Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KARIPAP ADUH!

Aduh! Terus terasa nak berhenti jadi datin lah macam ni. Bila kena singsing lengan gentel karipap memang datin kurang sanggup. Tercemar imeh sememeh. Datin bukan apa,  bila kelim karipap jadi ala-ala tepi kelambu kena pintal. Bukak-bukak penuh pepijat. Ha gitulah buruknya rupa karipap hasil tangan penuh gelang ni. 

Saya dah hantar berpuluh-puluh petisyen untuk merayu kepada Sang Arjuna agar lupakan sajalah karipap, banyak lagi pilihan yang lain. 
"Abang tak mampu yang..., maafkan abang sebab abang tetap akan ingat karipap, dan lupakan yang lain" Pffttt!

Saya memang kagum tahap vavavava pada mereka itew yang menghasilkan karipap yang sangat cantik dan kemas. Mungkin sebab tangan kaldai kidal saya ni menjadikan ia begitu hampes ek? * salah tangan jugok!
Tak apalah. Sang Arjuna ngap terus karipap tu buat sarapan dalam kereta. Dalam keheningan pagi dia takkan perasaan kot kipap-kipap tu kopak kepek. Huuuu

Bahan-bahan doh:
1/2 kg tepung gandum
5 sudu besar marjerin/butter
2-3 sudu minyak masak
Garam
1 cawan air (anggaran)

Cara-cara:
  • Bancuh tepung dengan marjerin dan minyak. Sukatan antara minyak dan marjerin  kena saling kurang-mengurangi dan seimbang. Jika terlebih bahan lelemak, karipap akan terlalu gebu dan rapuh begitu juga sebaliknya. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit. Tak perlu habiskan jika sudah mendapat doh yang kenyal dan lembut serta tidak melekat pada tangan. 
  • Uli hingga doh menjadi betul-betul licin.
  • Boleh juga menggunakan mixer ataupun bread maker untuk memudahkan kerja.
  • Penggunaan minyak masak yang dipanaskan terlebih dahulu juga memainkan peranan yang signifikan juga. Jika terlalu banyak minyak panas yang dimasukkan, adunan tepung akan 'masak' dan menyukarkan kerja-kerja mencanai. Ini kerana doh akan mengecut bila dicanai. * Erk! teori semua tahu, tapi bila membuatnya....
Bahan-bahan inti:
3 biji ubi kentang sederhana besar -dipotong dadu
2 bahagian dada ayam
1 labu bawang besar-dipotong dadu
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
Garam
Gula nisan
Daun sup (tapi kali ni saya tak letak)
Minyak

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga tubik minyak.
  • Masukkan ayam, kentang dan air. Masak hingga empuk. Masukkan garam gula dan bawang besar. 
  • Masakkan hingga bawang layu. Tambah air jika perlu. Seimbangkan rasanya biar sedap-sedap. * Bukan apa, kelim kipap dahlah bughuk, tapi sekurang-kurangnya biarlah intinya tetap menjadi pojaan Malaya.
Teringin nak rasa karipap Tun yang glamer seantero Malaya tu! :)


12 Responses to KARIPAP ADUH!

  1. lawo dah tu chah.. ehh datin chah.. montoks jer karipap org ada gelang sarat kat lengan ni ya... nak kena cari gelang banyak2 gak la.. ehh gelang mekah yg kaler itam yg cam coil tu aci tak? hehehe

    ooo lefthanded ya.. tak jd pemain gitar ke? boleh join band lefthanded :)

  2. Assalamualaikum Chah,

    waduh karipap tu buat kak Nur terkedek2 dtg kesini....tengok karipap tu lagi buat kak Nur jeles gitu...aduhai perut pun tengah lapar ni...cantik karipap Chah tu...mmg berselera gitu!!

  3. Kemain lagik datin chah mengelim karipap demi sang arjuna yea...mesti gosok perut dah sang arjuna menunggu datinnya memposingkn karipap tu..ekeke.. tp tgn kidal x boleh dpersalahkan woo...yg x kidal ni pun keras tgn nak ngelim karipap cantik2..dtmbh rasa malas yg terlampau agaknya.kakaka

  4. Kikiki.. Ayat sang arjuna tu xde dabel mining kan kan.. Akakaa.. Terlebih imaginasi makjemah kejap.

    Ala setakat kelim karipap apa lah sangt, jaga status anda dengan guna acuan karipap. Beli yg acuan berombak2 rindu tu. Pehhh up status. Akaka

  5. Kita suka tengok gambar-gambar Chah, cantik..! Ada keaslian, ada imej sendiri..tak nampak stereotype bak kata Ogy Ahmad Daud, kelas!! i adore you Chah. Keep it up babe.

  6. Chekgu...chekgu..anak murid dah try resepi karipap ni memang menjadi..cuma apa kate chekgu bagi demo untuk mengelim karipap pulak..rasa nak setarap ngan chekgu tak nak dah pakai acu-acuan..bole ek chekgu..besar..

Leave a Reply