Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHECKERED CAKE

Heeee. Tak pastilah nama yang paling sesuai untuk diberikan pada kek yang sememeh ini. Sememehed cake? * past tense di situ.  

Nak kata pengidap parkinson, rasaya tidaklah pula. Entah kenapa susah sangat nak dapatkan hasil yang cantil-cantik. Jangan surrender! Usaha tangga kejayaan. Cliche!


Lama saya bercadang nak mencuba kek cantik ini secantik sentuhan  Kakak Kreatif Ni. Walaupun saya dapat imagine rasa kek ini adalah kek span biasa je benornye

Asalnya bila awal tahun lepas, setiap minggu saya ke ICCA Kota Damansara untuk memenuhkan ilmu di dada tentang ilmu shopping barang-barang Wilton yang wah dahsyat hebat dan wah dahsyat juga harganya. Berapa kali angkat-letak, letak-angkat mould  chekered cake tu. Akhirnya pulang dengan hati yang hampa. 


Maklumlah, jobless mom. Mana ada duit saku nak membeli-belah sesuka hati. Nak menang hadiah GA nasib tak menyebelahi. Huhu.Tulah Ainol, taknak dengar cakap Mak Ngah. Leiii tak habis lagi kisah syahdu ni rupanya. Kihkihkih.

Last-last beli yang cap Yummielton kat Yummie aje. Hampir setahun juga acuan ni terpersok di dasar lemari. Nasib baik tak bagi kat Nabiha buat main tekap plastesin. Heeee.


Bahan-bahan Kek:
Sumber : KAT SINI (Kak Yatie aka Ratu Talam yang ayu tu) * cuma skip bahagian kastard dan omit jus dan pes pandan.

5 biji telur
150g gula castor
1 sudu besar ovellete
80ml air daun pandan (saya gantikan dengan 80ml susu penuh krim)
80ml minyak (saya gunakan minyak jagung)
1 tsp baking powder
150g SRF ataupun tepung kek (super fine)

*****
Bahan tambahan untuk perisa lemon:

2 sudu besar jus lemon (jenama sunquick)
2,3 titis pes lemon

Bahan tambahan untuk perisa coklat:

2 sudu besar serbuk coklat
2,3 titis chocalate emulco


Cara-cara:
  • Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan ringan. Masukkan minyak dan susu. Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Pukul hingga rata.
  • Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu adunan dicampurkan dengan pes lemon dan sedikit jus lemon dan satu bahagian lagi saya masukkan beberapa titis chocolate emulco dan 2 sudu besar serbuk coklat.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 25-30 minit.
  • Apabila kek telah sejuk, bahagikan kepada 3 bahagian setiap satu. Jadi anda akan dapat 6 keping kek.
  • Tekapkan dengan acuan chekered cake dan susunkan secara berselang-seli warna kuning dan warna coklat.
  • Susun di atas cake plate dan sapukan setiap bahagian kek dengan buttercream.
  • Apabila selesai, buat crumb coat pada keseluruhan kek dan biarkan set sebentar dalam peti sejuk kira-kira 10 minit.
  • Hiaskan dengan ganache. Untuk menghasilkan ganache yang tebal, boleh ulang proses mencurah ganache ke atas kek setelah lapisan pertama mula mengeras.


Untuk lemon buttercream:

11/2 cawan krimwell
1/2 cawan icing sugar
2-3 sudu besar perahan lemon
1/2 tsp meringue powder

Cara-cara:
  • Pukul krimwell hingga kembang. Masukkan gula, meringue powder dan perahan lemon. Pukul lagi hingga kembang dan gebu.

Bahan-bahan ganache:

150g dark chocolate coins
150g whipping cream
25g butter

Cara-cara:
  • Panaskan whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. Masukkan butter dan chocolate dan kacau sentiasa hingga dissolve sepenuhnya.
  • Sejukkan sebentar sebelum dicurah ke atas kek.


MASAK LEMAK IKAN MASIN DENGAN NENAS


Mengimbau kegemilangan zaman kanak-kanak riang air sirap (sebab masa tu emak tak mampu belikan air ribena) bila makan nasi lauk ayam, rasa something meresap dalam jiwa. Kesedapan yang tak terhingga. Bila berlaukkan ikan masin pula, mulalah muka mencuka dan terasa diri seolah peserta rancangan 'Bersamamu' di TV3. *E eh, macam berpantun seloka pula.

Dan bila usia di ambang senja, kedutan melata di muka, uban menular seluruh kepala, lauk ayam hilang pesona. Ikan masin dan lauk-lauk kampung pula bertahta di jiwa. Kenapa ya? E eh, betullah, memang macam berpantun! Kih kih kih.


Apa da, ikan masinpun mak mentua bagi. Belum yang lain-lain lagi. Jadi sekali sekala saya perlu juga menginsafi diri. Menoleh kiri kanan  dan ke dalam diri. Cari yang mana perlu dibaiki. Siapa tak mahu gelaran mithali yang abadi. 

Tahniah kepada sahabat yang menjadi 'maharani' di mata keluarga mertua. Kamoo bertuah. Tetapi saya lebih teruja untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang tidak henti-henti berjuang untuk 'memaharanikan' diri di mata mereka (erk?! ada ke perkataan ni? tak apa, kita adakan, selagi DBP tidak tangkap saya atas kesalahan berbahasa. Hui!) 

Buat sahabats itu (kamoo tahu siapa anda) silakan dengan berani merentas segala onak dan duri hoqqay? * duhh letih dah berpantun, nak makan nasi dengan lauk maharani ni pulak. Mari la oi!


Bahan-bahan:
5-6 keping ikan masin Talang (campurkan bahagian tulang dan isi)
1/2 biji nenas
2 cawan santan
1/2 cawan santan pekat
Segenggam kecil cili api
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
Garam jika berkaitan

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit. Masukkan  ke dalam santan. Masukkan serai yang telah dititik.
  • Masukkan ikan masin dan nenas. Masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan santan pecah.
  • Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam. 


BUBUR PULUT HITAM


Satu lagi dessert kebanggaan perut saya. Sang Arjuna juga. Gedik betul laki bini konon-konon seiya sekata (sangat!) tulis dalam biodata masa tingkatan 3 bubur kegemaran saya ialah pulut hitam dan tetiba awakpun sama. Saya tulis saya suka dua mangkuk besar, lepas tu awakpun mengaku perkara yang serupa juga. Hiks!


Dan-dan tu terkujat pada tahap sederhana, tapi kesopanan dan kesusilaan masih utuh dalam jiwa sebab itu Rukun Negara yang ke 5. 


Jumpa soul mate dek kerna bubur pulut hitam?




* Banyak kisah-kisah di akhbar yang anda perlu pertikaikan kebenarannya. Guna akal yang terselit di celahan otak yang berat bersihnya 1.567kg (bergantung kepada saiz kepala) untuk menilai betul salah, baik buruk. JANGAN LUPA KISAH DI BLOGPUN SAMA JUGA. Ada tipu ada muslihat, ada auta ada yang muhong! Hihihi



Nak ingatkan aje, kalau banyak sangat saya menulis ala-ala terkena simbahan daun ketum tu tandanya saya tengah senang hati. Tumpang senang hati. Masih lagi dengan cerita rakan saya, Roger. Sudah diumumkan, Raja Azura Raja Mahayuddin akan memegang jawatan sebagai CEO di YPPB. Good luck mate! 


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2-3 orang

1 1/2 cawan beras pulut hitam (rendam sekurang-kurangnya 1 jam)
2 1/2  cawan santan
1 cawan santan pekat (perah dengan air masak dan campurkan sedikit garam)
1 keping gula nisan
Gula putih (jika masih belum cukup manis)
Secubit dua garam
Segenggam kecil sagoo mata ikan (rendam sebentar)
1 helai daun pandan (koyak dan simpul)

Cara-cara:
  • Masak beras hingga lembut. Masukkan daun pandan dan gula. Masak hingga gula hancur. Tambah air jika berkaitan. 
  • Masukkan sagoo dan masak hingga sagoo menjadi jernih.
  • Masukkan santan dan daun pandan. Masak hingga mendidih.
  • Hidangkan bersama santan pekat tadi. 

BINGKA KELAPA DENGAN KELEDEK


Tinggallah emak, tinggallah saudara. 4 hari di kampung, ada macam-macam rasa. Ada sesi luahan perasaan. Yang paling banyak, sesi untuk mengetatkan perut aje. *Nangis sampai terpengsan. Ada orang renjis-renjis air, sedar dari pengsan. Bila dah bangun tu, nangis lagi sampai comot mekmot maskara, bulu mata palesu tinggal sebelah. Sebelah lagi tertanggal sebab guna gam cap murah. 

Abaikan!


4 hari yang padat dengan sesi menghayun dagu, gigi dan gusi tanpa henti. Macam acara berjalan tanpa henti di Idaman Suri. Gitulah. Penat ai asyik makan aje. Aduhh. Diameter muka dah jadi 28 inci dah ni. *Meraung terus! dan pengsan tak bangun-bangun!


Tapi apalah sangat kalau benar sekalipun saiz perut  yang makin membesar dan  menghampiri ukuran dua pemeluk jika nak dibandingkan dengan suapan demi suapan kasih-sayang yang keluarga suakan, kan? Juga tak ada ruginya pinggul mengembang secara puratanya 2 inci sehari kalau nak dibandingkan dengan himpunan dan limpahan ketawa gembira semua ahli keluarga yang ada, tak gitu? *Lalalala! 

Terus rasa keinsafan itu kucampak jauh-jauh di balik bukit. Nota untuk diri: kalau nak ambik balik keinsafan tu nanti, dari bukit gondol tu, sila belok kiri. Toleh kanan ada pokok cemperai, sebelah atasnya sikit ada pokok kerdas hampir tumbang disodok babi hutan. Haa, kat situlah, kalau nak cari rasa keinsafan yang dibuang tu. Huihuihui.


Plan A nak buat pau keledek. Tapi yisnya mana? Keledek dah lenyek, inti kelapa dah masak, tepung dan ditimbang, rupanya yis kehabisan. Rupanya bermati-matian betul akhir-akhir ni menghasilkan kuih-muih yang kembang dan berdiameter lebar.


Saya terus ke plan B. Bukanlah bila angkara yis tak ada, harapan mengepau musnah. Oh tidaklah begitu. Hasrat untuk makan tidak sekali-kali terpadam dari ingatan. 

Kuih plan B. Bingka kelapa yang saya campurkan dengan keledek yang dah dilenyek tu. Sayang nak buang, daripada  simpan dalam peti ais,  baik simpan dalam perut. Gerenti tak basi. Hekhekhek.


Resepi asal bingka kelapa mak yang sedap tu kat sini. Caranya mudah, yang penting rasa lemak manis dan gummy tu. Gummy yummy bebeh!


Bahan-bahan:

1 biji kelapa inti (parut)
3/4 cawan tepung pulut
5-6 sudu besar gula putih
1/2 cawan keledek (rebus dan lenyek)
Sedikit garam
1/2 cawan air (anggaran)

Cara-cara:

  • Campur semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. 
  • Masukkan dalam acuan bahulu (kali ini saya gunakan acuan muffin) yang telah dioles dengan sedikit marjerin/butter. 
  • Bakar pada suhu 180 darjah C hingga garing keemasan.
  • Makan banyak okey, lupa diri jangan!


Errr, kat mana saya letak keinsafan tadi? Kat pokok yang kena sondol dek babi hutan tu kan? Heeeeee


Nangis lagi sebab sedap!! 

SOTONG GORENG TEPUNG


Jangan suka-suka hati tuduh saya sedang bergumpal dalam selimut walaupun bomi disimbahi hujan dan mata saya sedang menuntut haknya. Makan ke tidur? Tidur ke makan? Saya bungkam. Sukar buat pilihan. Sila teka itu ayat novel Bicara Hati atau ayat dalam drama Gemersik Kalbu? Erkk!


Susahkan jika ada pilihan (tetiba jadi serius macam pemidato budak metrik tahun satu UIA. ) Sebab biasanya kita tamak haloba. Nak dua-dua.  Nak semua sebenarnya.

Okey, saya akan berlaku adil pada setiap tuntutan biologi badan saya. Perut kata pergi makan, saya terpaksa akur. Nanti perut masuk angin, siapa yang susah? Lagi soklan; Tu dialog dari Gemersik Kalbu ke Bicara Hati. Uweh uweh.  Maaf ye peminat surat  drama rantaian, saya mengejek kamu tu.


Lepas makan  sotong ni rasa nak berjerenggeng kat tepi pantai. Mujur-mujur  boleh jeneghe bila muka disapa angin laut.  

Tak ada resepi yang spesifik bila saya menggoreng sotong. Setiap versi berbeza-beza. Untuk edisi terhad hari ini, macam resepi kat bawah ni.


Bahan-bahan:

1 ekor sotong (anggaran berat 300g)
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gorengan ayam (tak ada brand, saya beli yang paket-paket di kedai runcit kat pasar)
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit paprika
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
Garam 
Minyak

Cara-cara:
  • Potong sotong mengikut saiz yang disukai. Lap dengan tisu hingga kering.
  • Bancuh  tepung dengan paprika dan serbuk kunyit. Dalam bekas berasingan, kacaukan telur dan masukkan sedikit garam.
  • Pastikan minyak telah panas semasa memulakan proses untuk menggoreng. Celup sotong dalam telur, kemudian celup pula dalam adunan tepung tadi.  Jika mahukan kerak tepung yang lebih tebal, celup sekali lagi dalam telur dan tepung secara berselang-seli.
  • Masukkan perlahan-lahan  ke dalam minyak.  Minimumkan kerja-kerja membalik-balikkan sotong tu. Juga pastikan ianya digoreng sedikit demi sedikit untuk mengelakkan tepung tertanggal daripada sotong.
  • Goreng hingga keemasan. 
Saya menaip live telecast dari dalam gebar ni. Sotongpun dah habis sepinggan. Maaf, tak bisa memilih. Saya nak dua-dua!

Daaa!  esok nak balik kampung, yabedabedu!!!


GELEK KEPEK


Seminggu dua ni saya rasa tahap keberlagakkan saya di puncak awan la. Takbur betul bila stok kelapa ada setimbun dan stok gula nisan ada 4 timbun. Alangkah indahnya hidup bila ada insan yang sayangkan kita macam mana dia sayangkan IC dan kad ATM dia. 


Gula nisan Terengganu ada orang belikan. Bukan satu penjuru, dari dua penjuru. Baik betul hati sahabat ini bila sanggup bersusah-payah balik ke Terengganu semata-mata untuk belikan nisan ni. Azo, saya sayang kamoo. Kuhkuhkuh.  *Harus lepas dia baca ni lepas ni bukan setakat gula nisan, batu nisanpun dia tempahkan untuk saya. Hohoho.

Begitu juga dengan adik ipar dabooom sorang ni. Sanggup terima tawaran belajar di Terengganu sebab mudah bagi dia untuk belikan gula nisan ni. Hihihi. 

Ada stok ni, joli sakan la. Kuih tradisi (?). Tak pasti asalnya dari mana. Masa zaman BMI saya pada tahap selamat dulu-dulu-dulu, kuih ni selalu disediakan  masa kenduri-kendara di kampung saya. Meriahnya 'malam besar', begitu jugalah meriahnya masa nak sediakan kuih ni. Gelek-gelek, dikepek-kepekkan. Hamboi, nama ikut proses membuatnya gitu. Sah, masa tu penciptanya tengah kekeringan idea ya amat. 


Ada sedikit persamaan dengan kuih puteri mandi, tapi kuih ni hadir tanpa disalut kelapa. Jadi kalau puteri mandi tu mandi susu, kuih ni mungkin mandi lumpur dari laut mati, atau mandi bunga sebab nak buang ketuat nasi kat perut?

Yang saya pasti, masa makcik-makcik yang datang kenduri tu menggentel kuih ni, mereka suka gentel sambil mengumpat, kenapa ek?  Kenapa tak hafal aje Doa 7 Pintu ke, Ayat Seribu Dinar ke?  Saya perlukan penjelasan kukuh! 


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya (anggaran secawan)
2 cawan santan pekat (daripada 1 biji kelapa)
1 keping gula nisan saiz sedang
Gula pasir (jika berkaitan)
1-2 helai daun pandan (koyakkan dan simpul)
Secubit garam


Cara-cara:
  • Sediakan air rebusan seperti hendak membuat buah melaka.
  • Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh seperti membuat buah melaka. Tambah atau kurangkan jika masih tidak mendapat doh seperti buah melaka.
  • Gentelkan bulat dan tekan tengahnya untuk membentuk lubang kecil. Berhati-hati jika memakai kuku palesu, dibimbangi kuku akan terlekat pada doh kuih. Heeee
  • Rebus kuih hingga timbul. Toskan
  • Masak santan dengan gula melaka. Masukkan daun pandan dan secubit garam. 
  • Kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah minyak. 
  • Masukkan kuih tadi ke dalam kuah dan nikmatinya sebaik sahaja anda selesai belly dancing. :D


APAM SNOW WHITE


Dalam kehangatan fenomena apam labu yang meninggalkan kesan mendalam di jiwa Puan HS itu, Nabiha tanya saya. "Mama, apa makanan puan-puan puteri?" Owh, si kecil saya ni memang obses dengan pinces. Yang mana perkara ini tidak dipersetujui  LANGSUNG oleh jiwa saya. Hidup  dengan warna pink merata, jalan proper-proper terkepot-kepot, girly lah sangat, dan hal-hal yang berkaitan dengan keperempuan yang maha meletihkan untuk dilayan. Dari kasut ke baju, bawak ke bag, turun ke buku conteng dan paling tak tahan nak beli chicken ball pun kaler pink. 


Baik, anakku. Ni makanan untuk salah seorang pincess awak. Kembang sampai tak kuncup-kuncup hidung dia bila saya kata ada kuih yang namanya snow white. 

Apam ini paling mudah untuk dibuat. Ada nasi semalam, on. Tambah pula kalau kat rumah tengah 'mewah' dengan longgokan kelapa yang dikirim keluarga. Yang penting, walaupun namanya ala-ala Disneyland, tapi rasanya tetap kampung. Itu yang ai suka. Cuma ai dah kaler-kalerkan apam ni dan sepatutnya ada unsur-unsur suci snow white tapi ai buat derkkk je. Heeeee. 


Jamie Oliver, sila salin resepi ni. Tunjuk dalam show awak. Ni asyik-asyik masak tabur garam, tabur pepper,perah lemon. Letih dah saya tengok tu tau tak!


Sumber : Merata-merata dan pelbagai edisi. Ada edisi suci murni dan ada juga edisi berani. 
Cekidaut kat sini : Ros JMMasHanaKak RatnaIzah dan oleh pelbagai lapisan masyarakat lagi. 


Resepi saya ni saya dah bahagikan dua dari resepi asal. Dan sukatan gula saya kurangkan sikit. Barulah tersangatlah ngam! Makan dengan kelapa muda yang tak semestinya dara dan  digaul dengan sedikit garam. Lagi ngam wooo!

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir (jika resepi asal 1 cawan)
1/2 paket yis segera (anggaran dalam 5g)
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air


Cara-cara:
  • Kisar nasi dengan air hingga betul-betul halus. *saya kisar sekali dengan gula.
  • Campurkan ke dalam bahan lain dan kacau rata. Pastikan adunan sebati dan hancur sepenuhnya.
  • Peram kira-kira 2 jam. Masukkan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
  • Kukus kira-kira 4-6 minit bergantung kepada saiz acuan.