Bilalah agaknya ada pihak akan berusaha untuk memartabat dan mengantarabangsakan pengat pisang ni. Kesian makanan kebangsaan ni. Sedap tapi underdog. Tak apalah janji saya suka menikmatinya. Ada pelbagai cara untuk kita raikan bahagia. Ini salah satu cara saya.
Sebelum saya bergelar remaja purba sekarang, saya adalah gadis manis yang suka menambahkan kemanisan dengan benda-benda yang manis. Pengat pisang adalah kegemaran saya selamanya.
Lebih enak Pisang Bakar mengkal dipengatkan. Saya tak pasti di kawasan lain pisang tu dipanggil pisang apa. Cuma yang saya pasti Pisang Bakar ni lebih kecil berbanding Pisang Nangka tapi pendek dan tidak gemuk macam Pisang Nipah. Yang sedang-sedang saja la tu. Dan satu lagi, pisang ni baik sebelum baligh, tua ataupun dan menopause tetap evergreen gitu. Kulitnya tetap hijau.
Dah tak ada tu nak buat macam mana. Ah, kata di pasar borong mak bapak je tak ada jual, tapi saya cari bapak mentua saya dan pisang ni tak ada pun jual! Pisang Nipah, Pisang Raja, Pisang Berangan pun sedap.
Bahan-bahan:
4-5 biji pisang nipah mengkal
3 cawan santan
Satu genggam sago –rendam sebentar
2 keping gula Melaka
Gula putih secukupnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan- koyakkan dan simpul
Cara-cara:
- Belah pisang dan potong mengikut kesesuaian masing-masing.
- Jerang santan atas api sederhana, masukkan semua bahan dan kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan santan berbiji dan pecah.
- Bila santan telah mendidih dan pisang dan sago telah masak, tutup api. Jika menggunakan pisang masak, sebaiknya dikukus sedikit pisang sebelum dimasukkan ke dalam santan. Ini untuk mengelakkan pisang dimasak terlalu lama dan pisang menjadi lembek dan masam.
Mari nikmati bahagia cara saya! Meh la.
Nyummm...
tq resepi