Assalamualaikum,
20 minit lebih saya menatap skrin tanpa menaip apa-apa. Kelu lidah, sebu sebak dada rasanya.
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang mengenali saya secara peribadi, geng masak-masak alam maya, sahabat rimba atau rakan berjimba-jimba, saya akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Tarikhnya adalah lusa dan tarikh saya mendapat pengesahannya adalah hari ni!
Buat pertama kalinya saya termangu lama-lama-lama-lama bila menerima berita yang masyaAllah sungguh hebat ini. Dari sehari ke sehari saya menaruh harapan agar Dia yang Maha Mendengar akan berbuat 'sesuatu' untuk doa dan harapan saya. Dan Dia memang Maha Mendengar. Dan Maha Memberi.
Perasaan? Walaupun saya perlu menyusun atur 'kehidupan' tiga makhluk kecil mungil saya sepanjang ketiadaan dalam masa tidak sampai 48 jam, namun alhamdulillah semuanya lancar dan baik-baik saja.
Saya berhenti sementara di sini. Sekejap saja saya akan tinggalkan kamu. Jika saya pergi selamanya, dengan izin-Nya pasti kita bertemu di alam yang lain. Alam yang jauh lebih indah penuh dengan pinggan berwarna-warni dan memasaklah kita tanpa henti.
Saya memohon maaf atas segala keterlanjuran kata-kata, tulisan ataupun komen-komen saya selama ni. Resepimu resepiku jua. Mohon halalkan semua perkongsian sahabat-sahabat yang sangat pemurah dan baik hati. Terima kasih daun keladi.
Doa saya agar rakan-rakan juga dianugerahkan rezeki seumpama. Jaga diri, jaga rohani. :)
Alhamdullillah....Kak Chah sya doakan selamat pergi dan balik
smoga jumpa lagi.InsyaAllah.
Assalam chah tumpang seronok mendengar perkhabaran ini.doa saya semoga semuanya di permudahkan ya selamat pergi dan kembali nanti memeriahkan dunia masakan..
Chah....moga dipermudahkan segalanya...mcm hang..aku pun kelu nak berkata2...
Assalamulaikum..alhamdullilah sepanjang Tie mengikuti blog chah memang menarik melihat gambar2 yang diambil. Tie doakan semoga dipermudahkan segalanya semoga kita bersua kembali selepas chah kembali dari tanah suci.
alhamdulillah. Kalau itu sudah janjiNYA ia tidak akan dimungkiri. Tapi dapat bayangkan kekalutan menyusun segala dalam masa yang amat singkat. Bundo percaya kamu sudah bersiap sedia untuk kemungkinan ini. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Bundo iringkan pemergianmu dengan doa dan juga rinduku yang tidak bertepi pada kedua kota suci.Semuga kamu mendapat haji mabrur dan semuga ketemu lagi di alam maya satu ketika nanti, insyaAllah...
Salam Chah....alhamdulillah....semoga selamat pergi dan selamat kembali ya....
salam kak cha,
semoga dipermudahkan segala urusan nnt disana..selamat pergi dan kembali..dan semoga mendapat haji yg mambrur..aminn
chah... chah.. terkedu akak baca coretan ni.. gembira campur sayu jer rasa chah.. sebak pun ada.. alhamdulillah.. chah dpt seruanNya.. selamat menjadi tetamuNya ya.. k.nor doakan semoga semuanya selamat, juga dipermudahkan segala urusan.. selamat pergi dan balik, selamat membuat ibadah... semoga diberikan kesihatan yg baik sepanjang disana ya chah..
untungnya chah, mudah2an mendapat haji yg mabrur.. doa2kan agar kita org dpt menjadi tetamuNya juga suatu hari nanti ya..
dah balik nanti, jangan lupa update kisah di sana ya.. jgn stop blogging terus tau.. gonna miss u dear.. :(
salam chah...
akak pun bagaikan terkedu membaca berita ini chah.. apa2pun alhamdulillah chah berpeluang menjadi tetamuNYA yang sangat istimewa... semoga mendapat haji yg mabrur... pasti ketika ini chah sudah pun berada di SANA.. moga diberikan kesihatan yg baik sentiasa & dpt melakukan ibadah dengan sempurna.
Assalam chah, baru perasan posting chah ni..
Alhamdullilah, semuga perjalanan, keberangkatan, sehala persiapan dipermudahkan
semuga chah mendapat haji yang mabrur..
rasa2nya, tak lama lagi pulanglah chah ketanahair ni kan..
as-salam kak chah, saya doakan kak chah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah & selamat kembali. Semoga Kak Chah di kurniakan dengan kesihatan & dipermudahkan segala urusan di sana. Harap2nya mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah :)
salam tuan rumah...ternampak kelibat Chah kat laman akak...apa khabar?
Assalam Chah, baru terbaca entry Chah, pastinya Chah sudah selamat sampai balik ke Malaysia. kalau tau awal, mungkin boleh juga bersapaan, rupa Chah pun akak x kenal ni, hehe...Apapun didoakan agar segala ibadah Chah di sana diterima Allah swt dan mendapat haji yg mabrur...amiinn..
Aslmkum Chah.
Lama tak singgah sini. Alhamdullilah Chah juga menjadi tetamu Allah pada kali ni....moga mendapat haji yg mabrur.
salam dik hajjah chah... sihat? mudan2an hendaknya... semoga segalanya selamat ya.. rindu betul dgn dia.. :)
Lamanya Hajjah Chah tak de kat umah...sihat hendaknya.
As salam hajjah chah bila nak ada posting terbaru...hehe rindu pada post awak.