keledek yang dah dilenyek tu. Sayang nak buang, daripada simpan dalam peti ais, baik simpan dalam perut. Gerenti tak basi. Hekhekhek.
Resepi asal bingka kelapa mak yang sedap tu kat sini. Caranya mudah, yang penting rasa lemak manis dan gummy tu. Gummy yummy bebeh!
Bahan-bahan:
1 biji kelapa inti (parut)
3/4 cawan tepung pulut
5-6 sudu besar gula putih
1/2 cawan keledek (rebus dan lenyek)
Sedikit garam
1/2 cawan air (anggaran)
Cara-cara:
- Campur semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok.
- Masukkan dalam acuan bahulu (kali ini saya gunakan acuan muffin) yang telah dioles dengan sedikit marjerin/butter.
- Bakar pada suhu 180 darjah C hingga garing keemasan.
- Makan banyak okey, lupa diri jangan!
Errr, kat mana saya letak keinsafan tadi? Kat pokok yang kena sondol dek babi hutan tu kan? Heeeeee
Nangis lagi sebab sedap!! |
kah kah kah... lawak lah
Salam...hehehe memang nak nanges tengok...cam sedap jek...kita nie pon dah bersaiz besar so xley selalu buat makan sedap2 nie...tp tu la demi keluarga buat jugak kan...mana ley pentingkan diri...yg penting keluarga gumbira makan...
keh keh keh keh keh..
gelak geleng2 sambil pegang dagu. apa kes keinsafan jauh bebenor tu? pokok kerdas tu ada buah tak? kalau lalu kat situ, kutipkan buahnya kat saya ye. saya belum kembali ke pangkal jalan lagi neh. sob sob.. balik kampung mmg sessi mengetat perut betul.
Chef yg tersohor memang selalu ada Plan B, C malah mungkin sampai H (hantam jelah).
Chah
hahha....baca Zila nyer comment pasal Plan H..lagi la hahah..sebab selalu gak terjadi pat kita kan.. :)
very nice & menyelerakan tu bingka kelapa keledek!
kahkah.. keinsafan bundo gak dah penyek dipijak dek gajah hutan. Mana nak cari? Sedangkan pinggang dan perut jugak sudah bertempek-tempak dek lemak yang enggan nak cair. Ciss.. gambar bingka tu saja dah cukup untuk membuat perut den bertambah gebu. Adei..
sALAM, 1st time singgah sini dah tpukau ngn makanan2 sini.bingka ni cantik n cam sedap jeee.kna try ni :)
mmg masterchef...bole edit2 mknn jd resepi baru!