Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DONUT MAYONIS

Cuti sekolah menghampiri. Seronok juga bila lelah seharian dapat disimpan sebentar. Tapi nak tengok kejadian titanic live hari-hari, jemputlah ke rumah saya. Masa tengah karam tu lagilah bagus. Hergh!

Adeh. Letih mak letih. Tapi yang paling letih tentulah maid saya. Kesian juga dia. So far prestasi dia tak adalah unggul sangat. Tapi setakat ni tak keluarlah lagi perasan-perasan diva tu. Harap-harap berlarutanlah ye prestasi dia.
Tapi hamboih! Kemain lagi teres giles guna Ipad internet segala. Saya usha-usha juga search history lepas dia guna dalam Ipad anak-anak.  Hehehe. Intip jangan tak intip. :)

'Film Indonesia terbaru' . Dan entah apa-apa lagilah lagu indonesia terbaru yang dia search. Nasib baik!

Buatnya dia search ' cara untuk menghilangkan rasa menyampah kat majikanku yang hampeh', harus saya pengsan dan-dan tu jugak.
E eh, Mak Nat ni. Tiap-tiap minggu mesti buat donut. tak bohsan ke? Maaflah. Minggu depan lain tahun kita buat kuih hebat-hebat yang lain kay?

Seronok juga mencuba pelbagaikan resepi donut. Tapi kali ni saya cuba versi bermayonis dari Ros Jintan Manis. Ramai juga blogger dah mencuba donut ni. Komen sedikit; tak keterlaluan rasa mayonis tu. Ke lidah saya dah hilang deria? Heee. Tapi masih lagi 'seutas' (haha bestkan menyalahgunakan kuasa penggunaan penjodoh bilangan) donut yang lembut dan gebu. 
Sumber Resepi : Ros Jintan Manis thru Kak Ita Masam Manis
Bahan-bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis (saya gunakan jenama Lady's Choice)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung (saya tak letak sebab dah letak air susu)
1 1/2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 1/2 sudu besar marjerin (saya gantikan dengan lemak sayuran)
1 sudu besar bread softener (saya tambah)
1 sudu kecil donut improver (saya tambah)
1 biji telur (gred A)
140ml air suam  (saya gunakan susu suam)
Secubit dua garam
Cara-cara (saya gunakan cara biasa saya buat donut):
  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan susu. 
  • Gaul rata dan masukkan susu sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 
  • Tutup api sebentar sebelum menggoreng batch donut seterusnya. Ini bertujuan untuk merendahkan suhu minyak. Ini kerana jika minyak terlalu panas, donut akan menjadi menggerutu.
  • Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan. 
  • Saya pipekan sedikit buttercream dan taburkan sedikit dengan kacang goreng masin.
* Jika menggunakan BM ataupun mixer, isi ikut arahan pada BM/mixer masing-masing.

5 Responses to DONUT MAYONIS

  1. Assalamualaikum..
    amboiii chah... lawanya donat...
    sedapnya..
    hari ni beli donat rm1 for 2pcs... tak gebu pun.. terlampau banyak butter ke.. hmmm entah la.. sbb saya pun failed buat donat.. ala2 yang saya buat lah donat beli hari ni.. boleh cop donat tak jadi.. nampak donat chah ni.. terus save lagi resepi donat..

  2. I have read your blog it is very helpful for me. I want to say thanks to you. I have bookmark your site for future updates. View and Download pictures, videos, stories, igtv with the help of instagram web viewer and downloader – Instagram viewer.

Leave a Reply