Eeeeeiii kan? Inilah makanan yang paling 'selekeh' saya pernah makan. Makanan paling no no dan tak boleh letak atas meja pengantin yang dah hias lawa-lawa dengan bunga hidup tapi tak sempat majlis selesai semua orang pakat rembat bunga tak kira kau macam Mak Datin bling bling ke atau kau budak kecik 5 tahun. Semua tak malu pow bunga 'free'. Suka diingatkan kepada saya especially, kalau tuan rumah tak kasi bermakna kita telah merampok itu reta, reti? * Ustazah pilihan bersuara dah!
Mula-mula saya tahu ada juga manusia makan masakan macam ni, saya buat-buat muka yekyekyekyekyek, entah berapa kali geli-geleman lah kunun. Rasa tak boleh terima bila Kak Fauziah (nama sebenar) kata anak beranak dia makan sampai tak hengat dunia.
Apa lagi. Dengan pengetahuan yang cetek dalam bidang masakan, terus saya call talian hayat. Dan jawapan mak- dia pernah makan masa kecik-kecik dulu. Oh maknanya bukanlah lauk rekaan fantasi Kak Fauziah nama sebenar tu. Heee.
Dan kali pertama saya sanggup menjamah diikuti membaham terus bila siapa lagi dalam hidup saya yang akan saya cayank dia sampai bila-bila sebab dia suka bagi perut saya ketat-ketat dengan masakan dia walaupun spegeti perangat-Cikgu Azimah.
Bila si Cikgu yang kemain lagi bergaya sedondon baju kurung sampai ke keychain pun warna setona masak lauk ni bila entah, baru saya rasa yakin nak makan. Dan mulalah episod saya pula sukakan lauk selekeh ni. Selekeh tak selekeh, janji hati muda remaja, errr tak paham kaitan.
Jadi, ini keputusan muktamad. Bila sotong masuk acara masak hitam atau berdakwat ni, dia akan menang mudah ke atas sotong sambal tumis ataupun masak lemak sotong ataupun singgang sotong. *cuma satu. dakwat sotong tukan adalah pelindung sotong dari ancaman musuh,jadi mungkin kandungannya bukan sekadar 'dakwat' biasa? Ah gasak ar, malas nak gugel cari keburukan dakwat ni!
Bahan-bahan:
Sumber: Cikgu Azimah
2 ekor sotong (kira-kira 300g)
2-3 'beg' dakwat
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Air asam jawa
Garam
Sedikit gula nisan
1 labu bawang besar saiz sederhana-hiasan
1 biji cili merah-hiasan
Minyak
Cara-cara:
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
- Tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa dan gula nisan.
- Pecahkan beg dakwat dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
- Masukkan sotong dan masak hingga sotong empuk. Jangan masak terlalu lama.
- Perasakan dengan garam. Masukkan bawang dan cili merah.
Assaalam Chah,
lauk sotong masak dakwat atau masak hitam ni memang favourite akak juga ni
ada orang memang tak makn dakwatnya tukan..tapi kita suka..sedap..
ada juga dengar tak bagus makan dakwatnya tu..tapi ada aku kisah..hahaha
erk........... tu salah seorang yg belum berani makan nii.. hahaha.. kalau blk kg kat kelate tu selalu jugak mak sedara masak singgang sotong letak dakwat, kuah mmg hitam legam. kiteorg adik beradik semua jakun dan x berani nk makan. haha
Assalam Chah....haiiiyaaakkk, apasaiii sangat hitam...hahahhahaa.. Weeee walaupun rupa sotong mu buruksss dan hodohhsss...tp akak rasa kalau masuk ke molot dah lupa rupanya...terkenang rasanya kann...kan... ^___^ Aah jgn letak kat meja pengantin...nnt pengantin pompuan terutamanya fengsan dulu....hehehe
Saya pernah buat sekali, tapi my husband tak nak makan. Takut keracunan kot, padahal saya makan ok je..
sootng dakwat hitam..bestnya..kita jarang buat ..tp klu mkn x leh berhenti:)
kat jepun nih ada restoren ala2 itali...salah satu menu dia speghetti sotong dakwat...spaghetti dia kaler hitam...bila makan ngn mulut sumer mcm pakai lipstik hitam... FnF tak makan tp ramai kawan2 yg suka... nnt k.chah boleh try buat spaghetti sotong dakwat pula ^^
assalamualaikum dan salam kenal... cewaahh
sotong gaya masak camni, nani penah beli kat tepi jalan, kakak tu jual lauk2 pauk petang2 kat area rumah.. so hari tu hari kemalasan, singgah beli, nampak sedap dan mengiurkan.. balik rumah rupanya mmg dakwat sotong.. ingatkan salah masak.. rupanya betul ada menu camtu ye... baru nani tahu..
Datinnnnnnnnnnnn........... oooo datinnnn......... meh laa main fesbukkk!! ai nmpk blog u nk masuk majalah kt dalam fesbuk ^^
ai pun tak berani nak masukkan ke mulut .. ngeeee...
chah! tahniah ya.. dah keluar mag jugak tu! cpt beli jelita jun :)
kak chah.. ye.. tula lama mengeram.. hahaha.. tahniah kak masuk mag.. moa terus success.. kak takutnya tgk dakwat hitam sotong tu
Sila rujuk jakim ye...dah ada fatwa yg mengatakan hukumnya haram dimakan...Wallahua'lam