Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE



Panjang perihal kisah kek ini. Tapi kalau diceritakan panjang-panjang, tanpa ada punch line, bosan dan mual jadinya. Luga. Tapi kalau cerita sikit dan pendek dan ketot, tak puaslah pula, kan?.

Terharu sangat  bila ada seorang teman alam maya pangkat adik yang  email minta saya berikan resepi ini. Sayapun memang dah lama tak buat kek ini. Kali terakhir, kek ini digodek beramai-ramai di pantry office. Macam mana di pantry office bisa saya masak kek sambil bukak-bukak baju dan semua orang boleh ketawa mengekek, mengilai dalam keadaan separa sedar? Itulah 'hebatnya' saya dan rakan-rakan separa gila saya. Malaysia boleh, apa kisah. Huks


2,3 hari lepas saya buat kek ini untuk meraikan satu lagi sesi ketawa mengekek dan acara merebut barang-barang dengan adik beradik. Tak padan dengan umur memasing, tapi bila acara berebut serahlah kepada adik beradik saya yang kadang-kala separa normal juga tu.

Resepi kek ini saya belajar secara demo di kelas kek Chef Khairi, di Yummie Bakery 4,5 tahun dulu. Berebut-rebut orang nak masuk kelas dia sebab beliau merupakan chef di Secret Recipe sebelum berhenti dan membuka kelas kek.  

Dalam kelas tu, Chef Khairi menggunakan pre-mix chocolate sponge cake jenama Bakel's untuk keknya. (Menurut Chef  jenama itulah yang digunakan di SR) * tipu dia, auta jugalah saya. Huuuu. Tetapi sepanjang percubaan saya buat kek menggunakan tepung premix, keknya cepat keras dan kering jika dimasukkan ke dalam peti ais. Sedangkan kek ini sememangnya memerlukan kek berada di dalam peti ais sebelum dipindahkan dengan segera ke tekak raja-raja.



Bahan-bahan (kek):
Sumber : Saya olah resepi kek span dari Blog Kak Yati . 
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut

150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
  • Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss roll.
Untuk mengurangkan tekanan perasaan sebab lama sangat kena tunggu kek masak, saya bakar dalam loyang bersaiz  10 in x 12 in x 1 in . Saya bakar dalam dua loyang, so bila dipotong dua, saya dapat 4 keping kek yang bersaiz 6 x 10 in.


Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 


Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!


Ini kek sinetron, nampak prosesnya macam panjang.Tapi nak buatnya tak adalah susah sangat. Ala-ala nak cuba pakai baju kawin dulu, bukannya susahpun kan. Walaupun agak menderita nak katup butang & nak zip kain!.Huhu


BERRY BONANZA SMOOTHIES



Wah, muncul jua saya di sini. Ada yang merindu kew? Berombak-ombak tak? Ong Bak 3 dah tengok belum? Heee. 

Cuaca ala-ala panas. Togak minuman atau jus yang bersuhu rendah bisa melegakan tekak yang kepanasan. Ini semua kes menghabiskan buah-buahan dalam peti ais yang ditanam di backyard. Tapi bukan backyard rumah saya, backyard rumah orang putis nun. 


Hari terakhir di bulan Disember 2011. Kenangan yang mana entah saya nak nobatkan sebagai memori suka duka of the year. Alhamdulillah, yang duka sesangat hingga membuatkan saya kehilangan berat badan hingga mencapai berat ideal dan BMI macam Amber Chia tak ada. Suka sesangatpun  sampai makan tak ingat suami sedang menjeling tajam,  patah jarum alat penimbang dan pakar pemakanan juga akan geleng kepala sampai pening melihatkan kemontelan sayapun tak ada juga.



Yang sedang-sedang saja. Macam  smoothies ni. Rasanya sedang-sedang juga. Taklah hebat sangat macam rasa duduk di pergunungan Katmandu bersari merah jambu sambil melantunkan  OST 3 Idiots.  Ahaks.

Sorilah rindu nak menulis. :)

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 2 gelas
3-4 biji strawberry
3 biji dried apricot
2 biji dried plum
3 biji kiwi
Ais
Madu secukupnya

Cara-cara:

Kisar semua bahan dan sila bersedia dengan sari warna pink untuk minum smoothies ni. 

Selamat datang 2012!


CHEEZY CHICKEN CROQUETTES


Semalam tengok Ultimate Taylor's dalam Food Network Asia, macam sedap je dia buat crab cakes. Main kelepak kelepuk, siap dah boleh ngap. Tapi tak kuasalah pula saya nak melayan tekak mengada-ngada ni nak pergi beli isi ketam. Kalaulah saya ke Giant semalam untuk beli isi ketam, huish memang tahap ketaatan saya  pada nafsu makan memang tak dapat disangkal.


Tukarlah crab cakes dengan chicken croquettes ni. Sama je, kena kelepak-kelepuk jugak. Siap dah boleh ngap. Lagipun dah lama tak buat. Buat untuk mengonyel sambil mengomel, ok jugak kan? 


Seingat saya, jumpa resepi croquettes ni kat rumah Hana. Masa tu fuh glamer betul benda alah ni. Padahal bila digugel, kebanyakkannya buat croquettes ni menggunakan left overs juga. 

Ai baik betul saya semenjak dua menjak ni. Pandai berjimat. :P

Kali ini saya tambahkan lagi keasyikan kunyahan demi kunyahan dengan inti cheese! 



Bahan-bahan:

3 keping roti (biasanya guna roti yang dah agak-agak nak sampai ke penghujung nyawa tu)
1 ketul isi ayam bahagian dada (boleh juga gantikan dengan daging/ayam kisar ready made)
Serbuk lada sulah
Daun sup
Garam
Cheddar cheese
1 biji telur 
Bread crumb
Minyak

Cara-cara:
  • Kisar ayam dan roti hingga hancur. 
  • Masukkan sedikit telur untuk mendapatkan adunan yang boleh dikepal.
  • Gaulkan dengan serbuk lada sulah, garam dan daun sup yang dihiris halus.
  • Masukkan cheese sebagai inti dan bentukkan mengikut kesukaan. 
  • Celup dalam telur dan golekkan dalam bread crumb. 
  • Goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.

Asyik memang asyik! 

Besok saya akan berpergian lagi, jumpa lagi minggu depan. Joi Gin!


KUIH CIK MEK MOLEK



Masa sekolah menengah dulu, saya panggil kuih ini kuih Cik Mek Su. Panggilan tu sebenarnya untuk mengingatkan pada seorang cikgu di sekolah saya. Namanya Cik Mek Su. Cikgu lelaki dan orangnya comel. Dia tak pernah mengajar saya kerana dia guru pertukangan untuk pelajar  lelaki yang ambil aliran Sains Rumah Tangga. 



Manalah agaknya dia sekarang ni. Masih comel lagi ke atau dah agak kerepot. Mungkin sedikit gendut. Jahatnya haku mengejek cikgu. Hihi.

Pagi-pagi lagi saya rebus keledek, sambil buat lempeng sambil jeling keledek. Bukan apa, takut juga peristiwa pilu sambil  'meratapi' ubi kayu hangus kembali berulang. Kesianlah saya asyik kena menyental periuk aje. Nasib kali ini tak tembus. Bolehlah hangitkan lagi. Keke.



Masa bekerja dulu, kalau lunch kat area Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi, mesti beli kuih ni. Sorang-sorang menjinjing 4-5 ringgit. Tak reti-reti nak kenyang. Padahal ayam penyet dah satu set kena libas. 

Ni ha, makan puas-puas. Sampai termuntah lagi bagus, biar tak teringat-ingat dah.


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan keledek (rebus, lenyek dan sukat) * daripada 3 ketul keledek sederhana besar
3/4 cawan tepung gandum + 2-3 sudu besar untuk dusting
Garam
Gula secukupnya
Minyak


Cara-cara:

  • Gaul keledek, tepung  dan garam. 
  • Uli sebati. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. 
  • Gentelkan bentuk memanjang, masukkan gula dan pastikan tiada gula yang terkeluar. 
  • Taburkan sedikit tepung atas dulang sebelum meletakkan kuih yang telah siap diuli. 
  • Apabila selesai, goreng segera untuk mengelakkan gula mencair dan keluar. 
  • Goreng dengan api sederhana hingga keperangan. Jika minyak terlalu panas semasa menggoreng batch berikutnya, tutup sebentar api untuk menurunkan suhu minyak. Ini untuk mengelakkan kulit kuih menggerutu jika digoreng dalam minyak yang terlalu panas.



LEMPENG DAN MASAK LEMAK SARDIN



Rasa-rasanya ada tak manusia berketurunan Melayu yang tak pernah makan crepe. Err..er... maksud saya lempeng. Kalaulah ada, mesti manusia itu missed untuk menikmati satu fasa hidup yang indah dan gemilang. Mereka itu gagal dengan cemerlangnya untuk menikmati makanan  yang sepatutnya dicatatkan dalam buku Malaysia's Book Of Record sebagai salah satu sarapan yang paling syahdu. Khenn?


Mokcik tinggal sorang kat rumah ni nok. Mulalah nak imbau kenangan itu ini. So pagi ini saya melempang melempeng. Teringat pula arwah adik, satu-satunya lelaki dalam keluarga. Kalau dia makan, setengah biji dia cekau lepas tu cicah kuah, sekali ghapp je. Sebiji dua kali suap.  Belum sempat habis adunan dimasak, lempeng dalam pingganpun tinggal kesan aje. Tak ke syahdu tu? 


Tak apalah, banyak kenangan manis saya dengan dia untuk diingat. Buat apa ingat yang sedih-sedih. Nanti buat lempeng sedap-sedap, tapi tak selera pula nak  makan sebab teringatkan yang pahit dan pedih.

Lempeng ni  saya gandingkan dengan sardin masak lemak. Sardin dimasak macam ni memang top top of the world. Kena pula cicah dengan lemang atau ketupat palas, wussss! Sambil makan sambil melompat kegirangan. 

Untuk acara lompatan dalam kegumbiraan, sila salin resepi di bawah. :p


Bahan-bahan (lempeng):

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Garam

Cara-cara:
  • Bancuh semua bahan hingga sebati. 
  • Panaskan kuali leper/non-stick pan. 
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali. 
  • Bila agak-agak kuali sudah panas sedikit, tuang sesenduk adunan dan oleskan dengan belakang senduk untuk membentuk bulatan. 
  • Jika semasa mengoles adunan dan adunan kelihatan terlekat pada senduk dan tidak melekat pada kuali, itu bermakna api terlalu kuat. Jadi perlahankan api. Balikkan lempeng apabila permukaan lempeng kekuningan. 



Bahan-bahan (masak lemak sardin):

1 tin sardin (saya guna Mackerel brand Ayam Brand yang bersaiz 230g)
1 cawan santan pekat (daripada 1/2 biji kelapa)
5-6 ulas cili padi
3 ulas bawang merah
2 batang serai-dititik
1-2 keping asam gelugur
1/2 inci kunyit hidup
garam dan serbuk perasa (jika suka)


Cara-cara:
  • Tumbuk bawang, cili padi dan kunyit. Masukkan ke dalam santan. 
  • Masukkan sardin (beserta sosnya), serai dan asam. 
  • Masak dengan api sederhana hingga pekat dan naik minyak. Perasakan dengan garam. 


Hidangkan, makan dan bolehlah melompat kegumbiraan!


NASI GORENG JANGAN MEMBAZIR


Ingatkan habis nasi ayam 4 cawan makan 6 orang, rupanya ada lagi tinggal segenggam keesokan harinya. Kecik kenot betul rupanya perut orang-orang dalam rumah saya ye. :P


Dah pukul 10.30 pagi, baru je satu perkara saya jamah. Biasanya kalau jam-jam sebegitu dah 14 benda dah dilahap dengan kejam. 


Laparla! Nasib baik ada nasi ayam segenggam, baik digoreng je. Campur nugget dua ketul, pun yang semalam. Sardin ada seketul baki buatkan sandwich untuk Sang Arjuna bawak bekal. Itulah konsep sebenar nasi goreng kan? Semua left overs campak masuk dalam kuali,  lepas tu pakat kerumun macam semut kerumun air sirap tumpah. 


Bahan-bahan:
1 genggam nasi ayam semalam 
2 ketul nugget semalam (potong kecil)
1 ketul sardin (lenyekkan)
1 biji telur
Sayur-sayuran yang sesuai (saya campak 3-4 keping daun salad, pun yang semalam)
1 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
Garam
Minyak


Cara-cara:

  • Tumbuk bawang putih, tumis bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan telur dan kuatkan api dapur  untuk mendapatkan aroma nasi goreng gerai. 
  • Pecah-pecahkan telur, masukkan garam. 
  • Masukkan nasi, nugget dan sardin. Masukkan sayur dan kacau sebentar. 


Nasi goreng siap. Memang menggiurkanlah!



CHOCOLATE MACARONS 2




Dah kenyang pekena nasi ayam 2 pinggan, barulah boleh senyum. Tapi kalau nak bagi senyuman itu lebar sampai ke tepi tudung Ekin, makan macarons ni pulak. Barulah senyum itu kurang sumbingnya dan lengkap rasa hidup.

Kuasa botox yang keterlaluan!

Kali ini saya buatkan untuk untuk insan terpilih, antara orang yang saya sayang dalam hidup. Si kerinting comey anak kepada adik yang  rajin bona yang tangan kena pijak dek lembu masa kecik. Wafiy!


Berapa kali saya buat macarons, tak terbilang dah. Tapi dalam dok kerap tu, mesti ada kekhilafannya. So kalaulah macarons ini artis, saya umpamakan ia macam Zahida Rafek. Sebab kulit muka yang licin mulus itu tak boleh silap sikit. Silap rentak sikit mulalah akan retak beribu sesalan. Mungkin itu kot penangan ubat-ubatan moden. 


Tapi biarlah saya buangkan segala mala fide. Tentu dia dah makan bergantang-gantang tempe untuk kulit yang halus  mulus kudus tu ek? Hihihi





beribu sesalan :(
dan bila botox dah tak power ;p