Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHOLE MEAL BUNS

Rabu lepas saya keluar berpeleseran dengan BFF. BFF cenge. Nak tiba ke destinasi tu, saya naik tren. Mudah dan tak seram-seram bila keluar dari kereta kat parking lot sorang-sorang. Kalau tidak, kepit handbag sebelah kiri, sebelah kanan kena jinjing stiletto merah dan kena lari sekuat daya dan usaha untuk sampai ke dalam shopping mall. Ingat dah tua renta macam ni tak ada orang berkenan kew?  Heyy! Buatnya ada mamat-mamat mana yang dok phewit-phewit, ai juga yang blush nanti. Kua kua kua.


Lama tak perhati gelagat orang. Best tau dapat tengok perangai manusia. Ada yang seksi maut, separuh perut terkeluar, padahal pusat tersentil berkulat tak pernah cuci. Tak kurang juga ada yang sejuk mata Kak Temah memandang. Ada yang......Errr makcik, sila jaga pandanganmu, boleh? 


Tak ada kena mengena dengan cerita pusat tersentil tu. Cerita bun inipun dah berakhirpun episodnya. Ini bun yang digentel lebih dari buat pizza base dulu tu. Dah nak masuk tahun 2013 dah, baru nak share kat sini. Tak apalah, roti aje mungkin dah basi, resepi akan kekal bergaya sampai bila-bila, tak gitu?


Resepi Abang Jamie la ni. Saya ada version lain untuk whole meal bun. Resepi Chef Michael dari ICCA. Nanti ada sinang saya share kat sini.


Ni resepinya KAT SINI. Hari ni tak ada sinang nak taip semula. 

Nak tau tak,  masa saya naik tren tu kan, ada jugak yang..... 

MAKCIK?!!

MOIST CHOCOLATE CAKE 2



2 Mac. Cuaca terang. Angin bertiup pada skala rendah menjadikan suasana sangat nyaman. Pelangi menanti signal untuk turut singgah. Matahari tersenyum senang. Rembulan menunggu giliran untuk berkongsi sinar. Flora dan fauna bergandingan melagukan irama riang.


Itu suasana 39 tahun yang lepas. Dunia bergembira kerna menyambut seorang bayi comel. Cuma kulitnya agak masak sedikit. Mungkin kerana kehadirannya di saat matahari rembang tegak di atas kepala. 


Yekkk

Sila jangan ngengada nak berfatamorgana lah! 

Heeee. burppday gal in da hauz! 

Sebenarnya saya tidak pernah meraikan hari lahir. Tapi rasa tertunggu-tunggu pada tarikh keramat ini memanglah ada. Oleh kerna hari ini adalah tarikh terakhir saya meraikan ulang  kelahiran pada peringkat 3 series, perasaan jadi dag dig dug pulak.

Untuk mengelakkan debaran menguasai seluruh rongga-rongga badan, jadi saya buat kek. Sendiri buat sendiri potong sendiri makan. Pffttt!

Kepada semua yang membaca, sila kirimkan hadiah  krim anti menapouse  krim anti wrinkle dengan kadar segera!

Bahan-bahan:
Sumber : Hana
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1/3  cawan serbuk koko
1/2 cawan butter 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu (saya gunakan susu segar)
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
2-3 titis esen vanilla
2-3 titis chocolate emulco (saya tambah)
1/2 sudu kecil nescafe (saya tambah)

Cara-cara:
  • Pukul gula dengan butter hingga gebu. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
  • Masukkan esen, chocolate emulco dan nescafe.
  • Masukkan susu dan susu pekat. Masukkan air panas dan pukul perlahan.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan soda.
  • Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 35-40 minit. Kek ini boleh juga dikukus.

CUCUR JAWA



Salah satu sisi 'busuk' saya- saya  nak pandai semua benda. Hati jadi menggeletis  tahap tiga kalau satu-satu perkara tu membuatkan saya diselubungi tanda tanya.   Nak kata dok mundar-mandir letak tangan kat belakang sambil berfikir-fikir dan bermonolog tu, dramalah sangat. Tapi ngeri tau tak kalau penuh question mark dalam kepala. Kalau peti ais boleh dibikin sendiri, harus saya beli peralatan bertukang dan bina sebuah peti ais. Yang nyata bukan warna pink lah. 

Salah satu kuih orang lama kegemaran Sang Arjuna  aka partner in crime saya adalah cucur ni. Atau bahasa ibu mertuaku coq jawa. Nama je jawa, tapi asal-usulnya dari Utara. Kuih ni nampak macam sede je, tapi tak cukup ilmu di dada untuk membuatnya, ke longkanglah jawapannya. 


Masa zaman belajar bersungguh-sungguh dulu, pasar malam Changloon adalah antara pusat pembiakan rasa cinta antara muda-mudi pemastautin tetap ceruk Sintok. Ke pasar malam-acara wajib dan benda-benda yang wajib dibeli, adalah coq peneram dan coq jawa ni. Rasanya tidaklah mewah, tapi ada unsur-unsur nostalgia yang sangat mendalam di jiwa. Tapi tulah, orang buat bukannya nak tengok. Jadi memang tak boleh imagine macam manalah cara yang sepatutnya.

Nasib baik ada manusia baik hati yang pmkan resepi ini di facebook. Sumbernya- isteri kepada rakan joran Sang Arjuna. Apa lagi, terus menggelupur nak cuba. 



Ada unsur-unsur debaran dalam usaha membuat kuih ni. Sebab kuih ini dikatakan 'baru jadi' kalau tepinya menjadi 'bertebing' dan tebingnya itu haruslah kerinting dan bergerigi pula. Adus, tak ke taxing namanya tu. Syaratnya ala-ala kena ada tujuh dulang hati nyamuk gitu, nayalah kawan!

Bahan-bahan:
* resepi ini saya dah bahagikan dua kerana resepi asal menggunakan 1 kg tepung gandum. Kalau sekg masuk perut oklah kan, kalau ke tong? meratap pilu peluk lutut tepi tanggalah nanti. 
Sumber:  Ita

500g tepung gandum
200g gula merah India (saya gunakan gula nisan)
1 cawan tepung beras Cap Gajah 3 Beradik (huihui- kan ke susah syaratnya tu)
1/4 cawan gula pasir
400ml air


Cara-cara:
  • Masak gula merah, gula pasir dengan air hingga gula hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
  • Campurkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati. Atau cara yang sesuai untuk proses ini adalah timbuk. 
  • *Masukkan sedikit air jika adunan agak pekat. (kan?)
  • Peram semalaman.
  • Goreng sebiji-biji dalam minyak yang panas.
*Ini resepi asal orang tua-tua, so takkan dapat sukatan yang tepat. Jadi saya terpaksa bereksperimen sendiri. 


Catatan saya
  1. Saya goreng 2,3 biji menggunakan resepi asal (tanpa tambah air). Memang adunan agak pekat, tambahan selepas diperap semalaman. Adunan almost tak boleh jatuhpun dari senduk. Hasilnya? ala-ala cekodok bantat, buntat oi! So ni 100% foul!
  2. Saya ambil 2,3 senduk kecil adunan dan campurkan dengan air. Adunan menjadi cair seperti adunan lempeng. Saya goreng kecil-kecil anggaran diameternya 3 inci. Tak munculpun tepi/tebing bergerigi seperti dalam  skema soalan. Ini juga foul! Grrr!
  3. Saya tuang satu senduk besar dalam minyak yang sikit, dengan api yang perlahan dalam kuali yang kecil dan melengkung. Saiz diameter kuih  kira-kira setengah lebar penampor, barulah ada rupa sikit. Ini kira 70% berjaya dan 30% lagi adalah kejayaan tertunda. Phewww!

Owh, ini blog main masak-masak kan? tak payah nak bbleber panjang, sila tinggalkan ruang ini dengan segera!


TAUFOO FAH


4,5 kurun yang lepas pernahlah sekali saya buat taufoo fah ni. Masa tu saya gunakan resepi dari Blog Zaliana. Itu ajelah sekali. Lepas tu, macam biasa- sandar pada kenangan. Bagus!


Tapi kelmarin terlebih rajin lah pulak nak proses soya sendiri. 


Tapi itulah, kalau dah namanya bukan pengusaha produk soya, banyak kelengkapan tak cukup. Puas saya cari kain putih untuk buat tapis. Masa ni nak guna, masa tulah tak ada. Adalah perca-perca kain pelbagai tona, tapi kang tak pasal-pasal soya saya sayu siyes jadi kaler maler sebab warna-warni kain 'menurun' ke air soya Kak Temah.

Toleh kiri kanan, atas bawah, jumpa kain telekung anak yang lama. Gasak situ. Geli? Takkkk ok! kalau nak dibandingkan dengan berita gempar satu Malaya kes penjual soya ludah dalam air soya yang dijual tu, mana yang lebih geli? Yucks!



Saya tak salahkan penjual yang meludah tu. Dia rakyat Malaysia yang taat beradab baik pekerti mulia martabat tinggi gitu. Kitakan dilarang meludah merata-rata. Jadi dia meludah serata ajelah. Persekitaran terjaga, kuman tidak bebas menyebar bahana. Haa gitu!

Kali ni saya cuba resepi dari Baking Quinn. Nak kata sedap sangat tu tidaklah, tapi bila dah sudukan ke mulut beberapa ribu kali sampai naik lenguh siku, memang asyik dan ralit. Mungkin sebab berkat guna kain telekung anak yang dibuat tapis soya? Kebarangkalian tu ada. 

Bahan-bahan:
4 cawan air soya panas (tanpa gula)
Coagulants *


Bahan-bahan coagulants :
1/2 sudu teh gypsum powder
(boleh digantikan dengan 3/4 sudu teh pectin atau GDL) aduhh macam buat ujikaji kat lab sains pulak doh!
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar air


Cara-cara: Campur semua bahan dan kacau rata.


Cara membuat taufoo fah:
  • Masukkkan coagulants dalam bekas yang sesuai (yang boleh menampung 4 cawan air soya itu nanti). 
  • Tuang air soya panas ke dalam bekas berisi coagulants perlahan-lahan. 
  • Biarkan set kira-kira 45-50 minit.
  • Jangan sesekali mengacau campuran air soya semasa proses ini. Nanti tak jadi nangis!
  • Hidangkan dengan air gula melaka. Sejuk atau panas, boleh belaka!

BUAH MELAKA KELEDEK


Buat masa ini perut saya tidaklah semancung hidung Kavitha Sidhu. Mungkin sedikit penyek macam hidung Atikah. Jadi alang-alang tahap perut masih belum melepasi paras bahaya, apa tunggu lagi. Eh, ai ni bukan nak cakap besar, setakat nak try limbo rock tu boleh lepas lagi taw

Baik kita raikan dengan aktiviti-aktiviti memadatkan tali perut. Duduk tanpa produktivitipun lama-lama kakipun naik kematu. Silap-silap resdungpun makin rancak makan dalam. 

Kuih yang sesuai untuk pengguna polident yang kehabisan stok. Tapi kalau yang species masih 'tulen bang' macam ai ni, nak tumpang mamah secekau dua, tak de hal punya. 


Bahan-bahan:

1 cawan keledek (rebus dan lenyek)
1 cawan tepung pulut
Air (anggaran 1/2 cawan *bergantung kepada kadar air yang terkandung dalam keledek yang telah direbus tu)
Gula nisan secukupnya
secubit dua garam
1/2 biji kelapa muda (tak semestinya dara) diparut dan digaulkan dengan sedikit garam


Cara-cara:
  • Campurkan keledek,tepung dan secubit garam. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. * tambah atau kurangkan air mengikut kesesuaian
  • Leperkan anggaran sebesar duit dua puluh sen (yang lama, heeee). Masukkan gula nisan dan gentelkan hingga menutupi keseluruhan gula.
  • Rebus dalam air yang telah dididihkan terlebih dahulu. 
  • Apabila kuih telah timbul, cedok menggunakan tapis dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.

Jom limbo rock,ada bran? Tak lawak ok?!


PENGAT LABU

Ni ha satu lagi. Kes nak beli jiwa Sang Arjuna saya la ni. Maklumlah bulan ni bulan burppday dia. Tahun terakhir sebelum melangkah ke peringkat 4 series. Ingat senang ke nak sampai ke umur macho macam tu? 



Antara pengat kegemaran dia. Mak mertua sayalah bagitau. Nampaknya saya kena ada satu buku log yang dibuat khas untuk merekod sebarang makanan kegilaan dia. Mana yang dah dibuat dan mana yang masih dalam perancangan pelaksanaan. 


KPI mak-mak yang hari-hari main pondok-pondok  ialah kena layankan tekak si dia. Jadi mak-mak sekalian, setiap petang sambil tunggu si pekerja contoh balik kerja, di kiri pegang rotan di kanan pegang pengat. So takkan bila dia nampak pengat yang gorgeous ni dia sanggup nak rotan kan? Agak-agak dia nak angkat rotan, suap pengat. Apa susah!


*Ala, kalau rotanpun takkan terasa sakit punya. Sebab ada lelemak yang bertindak sebagai agen penebat yang baik  dan boleh melindungi isi yang pejal itew!




Mari berganding bahu untuk melebarkan lagi saiz pinggang dia. Biar perut dia membuncit sempurna. Leher tenggelam setengah hasta. Ngeh ngeh ngeh.


Bahan-bahan:


2 potong labu (anggaran 300g)
2 cawan santan pekat
1 keping gula nisan saiz sederhana
Secubit dua garam
Segenggam kecil sagoo mata ikan
1 helai daun pandan


Cara-cara:
  • Rebus labu  dengan air yang minimum. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
  • Masukkan sagoo dan daun pandan. Juga secubit dua garam.
  • Apabila labu hampir empuk, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
  • Masak hingga empuk dan sagoo telah jernih sepenuhnya. 
Bukan susahpun nak menggoda si dia! Hek hek.

    PIZZA ALA ISLAND SUPREME


    Hah! mengata lagi si Jamie Oliver tu bila masak asyik tabur garam, tabur pepper perah lemon. Saya mengata sikit tu aje. Tak pernahpun saya mengata dia pelat nak sebut huruf D. Dia pelat sebut huruf S pun saya tak pernah kata. Mana ada!


    Yang best tentang mamat pelat tu sebab dia masak main campak-campak je. Bukan kita tak boleh masak campak-campak, harus hasilnyapun kena campak ke dasar Tong Tok Tang

    Selalu juga saya buat pizza. Yang ringkas-ringkas saja. Kalau yang over-over nanti, ada pula yang tutup kedai. Lepas tu berderet jugalah yang minta saya kerja dengan mereka. Takmo la saya jadi glamer sangat seantero Malaya. Pfffttt!!


    Resepi pizza base ni asalnya dari mamat pelat nilah. Tapi kali ni saya buat ala-ala kesedaran sivik dan rasa cintakan kesihatan setinggi  kemuncak Kinabalu.  Wholemeal pizza base. Bluweks!

    Bahan-bahan pizza dough:
    Sumber : Jamie Oliver

    200 tepung high protein (saya guna 150 high protein dan 50g tepung wholemeal)
    130ml air suam
    Secubit garam
    Secubit gula
    1/2 sudu besar olive oil
    1/2 sudu kecil yis kering


    *resepi asalnya untuk 1kg tepung. Banyak tu, boleh makan satu kejiranan nanti. Jadi resepi ni saya dah olah ikut saiz perut saya yang kecil mungil ni. Ngeh ngeh ngeh.

    Cara-cara:
    • Gaul semua bahan dan uli hingga kenyal dan lembut. 
    • Perapkan doh hingga naik sekali ganda anggaran 20-30 minit. 
    • Keluarkan udara daripada doh dengan menumbuk-numbuk perlahan. 
    • Bentukkan seperti pizza base.  Letakkan topping kesukaan. 
    * Untuk adunan ini, saya dapat 1 keping pizza saiz sederhana dan 5 ketul wholemeal bun. 



    Bahan-bahan topping:

    1 ketul tuna in water (toskan)
    Sos tomato secukupnya
    1 potong nenas (rebus sebentar hingga berbuih- basuh dan toskan)
    1/4 biji bawang Holland
    4-5 keping isi ketam frozen
    Sedikit dried mixed herbs
    Shredded mozzarella cheese secukupnya
    Shredded cheddar cheese secukupnya
    Parmesan cheese secukupnya

    Cara-cara:
    • Sapukan pizza base dengan sos tomato. 
    • Direnjis-renjis dan ditabur-taburlah dengan bahan-bahan topping. Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 12-15 minit.
    * boleh juga tukar topping mengikut aliran terkini muda-mudi. Caranya, bila makan di Pizza Hut ke, Domino's Pizza ke, mana-mana topping yang menambat jiwa,  kelebetlah bahan apa diorang letak. Lepas tu balik rumah, canai doh pelat ni then tabur-taburkan topping kesukaan.



    Ha Jamie, resepi apam snow white yang ai bagi aritu dah terai belum?