Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Pau. Show all posts

PAU KELADI BERBENTUK TERUNG

Tamat suda cuti sekolah. Pendek dan ketot aje bila mengenangkan yang manis-manis. Tapi bila mengenangkan aduh sakit pinggang lepas tu sampai tak dan nak tempek krim malam sebab terlalu mithali melayan karenah anak-anak terasa macam panjang lah pulak kementerian pelajaran buat cuti sekolah ni. Haih.
Kawan-kawan bercuti ke mana? Seronok ya habiskan masa dan wang ringgit demi kelorga tersyinta. Makin bertambahlah koleksi fridge magnet nampaknya. Itu kalau yang suka kumpul magnet lah. Kalau yang suka kumpul lemak pula, ermm kena ingat, magnet cuma boleh tarik besi. Tapi tak booooleh tarik lemak. Muehehe.
Mak ada pening-pening sikit ni. Alah dugaan ala-ala IKS aje. Belum kategori kontraktor kelas A lagi. Urut dada, lepas tu pergi aje ke dapur. Pasti tenang semula. :)

Pening makan keladi banyak sangatpun ye juge. Abis semua resepi nak dikeladikan. Biaser!

Kali ini beliau tampil lebih segar dengan resepi pau keladi yang sungguh wangi. Dipersilakan! 




kalau malas nak menggentel ala-ala terung yang teruk tu, bulat-bulatkan aje macam biasa..
Bahan-bahan:
1 cawan keladi (rebus hingga empuk dan sukat)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh juga guna tepung gandum)
2 sudu besar gula
1 1/2 tsp yis kering/yis segera (contoh jenama mauripan)
1/2 tsp bread improver
1 tsp lemak sayuran
1 tsp bread shoftener
1-2 cubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air sejuk
2,3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu
Sedikit pewarna hijau
Inti kesukaan secukupnya (kali ini saya gunakan inti kelapa)

Cara-cara:
  • Lenyek keladi semasa masih panas-panas. Sejukkan.
  • Campurkan semua bahan kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal. * Jumlah penggunaan air mungkin boleh ditambah/dikurangkan mengikut kesesuaian memandangkan air yang terkandung di dalam keladi yang direbus juga memainkan peranan.
  • Asingkan anggaran sekepal doh untuk diletakkan pewarna hijau (bahagian daun)
  • Campurkan bahagian tadi dengan  pewarna hijau dan ketepikan.
  • Campurkan doh selebihnya dengan pewarna ungu dan perisa keladi. Uli hingga sebati dan kenyal.
  • Rehatkan doh sehingga mengembang 2 kali ganda atau anggaran 30 minit.
  • Apabila doh telah naik, tumbuk-tumbuk doh dengan perlahan untuk mengeluarkan udara di dalamnya. 
  • Ambil sedikit doh/mengikut saiz kesukaan dan leperkan. Masukkan inti dan bentukkan bulat memanjang sehingga menutup keseluruhan inti. 
  • Bengkokkan sedikit seperti buah terung. Gunakan sedikit tepung semasa menggentel jika doh agak melekat. 
  • Lapikkan dengan plastik ataupun daun pisang yang dipotong bulatan. (saya gunakan baking paper cup yang dipotong kecil)
  • Ambil sedikit  doh berwarna hijau dan bentukkan untuk tampuknya.
  • Sapu bahagian atas pau dengan sedikit air dan letakkan tampuknya perlahan-lahan. 
  • Rehatkan sebentar pau sementara menyediakan air kukusan.
  • Kukus pau kira-kira 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih untuk mengelakkan air menitis ke atas pau.
  • *Jika menggunakan mixer atau bread maker, kerahkan aje mereka buat kerja ikut arahan tertera. 

Rasanya, owh seakan-akan pau labu yang sedap itew. Dengan kehadiran perisa keladi buatkan pau ini menang tipis ke atas pau labu. Err tak sabar pulak nak berpilihanraya. :)
Jemputlah!

PAU LABU

Ceh! Naik 'berlumut' cheq tunggu Putera William & 'Catering' semalam. Baru jadi raja muda dah sombong! Kata janji ditepati. Cheq geram kat depa tu bukan seypa. Kata nak mai, tapi nak cancel call tidak apa pun dak. Sengap teruih!. Kot la nak sms kata mai lambat ka, atau esuk akan nyinggah sat ka. Ini tidak, abih  belemuih cheq ngan baju kemain lip lap serba berdiri tunggu depa. Seypa depa buat cheq lagu ni?!
Mujur ada pau sedap buat pengubat penantian satu siksaan. Terpaksa main masak-masak guna pengukus juga sebab masalah oben anak itik tokwi ni belum pulih sepenuhnya. 
Suka sangat beli labu. Nak buat macam mana, bodi neelofa dah, tapi selera tetap diva kampung jemah-jemah sekalian. Cuma 'sayur labu masak air dengan ikan bilis berenang-renang ke tepian' je Lofa tak boleh telan. Sebab lauk 'maut' asrama tu. 
Cekidaut resepi pau yang tidaklah melampau macam laki bini anak raja tu. Buat janji macam orang takde iman. Herherher. First time saya terima resepi pau yang katanya resepi Chef Li, melompat-lompat (errr hampir melompat) saya riang hati badan bertuah, punya teman yang comel dan manja sebab dapat resepi keeper tu. Tapi lama-lama bakat berjaya dicungkil bila buat pau ni tak perlu teliti macam nak potong kaki seluar encik lelaki yang sangat cerewet rupanya. Tapi idok ler semua main campak-campak je. 
Bahan-bahan:
(menghasilkan 12-14 pau bersaiz Neelofa. Jika buat saiz Aflin Shauki mungkin dapat 5 biji kot)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh gantikan dengan tepung gandum)
1 cawan labu yang telah direbus & dilenyek
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh bread improver
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar marjerin/shortening
Secubit dua garam
1/2 cawan air sejuk (anggaran)
Inti kegemaran secukupnya
Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan kecuali air dan garam ke dalam mixer bowl. Masukkan air -jangan habiskan. Ini kerana kandungan air dalam labu mempengaruhi jumlah air yang perlu dimasukkan. (Jika menggunakan BM, kaedahnya juga sama).
  • Menggunakan hook  beater pukul bahan hingga menjadi doh yang elastik.  Jika doh agak keras, bolehlah tambah sedikit lagi air.Biasanya mengambil kira-kira 30 minit untuk mendapat doh yang elastik.
  • Peramkan kira-kira 20-30 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  • Keluarkan udara dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan doh.
  • Leperkan doh dan masukkan inti. Gentelkan doh hingga menutupi inti.
  • Peram sebentar sementara menunggu air kukusan mendidih.
  • Kukus kira-kira 10-12 minit. 


PAU PULUT HITAM RAHEL

Belakang rumah saya adalah rumah tokey Pau Ahmad. Semua tahukan walaupun nama pau itu sungguh mulia tapi pemiliknya macam biasala! Cha Ya Nun Aliff. Jadi dengan berpindahnya mereka di belakang rumah saya, maka lengkaplah hidup saya dikelilingi penduduk yang guna tisu toilet untuk beristinjak walaupun bekalan air di sini tidaklah berada di tahap kritikal seperti di padang pasir. 
Tinggalkan kisah jiran saya yang suka berkaraoke dengan suara ala-ala tercekik tisu tu. Pening Cik Embun. Harus hasil penjimatan beli bawang bulan depan Cik Embun buat beli sound proof system pulak. Hiks!

Pau yang sungguh berenjut resepi dari dapur Rahel. Kenapa berenjut? Sebab keanjalan disertai dengan kelembutan yang sangat hakiki membuatkan saya menyesal buat satu adunan.  Heeee.
Saya yakin kalau 'jiran pau' saya itu ternampak saya sedang membuat sesi penggambaran pau yang sangat berahi ini, pasti dia akan minta resepi yang sangat whoaaaa! ni. Sori,Cik Embun akan enjut-enjutkan dulu bahu kalau dia paksa juga bagi resepi. Kehkehkeh. 
Bahan-bahan:
Sumber : Majalah Sedap thru Rahel
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g susu tepung
50g gula
1 biji putih telur
115ml air dari peti sejuk
20g shortening
Inti yang disukai secukupnya * saya gunakan inti kaya dan nutella
Cara-cara:
*uli dengan tangan/menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, anda hanya perlu ikut arahan BM masing-masing.
  • Campurkan semua bahan kecuali shortening. Uli hingga sebati dan masukkan shortening. Uli lagi hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Pada tahap ini doh akan menjadi licin.
  • Peram doh hingga naik dua kali ganda anggaran 30 minit.
  • Keluarkan udara dari dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan.
  • Ambil doh anggaran 30g setiap satu . Canaikan dan masukkan inti. Pastikan inti tertutup sepenuhnya. Lapik pau dengan paper cup/daun pisang atau plastik. 
  • Peram lagi hingga naik 2 kali ganda. Saya peram anggaran 15 minit sahaja.
  • Kukus kira-kira 12 minit. Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan pau.

SWEET POTATO ROSE PAU


Beberapa bulan lalu bila saya tengok rupa pau ini di blog pemenang Blogger Masterchef, Wendy , dalam hati saya kata memang kreatif dan rajin sungguh untuk menggentel pau hingga jadi cun begitu. Tapi berhenti di situ dan dibawa angin lalu sajalah. Bila membuat pau saya tetap buat dalam versi boolat-boolat.



Tapi bila beberapa minggu hangat ni, ramai blogger yang mengeroskan pau ini, saya teringinlah pula untuk mencuba. Adunannya lebih kurang adunan pau biasa, cuma ambil masa sedikitlah untuk menggentel kelopak ros ini. Tak apalah. Nak membeli jiwa semua orang dalam rumah punya pasal.




Cara membuat kelopak saya tak ikut cara Wendy dan Kak Ita. Saya gentel macam saya menggentel bunga ros dari gumpaste. Pada permulaannya saya cuba juga guna cara Wendy, tapi terkial-kial dan hampir kecundang. Saya buat separuh saja dari adunan di bawah.


Bahan-bahan:
Sumber : Wendy

500g tepung gandum (saya gantikan dengan tepung pau)
250g keledek purple (direbus dan dilenyek)
100g gula
200g air
1/2 sudu teh yis
50g shortening/butter
1/2 sudu teh baking powder (saya gantikan dengan bread improver)
sedikit garam
1 sudu kecil ovellet (saya tambah)
Sedikit pewarna pink (saya tambah)
Inti kegemaran secukupnya




Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  • Jika menggunakan bread  maker, campurkan semua bahan dan setkan doh. Kemudian keluarkan untuk dibentukkan seperti bunga ros.
  • Gentelkan inti kacang merah sebesar duit 20 sen. Ketepikan
  • Ambil sedikit adunan tepung pau dan bungkus inti hingga tertutup semua. Bentukkan memanjang seperti kudup bunga. Dudukkan kudup dan tabur sedikit tepung di bawahnya  untuk mengelakkannya melekat.
  • Ambil aduan tepung anggaran sebesar duit 20 sen dan canaikan sederhana nipis. Tampal pada kudup tadi dan bentukkan seperti kelopak ros. Buat sekeping demi sekeping hingga mendapat bentuk bunga yang diingini.
  • Letakkan dalam paper cup ataupun lapik dengan kertas/daun pisang.
  • Peram kira-kira 40 minit hingga pau naik.
  • Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga pau masak.
Untuk cara membentuk bunga ros seperti yang asal, sila rujuk Blog Wendy dan Blog Kak Ita.