Wah, muncul jua saya di sini. Ada yang merindu kew? Berombak-ombak tak? Ong Bak 3 dah tengok belum? Heee.
Cuaca ala-ala panas. Togak minuman atau jus yang bersuhu rendah bisa melegakan tekak yang kepanasan. Ini semua kes menghabiskan buah-buahan dalam peti ais yang ditanam di backyard. Tapi bukan backyard rumah saya, backyard rumah orang putis nun.
Hari terakhir di bulan Disember 2011. Kenangan yang mana entah saya nak nobatkan sebagai memori suka duka of the year. Alhamdulillah, yang duka sesangat hingga membuatkan saya kehilangan berat badan hingga mencapai berat ideal dan BMI macam Amber Chia tak ada. Suka sesangatpun sampai makan tak ingat suami sedang menjeling tajam, patah jarum alat penimbang dan pakar pemakanan juga akan geleng kepala sampai pening melihatkan kemontelan sayapun tak ada juga.
Yang sedang-sedang saja. Macam smoothies ni. Rasanya sedang-sedang juga. Taklah hebat sangat macam rasa duduk di pergunungan Katmandu bersari merah jambu sambil melantunkan OST 3 Idiots. Ahaks.
Sorilah rindu nak menulis. :)
Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 2 gelas
3-4 biji strawberry
3 biji dried apricot
2 biji dried plum
3 biji kiwi
Ais
Madu secukupnya
Cara-cara:
Kisar semua bahan dan sila bersedia dengan sari warna pink untuk minum smoothies ni.
Selamat datang 2012!