Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Ayam. Show all posts

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH BERIANI

Siyes mak ngaku dalam hidup saya jarang sangat masak nasi mewah-mewah di mana warnanya bukan warna asas yakni putih. Sama ada kuning di raja, atau apa-apa colorlah yang ada dalam color chart dot com tu.

Tetiba ada angin dari bukit sebelah bertiup laju ke arah saya lantas menerbangkan saya ke dapur. Zas zus zis saya  masak nasi beriani. Boleh bah kalao kao!

Selepas kejadian itu,  entah bilalah pulek rempah tu akan digunakan. Jadi saya memerah otak sekepal ni apalah nak buat dengan rempah ada bran ni. Campak aje dalam ayam masak kicap yang tak perlu perah otak kering-kering untuk memasaknya. Jadilah versi ayam kicap yang boleh masuk tiwi; sebab lagi panjang nama lagi wow kunun-kununnya dan editor majalah 'terasa ke dik?' senang nak buat kerja bila part kena cari blog untuk di review. Heh heh heh.
Apa lagi, tak perlu berselindung di balik kerudung lah, meh jamah ayam kicap kegemaran kelorga ni. Memang bukanlah hidangan utama di meja pengantin. Tapi  wahai perantin weh, berbelanja sakan  untuk urusan 'perkahwinan abad ini' akan menjadikan anda papa dan mama. Tapi nak jadi papa kedanapun senang juga.  Uppps, terberletiaq pulak, tak sengaja!
Bahan-bahan:
4 ketul ayam (lumur dengan sedikit garam dan kunyit)
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 batang serai - dititik
1 sudu besar rempah beriani
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit sos cili
1 biji tomato
Cara-cara:
  • Gorengkan ayam dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan anggara 4-5 sudu sahaja.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan tumbuk tadi menggunakan minyak menggoreng ayam tadi.
  • Masukkan cili kisar dan serai.
  • Masukkan rempah beriani yang telah dicampur dengan sedikit air.
  • Masak hingga naik minyak. Masukkan kicap dan sos. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  • Masukkan ayam dan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.

ROTI JALA & KARI AYAM

Wah cuti sekolah sudah bermula. Saya suka. Balik dari kampung malam tadi dengan lengan yang masih terasa sakit-sakit sebab biasalah buat-buat rajin di rumah mentues. 


Roti jala dengan kari ayam untuk anak dara balik dari asrama. Itu baru balik dari KB, kalau balik dari obersi berapa jenis pulak saya masak. Heeee
Pertama kali saya  kena menjala setiap hari bila di bulan Ramadhan 3 tahun lepas. Agaknya bau masa menumis kari tu menarik perhatian Nuhaa yang oh no memang terkenal seantero keluarga kerana masalah 'peribadi' dia yang memerangi makanan secara terang-terangan. Hukhuk.

Bila dia dah pandai makan roti jala, saya memang syahdu bila  kena time menjala. Adakah uban di rambut saya turut mempengaruhi hati yang perasan-perasan masih rumaja? 
Dua cawan saya buat, tinggal dua ketoi.  Semua Nuhaa ngap. Urut dada saya tengok. Hehehe. Terpaksa saya bancuh lagi untuk habuan Sang Arjuna. Takut nanti elemen pilih kasih timbul tanpa disedari dan buatnya Sang Arjuna bungkus tikar bantal lari ke rumah Seri Kenangan, saya juga yang jadi intanku kesepian. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning/serbuk kunyit
Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan kacau sebati. 
  • Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
  • Oles non stick pan dengan sedikit minyak. Gunakan acuan roti jala ataupun botol acuan untuk roti jala yang boleh dibeli di kedai-kedai Daiso. * Promote free.
  • Masak dengan api perlahan sehingga permukaan roti jala kering.
  • Angkat dan gulung perlahan-lahan. Ulang hingga selesai.
Bahan-bahan (kari ayam):
1/2 ekor ayam
2 1/2 cawan santan
2-3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
1-2 keping asam gelugur
1-2 biji ubi kentang
Garam secukupnya
Secubit dua garam
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan naik minyak.
  • Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana hingga turun air ayam.
  • Masukkan santan dan asam gelugur. Masukkan kentang.
  • Masak hingga agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam.

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM SOUP

Sila pejam mata dulu, tarik nafas. Kalau ada yang tengah tersedu-sedu tu, telan air liur pelan-pelan. Atau telinga tetiba rasa 'bengang-bengang pilu' macam dalam  eroplen masa nak  take off tu, telan lagi air liur.  Kena banyak-banyak pektis menelan. Sebab acara seterusnya anda memang akan banyak menelan lendir leliur tu ye.

Heeee. Sebenarnya memang saya teruje tahap nak nyanyi lagu 'mari menyusun bunga seroje a ahh ahh ahhh' (picing ke laut sikit) bila menu ini di 'astro first' kan oleh GMM. Sebab ini memang menu kegemaran ahli kelorga.
Kalau tak melahap di 'pondok pizza', saya dengan gemalai menyapu roti dengan garlic spread yang dibeli je. Pastu panaskan dalam oven kejap. Sambil tu panaskan mushroom yang super segera tu. Akhirnya semua tidak kelihatan lagi di dunia fana ini. Baik roti mahupun mushroom soup. 


Kini tidak lagi! Semuanya di hujung jari mungil. Nak 'marah' sapa? Sapa lagi kalau bukan kasnut (kaswi + donut) lover mantan mapin lover tu. Oh..well!
Memang keeper la Jemah oi. 
Dan sedu-sedan itu bertukar menjadi sendawa....;)* Sila letak tangan kat bahu sambil mata ke atas, lepas tu jelir lidah sikit hoqqay? 
Bahan-bahan (Basic Bread)
Sumber: Chef Michael dari ICCA
500g tepung high protein
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex
90g gula castor 
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk
Cara-cara (menggunakan mixer atau uli dengan tangan):
  • Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam mixer kecuali butter.  Gunakan hook beater. Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut.
  • Pukul hingga doh telah sebati. Masukkan butter.
  • Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
  • Rehatkan doh  sehingga mengembang dua kali ganda.
  • setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
  • Bentukkan doh mengikut saiz yang disukai. 
  • Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
  • Sapukan dengan garlic spread ke atas bun.
  • Rehatkan doh hingga mengembang sekali lagi.  Tambah garlic spread jika perlu. Tapi pastikan disapu perlahan-lahan agar tidak doh tidak menjadi mampat.
  • Bakar pada suhu 150-160 deg C ira-kira 10-12 minit.  Wuhh!

Sumber: Izah,  Mamafami, Tun Telani dan Chekgu Hana 
Bahan-bahan (Garlic spread):
3 ulas bawang putih
50g butter (salted) * saya letak lebih
2-3 pokok Daun ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur. Potong daun ketumbar halus-halus.
  • Gaulkan bersama butter dan serbuk lada hitam. 
  • Sedia untuk disapu pada bun.
Bahan-bahan (Mushroom Soup): 
* saya adjust mengikut kesesuaian. Untuk sukatan dalam resepi asal, sila rujuk link yang diberi di atas.
1.5 liter susu (saya bancuh 7 sudu besar susu tepung dengan air)
2 keping dada ayam
1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
1 1/2 kiub ayam (brand knorr)
1/2 tin cendawan butang (anggaran 7-8 kuntum)
Garam-jika applicable
Serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Kisar ayam kasar-kasar. Masak dengan susu dengan api yang kecil. Masukkan kiub ayam dan cendawan.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masak hingga mendidih dan pekat. Seimbangkan rasanya.

KEBAB JALAN TAR

Semasa di awal-awal pembabitan dalam dunia retis masakan ni, terasa diri ini terlalu Senoi habis. Yang membuatkan semakin bergemerlapan tahap kesenoian saya tu bila banyak betul bahan-bahan masakan yang saya tak pernah tengok rasa, lihat, hidu, atau sentuh. 

Contohnya sekoteng. Mak peghak dik! 

Sebenarnya sampai ke hari ini masih tak berganjak peghak tu. Kuakuakua.
Hilang punca weh nak beli kat mana. Masa banyak siaran langsung kuih talam sekoteng dua koteng yang dibawakan oleh rakan-rakan retis lain, mak lari naik atas loteng sebab kemurungan yang melampau. Feras tak tertanggung. Kikiki.


Tidak ada kena mengena dengan talam sekotengpun ni. Cuma nafsu serakah yang tak pernah bisa ditidurkan. Asyik nak mengonyel je. Nak buat macam mana, jenis dagu otometik. Kena berayun-ayun sentiasa.
Sesiapa yang suka merayap kat Jalan TAR mesti tau ada satu brader jual kebab kat sudut tepi bus stop dekat-dekat SSF tu. Apa  beza  kebab brader tu dengan yang dijual di pasar malam? Dia letak daun ketumbar. Bahan lain sama, kobis banyak daging sikit tu stended. Tapi penangan kebab dia sampaikan kakak-kakak Bank Negara dan nona-nona CIMB kemain sabar menanti. Dan berbondong-bondong sorang-sorang memborong.


Kebab dia laris sebab dia tak semayang jumaat kot. Haip! 


Mungkin dia musafir agaknya. Ataupun belum baligh. *gila suci hati perempuan ni, tiada  mala fide langsung!


Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 keping


2 keping roti pita bijan (potong dua)
2 ketul dada ayam
1 sudu teh paprika
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada sulah
Garam
1 biji tomato
2 pokok daun ketumbar
1/3 batang carrot (sagat halus)
Kobis (jika suka - saya tak letak)
Mayonis
Sos cili


Cara-cara:

  • Lumur ayam dengan serbuk paprika, serbuk ketumbar, jintan manis dan lada sulah. Masukkan garam secukupnya. Panggang atau bakar hingga masak.
  • Potong ayam kecil-kecil. Ketepikan. Potong tomato dan daun ketumbar. Gaulkan sayur-sayuran bersama ayam. Masukkan juga carrot yang telah disagat tadi.
  • Masukkan mayonis dan sos cili.
  • Bakar roti pita (tanpa minyak) sebentar di atas pan. Masukkan inti sebanyak mungkin. Lepas tu bolehlah dimasukkan kebab ke dalam mulut sebanyak mungkin juga. Heeee

AYAM PANGGANG ROSEMARY



Episod Akhir: Makcik Pengumpat Profesional

Makcik taknak dahlah mengumpat orang dalam tren. Tapi sebelum makcik tutup tirai episod ni, ada satu je yang makcik nak khabarkan apa yang makcik nampak dalam tren tu. (pelis, satu je lagi!) 

Bila Sang Arjuna mintak makcik sediakan kelengkapan untuk dia berjogging lepas habis kerja, makcik tau sebabnya  dia dah mula ambik kisah pasal perut dia yang makin 'membengkak' tu. Dan juga sebab bila ada beberapa helai seluar dia yang terpaksa dilipat rapi-rapi dan disimpan kat cold storage. Huk huk. 

Tapi makcik tetap makcik. Menten makan sampai muntah dan kadang-kala makanan boleh terkeluar dari hidung. Gila dinasour dia ni!

Tapi bila teringatkan kisah seorang remaja yang bersaiz 'guni baja' dalam kategori bantam weight yang bersusah payah nak bangun dari kerusi masa nak turun dari tren KTM tu. Makcik insaf  jadinya nok! 

Bayangkan dagunya saja  sebesar pau kacang merah kat R&R Tanjung Malim, jadi mukanya sebesar mana? Lengan dia ala-ala gedabak macam peha makcik, jadi peha dia? Daku terdiam kaku bila melihatkan kesukaran dia untuk bangun dan berjalan. :(

Ini tidak ada kena mengena dengan penghinaan atau saya sedang melemparkan kata nista kepada orang gemuk atau orang kurus. Ini adalah isu penganiayaan pada diri sendiri yang dihambakan dengan makan dan makan dan makan (tetiba!).

Jadi sementara  keinsafan yang datang tetiba tadi tu, makcik undur diri dululah. Sebelum tu ni Makcik ada masak lauk yang konon-kononnya sihatlah sikit kalau nak dibandingkan dengan kari mari  atau apa-apa yang berlemak tu. Ayam panggang cenggini memang bestest. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Versi bodo-bodo saya panggang ayam ada kat sini


Tapi esok Makcik datang balik dengan creamy caramel chocolate macadamia cheese cake berwalnut ye!.Hihihihi.

Bahan-bahan:
Sumber asal :Kak Nor Secubit Garam, Ibundo dan Wana
* saya olah jumlah sukatan bahan mengikut jumlah ayam yang digunakan

2 bahagian paha ayam
2-3 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil jintan kasar 
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar dried rosemary
2 sudu kecil honey (saya tambah)
Secubit  dua garam
2 sudu kecil serbuk paprika (saya tambah)
Perahan lemon
Butter
Kentang dan carrot (saya tak letak)
Minyak zaitun


Cara-cara saya:
*cara asal sila rujuk pada link yang diberikan.

  • Tumbuk halia, bawang putih dan jintan hingga lumat.  
  • Lumurkan pada ayam. Lumurkan bahan-bahan lain juga dan perap kira-kira 3 jam
  • Letakkan dulang pembakar dengan butter dan susun ayam. Percikkan dengan minyak zaitun dan bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 5 minit pertama dan turunkan suhu kepada 150 darjah C. Bakar kira-kira 35-40 minit.
  • Semasa proses memanggang ini, jiruskan semula air ayam yang keluar ke atas ayam.
  • Hidangkan dengan salad kegemaran.


CHICKEN TORTILLA



Lapar la. Tapi jangan harap hari ni saya masak beria-ia sampai tus peluh  melimpah membasahi bumi  ya. Atau bahasa emak saya bomi. 

Sebenarnya mood tengah  terkujat lagi akibat peristiwa semalam. Nyaris-nyaris saya kena dail 911 dan nenoneno kereta bomba pun datang. Fire! Fire! Puncanya saya goreng keropok, lepas tu minyak-minyak yang menitis terkeluar dari kuali masa nak angkat keropok tu menyambar. Mula-mula terbakar pemegang kuali.Tak semena-mena  minyak pulak disambar api. Cepat betul berlaku. Terus menjulang api dan hangus sutir kuali cap Pasar Payang saya. :(

Nenoneno saya dalam rumah. Panik dalam 2-3 minit.  Dalam hati " jangan siram air, jangan siram air" Memang saya tau sangat akibatnya kalau siram dengan air. Sah-sah dengan lobang hidung saya ke mana, apa ke mana.


Alhamdulillah teringat fire extinguisher dalam kabinet dekat dengan dapur tu. Seram sejuk masa nak mula gunakan. Barulah terhegeh-hegeh nak baca arahan. Huuuu.

Tau la kan apa yang jadi lepas kita sembur menda alah tu. Memang asap hitam legam penuh rumah. Masa tulah semua uban-uban sayapun terus bertukar jadi hitam. Muda 12 tahun jadinya. Hiks.


Sebelah goreng keropok tu tengah rebus tulang nak buat sup. Sup ke mana, apa ke  manalah. Tulang-temulang tupun dah selamat dituang ke Tong Tok Tang.

Syukur Ya Allah. Sebab cuma bagi saya panik di tahap 2. Gigil di tahap 1 dan bukannya di tahap maksimum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Bahan-bahan:

2 keping tortilla wrap
1 keping dada ayam
1 biji tomato - potong kecil
3-4 kelopak romaine lettuce
Garam 
Serbuk lada sulah
olive oil
salad dressing secukupnya

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan lada sulah. Percikkan dengan olive oil dan panggang hingga masak. 
  • Potong kecil ayam dan campur dengan tomato dan romaine lettuce. 
  • Gaulkan salad dressing kesukaan dan bungkus inti dengan tortilla wrap.
Syukur, alhamdulillah!


PULUT KUNING & RENDANG AYAM


Bila buat pulut kuning mesti ada acara yang dikaitkan dengan kesyukuran. Macam bubur merah juga.  Tapi Makngah Ainul rasa ada sedikit kekeliruan di situ. Sebab mana datang merahnya tu kan? Mungkin pencipta resepi itu buta warna? Ataupun masa buat bubur tu dalam kesamaran pelita minyak tanah, so yang cekelat boleh nampak macam merah? Kekekeke. Memang menempah naas betul lah ko nih!


Dulu-dulu emak buat pulut kuning lepas tu hantar kat tempat mengaji untuk makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bersyukur tu sebab anak dia 'naik Quran besar' so tuduhan bahawa anak gadisnya itu bebal boleh ditolak mentah-mentah. Hihi.


Lepas tu bila dah sampai kat tengah-tengah Al Quran, juzuk 15 kat ayat Wal ya Talatthof  tu. *Sila rujuk bacaan dalam Quran untuk tajwid yang tepat sebab bila ditulis dalam bahasa 1Malaysia, bunyinya akan lari sikit. Mode: Insaf


Kali ini saya memulut bukan untuk acara kesyukuran saya. Diminta kawan Hajah Datin untuk acara pejabatnya. *Pejabatmu pejabatku jua. Untuk meraikan sesuatu juga. Khabarnya yang ke 61. Tentu banyak pengalamannya. Berapa kalilah agaknya dia menyuap bubur merah ke tekaknya? Operasi buang batu karang? Mungkin rawatan muka secara stim dengan pakej urutan badan? Sudah! Sudah!

Jemput makan pulut yang syahdu ini. Rendang ayam juga syahdu. Kira yang syahdu-syahdu belaka lah. Semua Ainul punya pasal.Muahahahaha


Mak Ngah tengah syahdu lagi ni, resepi pulut kat sini atau sinipun ada. Nak merendang,  godek aje kat sini. Syahdu! Syahdu!


NASI AYAM & AYAM GORENG BEREMPAH



Jarang ada tetamu yang berkunjung pada pertengahan minggu. Tapi tetamu yang ini lain, saya yang paksa dia berkunjung. Desperado sangat sebab tak ada geng untuk layan berborak. Kalau berborak dengan anak-anak, endingnya dah tau macam mana. Ariff! letak gelas dalam sink, Nabiha jangan sepah!, Nuhaa kutip baju atas lantai tu! Mama the monster!



Tapi itulah, kuasa untuk menghasilkan suara yang tinggi dan nyaring, lengkap dengan note soprano dan vibrato segala bagai bukan senang nak dihasilkan. Emak-emak je yang boleh buat. Itu belum masuk teknik-teknik mumbling ngan whistling lagi tu. Ai, macam baru balik dari kelas Syafinaz pulak  aih!

Bila buat nasi ayam, saya prefer gabungan nasi dengan ayam goreng berempah. Macam sejoli je. Kali ini buat ringkas-ringkas saja, bahan-bahanpun limited. Kalau bahan-bahan tak limitedpun, saya memang masak ringkas-ringkas juga. Bukan apa, kalau masak hebat-hebat sangat nanti, siapa yang makin mekar meranum? saya jugak. :)



Lagi satu bila buat nasi ayam ni, terus tak perlu fikir gabungan lauk apa yang kena dan sesuai. Kalau masak nasi putih, naka kena pastikan, kuah kari sesuai dengan sayur apa, ikan sambal ngan dengan sayur macam mana. Ecetera, ecetera.  Sakit kepala akak tau tak, so bila buat nasi ayam, selesai masalah.



Bahan-bahan nasi:

4 cawan beras ( 1 cawan beras wangi dan 3 cawan beras basmathi)
Air rebusan ayam secukupnya
2-3 sudu butter (kali ini nasi saya macam kurang warna, selepas ini saya akan tambah marjerin untuk warna yang lebih menyerlah)
1/2 kiub pati ayam Maggi
1-2 helai daun pandan
Garam dan secubit gula
1-2 inci halia (hiris nipis)

Cara-cara:
Basuh beras hingga bersih. Toskan. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga baunya menyelubungi sekalian alam. 





Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah:

1 ekor  ayam
2 1/2 sudu  teh ketumbar*
2 1/2 sudu teh jintan manis*
2 1/2 sudu teh jintan putih*
8 batang serai*
Sedikit kunyit hidup*
1 labu bawang besar *
3-4 inci halia*
5 ulas bawang putih*
Garam
Minyak

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan bertanda *, masukkan garam. 
  • Perapkan pada ayam kira-kira satu jam. Goreng dengan api yang perlahan. *untuk menghasilkan habuk gorengan ayam yang berjurai-jurai, jangan potong serai terlalu halus. Untuk satu-satu batang serai tu, cuma potong dua atau tiga bahagian saja, Jadi bila dikisar, ia akan jadi bertali-tali yang lebih panjang.


Bahan-bahan sos cili:
*3 biji cili besar
*1 biji tomato
*1 ulas bawang putih
3-4 sudu cili kisar
air asam jawa
Garam dan gula
2-3 sudu apple cider vinegar

Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Campurkan dengan cili kisar dan masak dengan api perlahan. 
  • Masukkan air asam jawa, apple cider vinegar. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat.

RENDANG AYAM MENANTI




Selain sambal tumis standard geng kamcing untuk nasi lemak, saya juga merendang semalam. Serampang dua mata. Boleh makan dengan nasi lemak dan juga ketupat palas. Hidangan menunggu kepulangan Sang Arjuna, ihhh!



Rendang saya memang tak boleh tanding rendang Cikgu Azimah, rendang dia memang sudah berada di kelasnya yang tersendiri. So bila masak rendang saya memang akan rujuk dia. Bila musim perayaanpun, kami adik beradik yang lain SIBUK dengan  tugas masing-masing (walaupun kenyataan ini kurang tepat, hurmm), dan kerja-kerja merendam  merendang akan diserahkan sepenuhnya pada dia. 


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Santan pekat (anggaran 6 cawan - daripada 2 biji kelapa)
*5-6  ulas bawang merah 
*1 labu bawang besar 
*3-4 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2-3 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh jintan putih
*1 sudu teh ketumbar
*Cili padi
*3-4 batang serai
*4-5 tangkai daun limau purut
2 keping gula nisan
Kerisik (daripada 1/2 biji kelapa)
Sedikit sos cili, sos tomato dan sos tiram
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
2-3 keping asam
Garam secukupnya
Minyak



Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Tumiskan hingga naik bau. 
  • Masukkan ayam dan masak hingga turun air ayam. 
  • Masukkan santan, gula nisan dan asam keping. 
  • Jika kuah masih belum pekat dan ayam kelihatan sudah masak, keluarkan ayam dan masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 
  • Bancuhkan kerisik dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. Masukkan juga sos. 
  • Masukkan daun kunyit. Seimbangkan rasa masam masin manisnya. 


AYAM PANGGANG KISAH DONGENG


Ada sebuah kisah dongeng. Dah la dongeng palsu pulak tu. Watak utamanya saya.  Dalam kisah tu  saya sedang berkira-kira untuk menyingkirkan  separuh dari lelemak dalam badan yang saya tidak hargai langsung.  
Terus saya masuk program realiti. Main masak-masak makanan sihat ini. Masak untuk dinner.  Harapan setinggi kedai Cina depan tu. Setingkat je pun.  Konon-konon saya ikut menu  Nisaa yang super duper telah berjaya mendapat bentuk badan seperti Amber Chia.  Lepas makan ayam ni semalam, memang ada perubahan. Saiz bulu roma sudah mengecil dari saiz asal. Juga saiz bulu mata. Wohooo!!
Padahal untuk lunch dah sebijik setengah GCB Double saya balun. Ape Cer?.  


Bahan-bahan:
1 bahagian peha ayam (belah 4)
Lada hitam –tumbuk kasar
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1-2 inci halia – tumbuk kasar
Paprika
Dried rosemary
1 batang celery
1 biji tomato
½ batang carrot
Perahan lemon
Minyak zaitun
Sedikit garam
Cara-cara:
  • Gaulkan ayam dengan halia, bawang putih, garam dan lada hitam.
  • Taburkan serbuk paprika dan rosemary. Masukkan celery, carrot dan tomato.  
  • Perahkan lemon. Percikkan minyak zaitun dan panggang kira-kira 1 jam pada suhu 170 darjah C.
Hidangkan dengan sos  dan salad kegemaran. Ini  sangat sedap wok. Itu bukan dongeng!