Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEE HAILAM

Serius. Saya teringat-ingatkan Nuhaa. Miss her. Walaupun baru Sabtu lepas saya  hantar dia ke asrama. Rasa macam dekat pula Kota Bharu dengan Kajang. Pergi flight tengahari, petang balik Kajang semula. Penatnya, toksah cakaplah.

Kena kumpul duit beli private jet lah kalau macam ni. Mungkin penghujung tahun nanti belum mampu beli full set, tapi dapat beli stereng dulu bayar installment 24 jadilah. (lawaknya! lawaknya!)

Ok, ini serius beb. Dua kali sebut serius tu, memang serius sangatlah ni. *Ni dah empat kali tu bai!

Saya risaukan macam mana dia nak basuh baju, macam mana dengan kawan-kawan baru. Makannya, loghat kawan-kawan barunya. Macam mana itu ini. Aduhh!

Tapi takat tu ajelah risau sang emak ini. Rindu berkepuk-kepuk terhenti di situ. Tangan laju aje kelentung kelentang godek mee hailam. Kuakuakua.


Mee hailam hentam dari saya. Tiada bahan yang wajib. Yang wajib anda kena terer  dan ada sedikit pengalaman untuk shoot bola dalam net, macam main bola jaring pakai bib GS atau GA tu. Sebab semua bahan-bahan ni akan dicampak-campak aje ke kuali dari jarak 50 meter! Hihihi.

Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Setengah bungkus mee kuning (kira-kira 250g) -celur, basuh dan toskan
Daging (anggaran 1 mangkuk kecil)
4-5 ekor udang
1/2 batang carrot (saya guna 5-6 batang baby carrot)
4-5 keping kacang peas
Satu ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
1/2 batang cellery
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Kicap pekat  manis
Sos tiram
Sos wortescershire (brand lea & perrins tu)
Sos cili
1/2 sudu besar tepung jagung
Minyak

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan daging dan masukkan sedikit air. Masak hingga daging empuk. Masukkan udang. Tambah air jika kuah sangat pekat.
  • Masa untuk campak mencampak. Masukkan segala sos, kicap dan sebagainya. Seimbangkan rasanya. 
  • Masukkan sayur-sayur yang tersenarai. Juga serbuk lada sulah.
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah.
  • Suapkan perlahan-lahan ke mulut dengan muka yang kunun-kunun sangat merindui anak yang jauh di mata dekat di hati.

CHIPS AND NUTS BROWNIES BAR

Bertemu lagi kita di arena persuratan Melayu. Tujuan utama saya mengirimkan warkah bisu ini adalah kerana untuk bertanya perkhabaran orang di sana. Brrrrr!!

Bila lama tak menulis warkah cinta buat kepala saya beku untuk memikirkan bahasa metafora yang sesuai kepada penerima di sana. Zaman 13,14 tahun dulu, sayalah champion penulis surat cinta tegar. Hari hari mau tulis. Berekar-ekar pokok kena tebang untuk buat kertas. Dan saya pula guna kertas tu buat tulis surat demi mengutus cinta dari Sintok ke Bangi. Heeee. * Mana Sang Arjuna saya ni tak callpun lagi hari ni, kata rindu! Wekk!
Saya baru selesai menghantar pasangan sejoli (yang kuat berjoli) ke LCCT. Mereka akan menunaikan umrah selama 14 hari. Semoga emak dan emak mertua saya mendapat umrah yang maqbul dan mabrur. 

Dua-dua emak tak ada, yabedabeduuu!!! Boleh buat sesuka hatilah kan. Keh keh keh.
Saya buat brownies yang teramat senang ni beberapa hari lepas. Ibarat mencampur milo, susu dan air terus ke dalam mulut. Kumur-kumur lebih kurang lepas tu telan. Jadi milo suam yang ready to consume. Kih kih kih.


Merenyam nak makan sesuatu yang berasaskan coklat. So takkan campur tepung, gula susu cekelat bagai dalam mulut pastu bakar mulut kat oven pulekk kan? Godek brownies yang sangat dahsyat senang  nak buat dan dahsyat juga rasanya. Resepi dari buku yang dah berkurun lama dalam simpanan. 
Bahan-bahan:
Sumber : Buku Hershey's Recipe Collection (Publication International Ltd)

2/3 cawan butter/marjerin
1/2 cawan air
2 cawan gula (saya guna 1 1/2 cawan sahaja)
2 biji telur
1  tsp esen vanilla
1 1/4 cawan tepung serbaguna (tepung gandum)
1 cawan Hershey's cocoa powder (saya guna chocolate powder)
1/2 tsp baking powder
1/4 tsp garam
1 1/3 cawan Hershey's premier extra dark chocolate chips (saya guna choc chips biasa)
1 cawan almond panggang

Cara-cara:
  • Campurkan butter dengan air. Masak atas api perlahan hingga butter mencair sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan kacau hingga gula betul-betul larut. Biarkan suam seketika. 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan garam dan esen vanilla.
  • Masukkan tepung, cocoa powder dan kacau hingga sebati. 
  • Gaulkan dengan chocolate chips dan almond.
  • Bakar pada suhu 160-170 deg C kira-kira 30 minit.

Emak-emak tak ada? yihaaa! boleh tulis tulis tulis surat cinta, lepas tu dating dating dating! Kih kih kih.

KUIH BOM PULUT HITAM


Janganlah tukar siaran pulok bila tengok gambar kuih bom dalam munger-munger berguguran ni. Macam nak  shoot iklan perfume Flora By Gucci aje.

Perjalanan pergi balik dari hantar Ariff ke sekolah, yang pasti saya akan menempuh jalan yang di kiri kanan banyak pokok bunga ni. Cantik je bila tengok bunga-bunganya gugur ke tanah tanpa lelah. Bila dongak ke pokok tu, blossom!  Dan bila tunduk ke bumi pula, juga melata bertaburan bunga-bunganya. Macam berada di alam Winter Sonata. 


Tak adapun orang yang kisah. Jadi, saya cubalah ambik kisah dan beri kasih pada bunga-bunga ini. Wah gitu!

So kakak jambu pun kutiplah bunga-bunga ni sebelum dia merajuk dan tak mahu berbunga dan menyerikan bumi lagi.

Tapi, bila tengok gandingan bunga dan bom ni, macam terrorist dengan minah jiwang lah pulak. Bom yang ganas sedang dibelai ayu-ayu dan manja-manja sambil tidur atas riba munger pink lagi. Heks.


Untuk menjadikan anda secomel Hana Tajima, sila salin resepi di bawah. Tapi taklah otometis boleh jadi comel terus macam tu. Nak comel macam dia sekurang-kurangnya kenalah jadi adik beradik dia dulu. Heeee

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung pulut hitam
Air secukupnya
Secubit dua garam 
Bijan secukupnya
Inti kesukaan (kacang merah/kacang hijau/kelapa)
Minyak

Cara-cara:
  • Bancuhkan tepung dengan air. Masukkan sedikit garam. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  • Gentel dan leperkan doh. Masukkan inti dan bentukkan bulat.
  • Golekkan ke dalam bijan. Rehatkan kira-kira 20 minit untuk mengelakkan kuih meletup semasa digoreng.
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga masak dan berwarna keemasan.



UBI REBUS & SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Sejak beberapa minggu lepas, Nabiha saya kepingin makan ubi kayu rebus. Hari tu nak daun sirih dengan daun kaduk. Semua tu pengaruh Upin & Ipin la tu. Nasib baik Upin Ipin tu rakyat Malaysia yang saya rasa tersenarai dalam list yang  terima Bantuan Rakyat 1Malaysia. * Sirius saya geli dengar nama bantuan tu! 


Kalau dibuatnya dia nak daun mulberry atau gooseberry, terkincitlah mama dia kena pergi ke Eropah sana. Demi memetik dedaunan yang dihajati puteri. Ihh!

Demi menjaga politik saya dengan Nabiha, saya gagahilah juga masukkan dalam reminder. Pasar: Ubi kayu Nabiha-9.00am. Bukan apa nanti Sang Arjuna balik dibuatnya Nabiha mengadu pada ayahndanya, yang bondanya ini asyik terbongkang ralit buat Sudoku Rank Kejam. Rosaklah reputasi ai. *kena letak jawatan la 8 April nanti!. Pfffttt! 


Dapatlah ubi yang dihajati, kenit kenot ubi yang last-last. Maklumlah ke orang ke pasar waktu Syuruk. Kita dah Asar baru nak gi. Ngehngeh.

Singgit sekilo. Nasib baik tak 2 singgit, kalau tak mesti si penjual tu ayahnya si Mail! Heeeee

Gandingan mantap-ubi rebus dan sambal tumis *Err sambal dijual berasingan. Juga dengan honey, sangat gorgeous! Kelapa parut dan ikan masin? Perghh kan?

Resepi Ubi Rebus? Tak payah-buang karan aje!

Bahan-bahan sambal tumis ikan bilis:

3 genggam ikan bilis (siap dibersihkan)
4 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 keping gula nisan
Air asam jawa
Garam
1/2 biji bawang besar untuk hiasan
Minyak


Cara-cara:
  • Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. 
  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk/kisar.
  • Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Masukkan air asam jawa dan gula nisan.
  • Ambil sejemput dua ikan bilis tadi dan tumbuk lumat.
  • Masukkan ke dalam sambal. Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Masak hingga bawang layu.


PENGAT KELADI 2


Kalau nampak keladi memang tak boleh tahanlah. Asyik nak beli aje. Harus kalau tengah tak ada duit, saya berhutang dulu dengan Bangla yang telah diberi kepercayaan penuh oleh tuan gerai tu untuk menghandle bisnes yang sedang meningkat naik dan sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan ISO 9001 tuh. (Phewww!! Sila baca dengan satu napas, kalau napas panjang, nak bertarranum pun mudah dengan syarat suarapun kena ada unsur-unsur lemak jugalah)  

Bikin pengat  (wah bikin, cam orang Kota Singa lah pula) untuk Sang Arjuna memang menggembirakan saya. Apa tidaknya, sebuku keladi yang dibeli, 3/4 buku masuk ke perut dia. Saya? dapat kuah aje. * Kejadian sebenar mungkin sebaliknya. Ngehngehngeh.


Kali ini, kak andam bubuhlah sedikit kaler kat keladi tu bagi naik semangat kenegaraan gitu bila memakannya. Kali ini versi gula nisan pula. Maklumlah semenjak Nuhaa bersekolah asrama di Kelantan ni, banyak betul stok nisan saya. Dah la Siah meneja yang baik hati menaja stok nisan Terengganu seumur hidup. Ni ada pulak lagi stok dari Kelantan.  Bahagianya akak!


Bahan-bahan:

1 ketul keladi (anggaran 700g)
1 1/2 keping gula nisan 
3-4 cawan santan
Segenggam kecil sagoo mata ikan
Secubit dua garam
Daun pandan 

Cara-cara:
  • Potong keladi mengikut saiz yang dikehendaki. Jangan terlalu kecil kerana keladi mudah hancur.
  • Basuh dan rendam sebentar dalam air garam
  • Rebus/kukus hingga empuk. * Saya masukkan 2,3 titis pewarna Burgundy ke dalam air rebusan.
  • Jerang santan dengan gula nisan. Masukkan daun pandan dan sagoo. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan keladi dan masak hingga sagoo menjadi jernih dan santan telah mendidih kecil.


MANGGO PANNA COTTA


Lama betul Kak Temah bertapa dalam gebor. Busy mengalahkan Kak Semah rambut kembang dagu palesu cincin bermelia-melia. Huh, dahsyatkan tahap kesibukan yang sedang saya alami tu. 

Kak Temah tak ke mana-manapun. Ada je ni, hibernate. Bila asyik mudik ke hulu ke hilir, menongkah arus perdana semata-mata untuk menyudahkan urusan donia, ginilah jadinya.


Baik, barang yang lepas jangan dikenang. Sekarang biarlah sesi kenang daku dalam doamu pula mengambil tempat. 


Sebelum tu, buat adik rakan retis Sayang-sayang Baby Amsatun: Selamat Pengantin Baru. Alam rumahtangga tidaklah se expose mistik mana, kalau kena cara mengemudinya. Heeee

Sudah-sudahlah berhalusinasi, berhinernasinya lagi. Jemput sudukan ke mulut mungil masing-masing desserts yang syidap ini. Desserts yang menenangkan stressed. Bila stressed makan desserts, ejakan terbalik. Kebetulan ek?


Bahan-bahan (dengan sedikit olahan):
Sumber Asal: Joy Of Baking
Versi Strawberry Panna Cotta: SINI

3 cawan whipping cream
Gula secukup rasa
1 1/2 sudu besar gelatin
5 sudu besar air panas
2-3 titis esen vanila

Untuk puree mangga:
1 biji  mangga
Sedikit air
2-3 sudu gula
Sedikit jus lemon 


Cara-cara:
  • Masukkan gelatin ke dalam air panas. Kacau hingga larut.
  • Masak whipping cream dengan gula menggunakan api perlahan hingga berbuih kecil. Masukkan esen vanilla.
  • Campurkan gelatin ke dalam whipping cream dan kacau sebati.
  • Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan masukkan ke dalam peti ais hingga benar-benar set. (Anggaran 4-5 jam)
  • Sementara tu, bolehlah sediakan manggo puree.
  • Kisar mangga dengan gula dan air yang minimum. Masukkan jus lemon. Tapiskan.
  • Masak dengan api sederhana hingga mendidih kecil.
  • Sejukkan dan tuang ke dalam panna cotta.

Stressed? Kini tidak lagi dengan desserts heaven ini! 


AYAM PANGGANG ROSEMARY



Episod Akhir: Makcik Pengumpat Profesional

Makcik taknak dahlah mengumpat orang dalam tren. Tapi sebelum makcik tutup tirai episod ni, ada satu je yang makcik nak khabarkan apa yang makcik nampak dalam tren tu. (pelis, satu je lagi!

Bila Sang Arjuna mintak makcik sediakan kelengkapan untuk dia berjogging lepas habis kerja, makcik tau sebabnya  dia dah mula ambik kisah pasal perut dia yang makin 'membengkak' tu. Dan juga sebab bila ada beberapa helai seluar dia yang terpaksa dilipat rapi-rapi dan disimpan kat cold storage. Huk huk. 

Tapi makcik tetap makcik. Menten makan sampai muntah dan kadang-kala makanan boleh terkeluar dari hidung. Gila dinasour dia ni!

Tapi bila teringatkan kisah seorang remaja yang bersaiz 'guni baja' dalam kategori bantam weight yang bersusah payah nak bangun dari kerusi masa nak turun dari tren KTM tu. Makcik insaf  jadinya nok

Bayangkan dagunya saja  sebesar pau kacang merah kat R&R Tanjung Malim, jadi mukanya sebesar mana? Lengan dia ala-ala gedabak macam peha makcik, jadi peha dia? Daku terdiam kaku bila melihatkan kesukaran dia untuk bangun dan berjalan. :(

Ini tidak ada kena mengena dengan penghinaan atau saya sedang melemparkan kata nista kepada orang gemuk atau orang kurus. Ini adalah isu penganiayaan pada diri sendiri yang dihambakan dengan makan dan makan dan makan (tetiba!).

Jadi sementara  keinsafan yang datang tetiba tadi tu, makcik undur diri dululah. Sebelum tu ni Makcik ada masak lauk yang konon-kononnya sihatlah sikit kalau nak dibandingkan dengan kari mari  atau apa-apa yang berlemak tu. Ayam panggang cenggini memang bestest. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Versi bodo-bodo saya panggang ayam ada kat sini


Tapi esok Makcik datang balik dengan creamy caramel chocolate macadamia cheese cake berwalnut ye!.Hihihihi.

Bahan-bahan:
Sumber asal :Kak Nor Secubit GaramIbundo dan Wana
* saya olah jumlah sukatan bahan mengikut jumlah ayam yang digunakan

2 bahagian paha ayam
2-3 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil jintan kasar 
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar dried rosemary
2 sudu kecil honey (saya tambah)
Secubit  dua garam
2 sudu kecil serbuk paprika (saya tambah)
Perahan lemon
Butter
Kentang dan carrot (saya tak letak)
Minyak zaitun


Cara-cara saya:
*cara asal sila rujuk pada link yang diberikan.

  • Tumbuk halia, bawang putih dan jintan hingga lumat.  
  • Lumurkan pada ayam. Lumurkan bahan-bahan lain juga dan perap kira-kira 3 jam
  • Letakkan dulang pembakar dengan butter dan susun ayam. Percikkan dengan minyak zaitun dan bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 5 minit pertama dan turunkan suhu kepada 150 darjah C. Bakar kira-kira 35-40 minit.
  • Semasa proses memanggang ini, jiruskan semula air ayam yang keluar ke atas ayam.
  • Hidangkan dengan salad kegemaran.