Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Labu. Show all posts

PUMPKIN CRÈME BRULEE WITH PASSION FRUITS


2 weekend  berturut-turut kami sekeluarga menghadapi cuti hujung minggu tanpa si Bapa  Kacak aka Sang Arjuna Kacak Giler. Sedih tak intro?

Baik tak ada kena mengena walau secebis. 

Dan ye betul, saya masih mengekalkan momentum dengan labu labinya. Dari muka surat pertama blog ni sampailah ke muka surat 141, semuanya menu berasaskan pertanian adalah perniagaan. Nak cari resepi jalapeno poppers grilled cheese with cipotle caramelized spinach pesto and sweet tapioca sila selak muka surat 142 ke atas okeh! :P
Haha gilos panjang nama resepi-resepi mat salleh ni kan? Agaknya kalaulah kari kepala ikan di English Edukesyen kan, lepas tu masuk dalam food network ke AFC ke, namanya mungkin akan jadi ini. Tamban Fish Head Curry with lady's finger & vietnamese herbs and chopped onion with garlic together with coconut milk and 'piece' asam (heheh asam keping). Muekeke.

Maaf, Kak Ummi mesti 'marah' saya merapu merapi kan? Pis Kak Hajjah!

Berjaman dah tak main sembur-sembur api. Sebelum saya sembur kaki Nabiha dengan api ni sebab malas mengaji dan banyak hal  sungguhla kalau suruh buat homework baik saya lupakan niat jahat saya untuk mendera budak ebab perut 3 lapis macam mak dia tu. Eh Mak sedara dia tu.
Banyak resepi yang dahsyat-dahsyat untuk creme brulee versi ada labu ni. Tapi saya masih gunakan resepi dari SINI sebagai asas untuk membuat creme brulee ni. 

Bahan-bahan:
200ml susu penuh krim
100ml whipping cream
1/4 cawan gula
2-3 titis esen vanilla
1/2 cawan labu (rebus, lenyek dan baru disukat)
2 biji kuning telur
Gula putih/gula perang -untuk ditabur di atas creme brulee nanti
2 biji buah markisa 

Cara-cara:
  • Masak susu dan whipping cream hingga mendidih kecil. Ketepikan dan biarkan suam sebentar.
  • Pukul telur dan gula perlahan-lahan untuk sebatikannya sahaja. Masukkan esen vanilla. Pastikan tidak berbuih.
  • Tapiskan. Masukkan labu yang telah dilecek terlebih dahulu. Kacau rata.
  • Tuang ke dalam remekin/bekas yang sesuai.
  • Letakkan remekin dalam dulang pembakar. Masukkan dulang ke dalam oven dan tuang air panas.
  • Bakar kira-kira 20 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Untuk menghidang, taburkan gula ke atas creme brulee tadi dan semburkan dengan blow torch sehingga gula menjadi caramel/mencair.
  • Kaedah lain : masukkan creme brulee ke dalam oven dan bakar sebentar menggunakan api atas sahaja untuk mencairkan gula.
  • Hidangkan dengan buah markisa (passion fruit). Owh, rasa masam manis buah ni boleh seimbangkan rasa lemak manis creme brulee ni.

PAU LABU

Ceh! Naik 'berlumut' cheq tunggu Putera William & 'Catering' semalam. Baru jadi raja muda dah sombong! Kata janji ditepati. Cheq geram kat depa tu bukan seypa. Kata nak mai, tapi nak cancel call tidak apa pun dak. Sengap teruih!. Kot la nak sms kata mai lambat ka, atau esuk akan nyinggah sat ka. Ini tidak, abih  belemuih cheq ngan baju kemain lip lap serba berdiri tunggu depa. Seypa depa buat cheq lagu ni?!
Mujur ada pau sedap buat pengubat penantian satu siksaan. Terpaksa main masak-masak guna pengukus juga sebab masalah oben anak itik tokwi ni belum pulih sepenuhnya. 
Suka sangat beli labu. Nak buat macam mana, bodi neelofa dah, tapi selera tetap diva kampung jemah-jemah sekalian. Cuma 'sayur labu masak air dengan ikan bilis berenang-renang ke tepian' je Lofa tak boleh telan. Sebab lauk 'maut' asrama tu. 
Cekidaut resepi pau yang tidaklah melampau macam laki bini anak raja tu. Buat janji macam orang takde iman. Herherher. First time saya terima resepi pau yang katanya resepi Chef Li, melompat-lompat (errr hampir melompat) saya riang hati badan bertuah, punya teman yang comel dan manja sebab dapat resepi keeper tu. Tapi lama-lama bakat berjaya dicungkil bila buat pau ni tak perlu teliti macam nak potong kaki seluar encik lelaki yang sangat cerewet rupanya. Tapi idok ler semua main campak-campak je. 
Bahan-bahan:
(menghasilkan 12-14 pau bersaiz Neelofa. Jika buat saiz Aflin Shauki mungkin dapat 5 biji kot)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh gantikan dengan tepung gandum)
1 cawan labu yang telah direbus & dilenyek
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh bread improver
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar marjerin/shortening
Secubit dua garam
1/2 cawan air sejuk (anggaran)
Inti kegemaran secukupnya
Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan kecuali air dan garam ke dalam mixer bowl. Masukkan air -jangan habiskan. Ini kerana kandungan air dalam labu mempengaruhi jumlah air yang perlu dimasukkan. (Jika menggunakan BM, kaedahnya juga sama).
  • Menggunakan hook  beater pukul bahan hingga menjadi doh yang elastik.  Jika doh agak keras, bolehlah tambah sedikit lagi air.Biasanya mengambil kira-kira 30 minit untuk mendapat doh yang elastik.
  • Peramkan kira-kira 20-30 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  • Keluarkan udara dalam doh dengan menumbuk-numbuk perlahan doh.
  • Leperkan doh dan masukkan inti. Gentelkan doh hingga menutupi inti.
  • Peram sebentar sementara menunggu air kukusan mendidih.
  • Kukus kira-kira 10-12 minit. 


PENGAT LABU

Ni ha satu lagi. Kes nak beli jiwa Sang Arjuna saya la ni. Maklumlah bulan ni bulan burppday dia. Tahun terakhir sebelum melangkah ke peringkat 4 series. Ingat senang ke nak sampai ke umur macho macam tu? 



Antara pengat kegemaran dia. Mak mertua sayalah bagitau. Nampaknya saya kena ada satu buku log yang dibuat khas untuk merekod sebarang makanan kegilaan dia. Mana yang dah dibuat dan mana yang masih dalam perancangan pelaksanaan. 


KPI mak-mak yang hari-hari main pondok-pondok  ialah kena layankan tekak si dia. Jadi mak-mak sekalian, setiap petang sambil tunggu si pekerja contoh balik kerja, di kiri pegang rotan di kanan pegang pengat. So takkan bila dia nampak pengat yang gorgeous ni dia sanggup nak rotan kan? Agak-agak dia nak angkat rotan, suap pengat. Apa susah!


*Ala, kalau rotanpun takkan terasa sakit punya. Sebab ada lelemak yang bertindak sebagai agen penebat yang baik  dan boleh melindungi isi yang pejal itew!




Mari berganding bahu untuk melebarkan lagi saiz pinggang dia. Biar perut dia membuncit sempurna. Leher tenggelam setengah hasta. Ngeh ngeh ngeh.


Bahan-bahan:


2 potong labu (anggaran 300g)
2 cawan santan pekat
1 keping gula nisan saiz sederhana
Secubit dua garam
Segenggam kecil sagoo mata ikan
1 helai daun pandan


Cara-cara:
  • Rebus labu  dengan air yang minimum. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
  • Masukkan sagoo dan daun pandan. Juga secubit dua garam.
  • Apabila labu hampir empuk, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
  • Masak hingga empuk dan sagoo telah jernih sepenuhnya. 
Bukan susahpun nak menggoda si dia! Hek hek.

    APAM LABU



    Masih lagi dalam mood warna-warna diraja. Tekak Raja Naga. Saya kongsikan resepi khas untuk sahabat  Puan Pensyarah yang kuat menjegey. Nampaknya dia terpaksa menarik balik kata-kata nesta walapun apam saya ni tak naik dan menggebu macam Muhammad. Tapi rasanya, sampai ada orang mintak bawak balik la. Huihuihui. * Dah tu apam ni berat macam dia, macam mana nak naik. Huihuihui.



    Ini apam yang paling paddu. Teksturnya berat, lembab dan lembut. Sedikit sebanyak ada persamaan dengan saya, tang lembut gemalai  tu jelah!. Bukan tang berat tu, tau! 

    Selain dari apam ni, saya suka  apam klasik tepung gandum tu. Memang agak kekampungan di situ. Maaflah bukan saya tak sudi, tapi apam-apam moden yang bertekstur gebu macam kapas dan agak kering, memang kurang mendapat tempat di jiwa. 



    Pusing-pusing cari resepi ni, tanya Biah Ubun dia suruh pergi tanya Kak Kiah Lompang. Baru je buka mulut nak tanya, Kak Kiah beri isyarat suruh mintak dari Bini Seleman Vespa. Berjuang lagi nak cari resepi ni, pergi pulekk ke Lijah Gondola, dia geleng kepala. Haishh!. Udin Bemban dengan berapi-apinya suruh usha dari Peah Keliwon. Peah angkat bahu. Dapat idea nak tanya Khaty Parmesan, barulah dapat. Fuhhh. Rupa-rupanya resepi ni banyak berterabur serata alam.Heeee


    Bahan-bahan:
    Sumber : Izah dan Kak Ummi 

    Bahan A

    3 tbs tepung gandum
    1 tbs gula
    2 tsp yis segera
    3 tbs I swear air suam

    Bahan B
    240g labu (rebus, lenyek dan ditimbang) * pertama kali saya buat dulu saya letak 300g labu, so apam lagi berat dan lagi ummpphh!
    150g gula pasir
    150ml santan (saya gantikan dengan susu cair)
    1 biji telur

    Bahan C
    200g tepung gandum
    1 tsp baking powder


    Cara-cara:
    • Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
    • Campur Bahan B dan kisar halus. 
    • Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati. 
    • Masukkan Bahan A dan kacau rata. 
    • Peram kira-kira satu jam sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Kukus hingga masak. * Saya kukus dalam acuan silikon dan paper cup biasa.

    *Tips dari Kak Ummi : Selain dari mengukus dengan api yang besar, untuk mendapatkan apam yang mekar merekah, kukus apam dalam paper cup dan letakkan dalam acuan apam besi (yang berlubang-lubang tu). 



      KUIH KOCI LABU

      Sebut je labu terus teringat kenangan 'manis' di asrama. Sayur labu masak air yang mana ikan bilis keras ketung berenang-renang ketepian dalam kawah. Lauknya  ikan cencaru goreng lengkap berjaket. Isi ikan yang lembut sikit je dari bijih besi. Itu menu untuk hidangan  bersahur, jam 3 pagi. Siapa tak bangun bersahur, kena denda cuci tandas. Aduhai, siapalah penggubal undeng-undeng tak berhati perut tu.


      Alasan  saya bangun untuk pergi makan, nihil. Tetapi kugagahi jua dengan harapan setinggi gunung; mana tau kalau saya turun juga ke dewan makan untuk menikmati lauk 'menggoda' tu saya boleh terserempak dengan Sang Arjuna. Mesti bila nampak dia, terus  darah gemuruh campur gedik pun naik ke kepala dan bunga-bunga cintapun jitu disulam di kedinginan  pagi. Heks!




      Sebab itulah  saya tidak pernah masak labu untuk dibuat sayur. Saya cuma memakannya bila dimasak oleh orang lain.  Juga ikan jaket jangan berani-berani nak singgah ke dapur saya. Tobat tak lalu nak makan dah wok!



      Tapi koci labu ini memang betul-betul menggoda. Lembut dan lemak. Lemak manis inti dibaluti wangi daun pisang. Mengunyahnya tatkala wajah disapa dinginnya  angin petang   sambil bergurau senda mengingat kisah ketawa ria dengan Sang Arjuna tercinta. Arghhhh...Gedss!


      Bahan-bahan:
      Sumber : Bonda Tercinta

      Untuk Inti

      1/2 biji kelapa inti (diparut)
      2 -3 keping gula melaka
      Gula pasir
      2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
      Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
      1 sudu besar tepung gandum

      Cara-cara:

      • Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
      • Masukkan simpulan daun pandan.
      • Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
      • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.

      Untuk kuih:

      1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
      1 1/4  cawan tepung pulut
      Sedikit garam halus



      Cara-cara:

      Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.

      Untuk sapuan pada kuih:

      1 cawan santan pekat
      1 sudu teh tepung beras
      Sedikit garam


      Cara-cara:

      • Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
      • Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
      • Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.





      Cara-cara untuk membungkus kuih:
      • Gentelkan inti sebesar saiz duit 20 sen. Ketepikan.
      • Ambil adunan tepung anggaran sebesar duit 50 sen  dan bungkus inti tadi. Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum.
      • Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
      • Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
      • Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak. 

      Lembut dan lemak. Lemak dan Lembut. Huishh!


      yang dihoskan oleh SSB of Small Small Bakers