Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Pulut. Show all posts

PULUT PANDAN & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

Nak pergi mana-mana sekarang ni kena pakai topi keledar keselamatan khas. Bukan apa, berjaga-jaga takut kena hempap dek durian yang berguguran. Demam durian yang mengiringi demam Euro 2012. Bau semerbak bertebar di mana-mana. Kesian orang yang tengah gentel-gentel sakura kat Jepun. Ataupun yang tengah memetik tulip biru merah kuning jingga di Eropah dan juga di selatan Temerloh pohpaleh weh tu. (Heks, belum ada ye tulip tumbuh kat Temerloh? manalah tahu satu hari nanti kan?)  

Pastinya harga durian kat sana tu mak aih. 
Kat blog mana-manapun sekarang demam serawa durian juga. Versi saja berbeza-beza. Yelah, dah tekak yang menelannyapun tak sama. Janji piawaian tekak masing-masing dah tercapai pada tahap maksimum. 

Serawa ni saya sediakan dalam kuantiti yang agak banyak pagi tadi. Tapi tak adalah sekebun durian saya korbankan. Cukup agak-agak untuk 20 orang makan. Sebab cara makan juga bukanlah pelahap macam Cik G tew! Mereka makan apa yang ada tanpa persoal dan komen walau sebaris ayat. Mereka tu anak-anak yang ibu bapanya dipanggil Pencipta lebih awal. Mereka itu ibu bapanya tak mampu untuk menyuapkan mereka dengan makanan enak-enak hatta berlaukkan minyak masak yang digaul garam sekalipun. :(

Mereka kini berada di sebuah rumah yang penuh rahmat dan kasih sayang Allah. Saya percaya dan yakin itu. Jadi jika anda rasa suapan makanan lazat-lazat yang anda miliki sudah tak mampu dimamah lagi, tak mampu ditelan lagi, bolehlah hulur-hulurkan pada mereka. 

Rumah Amal Buah Hatiku
22, Jalan 7/3C
Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Maybank : 562414006411 atas nama PERIBADI MULIA
USTAZ RIDZWAN : 019-2303789

Hummpp semalam mereka bersarapan dengan jemput-jemput kosong semalamnya punya. :(
Bahan-bahan (PULUT PANDAN)
2 cawan pulut
5-6 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Basuh pulut dan toskan.
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan dan rendam pulut dengan air pandan tadi sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kukus hingga masak dan hidangkan bersama serawa sedap tu.
Bahan-bahan (SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG)
3 cawan santan pekat
2 keping gula nisan/melaka
1 mangkuk sederhana isi durian
1 helai daun pandan
3 sudu besar sagu mata ikan
2 genggam kecil sekoteng
Gula pasir secukupnya jika manis kurang manis
Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Rebus sekoteng hingga empuk. Ketepikan.
  • Masukkan isi durian, gula nisan dan simpulan daun pandan.
  • Masak hingga mendidih kecil.
  • Masukkan sagu dan masak hingga jernih dan kuah telah mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
  • Masukkan sekoteng dan kacau sebentar.
  • Masukkan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

KUIH BOM PULUT HITAM


Janganlah tukar siaran pulok bila tengok gambar kuih bom dalam munger-munger berguguran ni. Macam nak  shoot iklan perfume Flora By Gucci aje.

Perjalanan pergi balik dari hantar Ariff ke sekolah, yang pasti saya akan menempuh jalan yang di kiri kanan banyak pokok bunga ni. Cantik je bila tengok bunga-bunganya gugur ke tanah tanpa lelah. Bila dongak ke pokok tu, blossom!  Dan bila tunduk ke bumi pula, juga melata bertaburan bunga-bunganya. Macam berada di alam Winter Sonata. 


Tak adapun orang yang kisah. Jadi, saya cubalah ambik kisah dan beri kasih pada bunga-bunga ini. Wah gitu!

So kakak jambu pun kutiplah bunga-bunga ni sebelum dia merajuk dan tak mahu berbunga dan menyerikan bumi lagi.

Tapi, bila tengok gandingan bunga dan bom ni, macam terrorist dengan minah jiwang lah pulak. Bom yang ganas sedang dibelai ayu-ayu dan manja-manja sambil tidur atas riba munger pink lagi. Heks.


Untuk menjadikan anda secomel Hana Tajima, sila salin resepi di bawah. Tapi taklah otometis boleh jadi comel terus macam tu. Nak comel macam dia sekurang-kurangnya kenalah jadi adik beradik dia dulu. Heeee

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung pulut hitam
Air secukupnya
Secubit dua garam 
Bijan secukupnya
Inti kesukaan (kacang merah/kacang hijau/kelapa)
Minyak

Cara-cara:
  • Bancuhkan tepung dengan air. Masukkan sedikit garam. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  • Gentel dan leperkan doh. Masukkan inti dan bentukkan bulat.
  • Golekkan ke dalam bijan. Rehatkan kira-kira 20 minit untuk mengelakkan kuih meletup semasa digoreng.
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga masak dan berwarna keemasan.



PULUT KUNING & RENDANG AYAM


Bila buat pulut kuning mesti ada acara yang dikaitkan dengan kesyukuran. Macam bubur merah juga.  Tapi Makngah Ainul rasa ada sedikit kekeliruan di situ. Sebab mana datang merahnya tu kan? Mungkin pencipta resepi itu buta warna? Ataupun masa buat bubur tu dalam kesamaran pelita minyak tanah, so yang cekelat boleh nampak macam merah? Kekekeke. Memang menempah naas betul lah ko nih!


Dulu-dulu emak buat pulut kuning lepas tu hantar kat tempat mengaji untuk makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bersyukur tu sebab anak dia 'naik Quran besar' so tuduhan bahawa anak gadisnya itu bebal boleh ditolak mentah-mentah. Hihi.


Lepas tu bila dah sampai kat tengah-tengah Al Quran, juzuk 15 kat ayat Wal ya Talatthof  tu. *Sila rujuk bacaan dalam Quran untuk tajwid yang tepat sebab bila ditulis dalam bahasa 1Malaysia, bunyinya akan lari sikit. Mode: Insaf


Kali ini saya memulut bukan untuk acara kesyukuran saya. Diminta kawan Hajah Datin untuk acara pejabatnya. *Pejabatmu pejabatku jua. Untuk meraikan sesuatu juga. Khabarnya yang ke 61. Tentu banyak pengalamannya. Berapa kalilah agaknya dia menyuap bubur merah ke tekaknya? Operasi buang batu karang? Mungkin rawatan muka secara stim dengan pakej urutan badan? Sudah! Sudah!

Jemput makan pulut yang syahdu ini. Rendang ayam juga syahdu. Kira yang syahdu-syahdu belaka lah. Semua Ainul punya pasal.Muahahahaha


Mak Ngah tengah syahdu lagi ni, resepi pulut kat sini atau sinipun ada. Nak merendang,  godek aje kat sini. Syahdu! Syahdu!


PULUT SAMBAL KELAPA



Masa buat pulut mangga beberapa hari lepas, saya teruslah mengorak langkah buatkan sambal untuk pulut tu juga. Lengkaplah hari brupp brupp saya dengan adanya yang manis dan masin. Yang pahit maung, hamis, pedar, payau tu jangan disimpan biarlah berlalu pergikan.



Tapi bila cerita pasal pulut ini, semua yang manis-manis belaka akan menjengah di kepala. Pulut ini antara menu yang mengambil tempat di  jiwa kanak-kanak comot mekmot yang menjadi pelanggan setia di kantin emak. Manis buat mereka tapi kelat  untuk penjualnya. Apa taknya, sekepal pulut sebesar penumbuk The Rock dengan mewah dan kemilau isi ikan harganya cuma 10 sen. Tak mengapalah, manisnya 'di sana' nanti. Itu ucapan arwah ayah berkali-kali bila kakak kantin ini merungut buat penat-penat tapi tak berbaloi langsung dengan harga. 



Hari ini kita makan pulut ala-ala yang emak buat. Cuma bila dah gedik bubuh warna tu tak samalah macam versi emak. Pulut emak seputih salju yang semulus hatinya. Pulut saya, sebiru kasih saya pada emak pula. *Rindu emak yang tengah sakit lutut.



Bahan-bahan (pulut) :
Saiz hidangan : anggaran 8 ketul

1 cawan beras pulut (dibasuh dan direndam semalaman). Kukus hingga masak dan sejukkan.

Bahan-bahan (sambal kelapa):

Kelapa parut daripada 1/2 biji kelapa (ambil putihnya saja)
2 ekor ikan selayang/kembung (rebus dengan air yang minimum dan dicampur dengan garam dan asam gelugur)
2 batang serai
3 ulas bawang merah
1 inci halia
Garam dan gula * emak saya gunakan gula nisan jadi warnanya akan menjadi sedikit kecoklatan dan terserlah keterengganuannya. :)

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah, halia dan serai hingga lumat. 
  • Perisikan ikan dan tumbuk. 
  • Gaul bersama kelapa dan bahan tumbuk tadi. 
  • Goreng hingga naik wap dan kelapa agak kering. 
  • Perasakan dengan garam dan gula.  Kepal pulut dan gaulkan dengan sambal. 


Memang kenangan manis!



PULUT MANGGA


Kalau kata kes mengidam sebab mengandung, kiranya sepanjang hiduplah saya ni mengandung. Asyik terasa nak itu nak ini. Saya enjoy foods very much tapi tidak bagi anak-anak saya. *Terus frust menonggeng.


Takpe, memang pening dan sesak nafas bila fikirkan tabiat pemakanan anak. Sambil menonggeng ni, sambil saya fikir apa yang lazat untuk disorongkan ke lubang tekak  seorang species dari Galaksi Bima Sakti ni. Haih!

Dulu rasa pelik bila tengok orang Utara makan pulut dengan mangga. Empat tahun saya di Utara, memang banyak discover makanan yang sedap-sedap dan mula-mulanya agak pelik pada saya. Antara yang mula-mula buat muka jijik bila disuakan dengan pulut ni. Bila dah lahap, ha kau! 



Antara yang menjadi igauan pulut mangga yang dimakan bersama dengan  Kakak Lasagna sedap dan Atin Hajjah di Chiengmai 4-5 tahun lepas. Sedapnya, sampai tak kira dah yang menjual tu bukan Islam. Dua kali pusing ke  gerai tu untuk beli.  Memang first class!

Kali ini saya colorkan pulut saya yang first class juga ni dengan warna bunga  telang. Tak payah dah susah-susah ke Chiengmai lagi. 


Bahan-bahan Pulut:
2 cawan pulut
Bunga telang (lagi banyak lagi biru warnanya)
1/2 cawan santan cair
Garam
Secubit gula

Cara-cara:
  • Rebus bunga telang hingga mendidih dan menjadi air berwarna biru. 
  • Basuh pulut dan rendam semalaman dengan air bunga tadi. 
  • Toskan pulut dan kukus hingga masak. 
  • Gaulkan dengan santan cair yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. 
  • Kukus lagi hingga masak dan lembut



Bahan-bahan Sos Santan:
1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras
Garam
Gula secukupnya
1 helai daun pandan

Cara-cara:
  • Campur semua bahan dan masak atas api perlahan. 
  • Masak hingga pekat dan biarkan mendidih kecil. Sejukkan. 
  • Hidangkan dengan pulut dan mangga pilihan. Lagi sedap dengan mangga emas hitam. Untuk versi ini, saya gunakan mangga chokonan, dah itu saja yang ada di pasar, takkan saya nak meratap hiba pula. 


Sila, sila!


KETUPAT PALAS





Oleh kerana hari ini hari Rabu, jadi saya persembahkan satu hidangan yang paling glamer dan memenangi hati ramai orang di Pasar Rabu di kampung saya. Kalau bulan puasa (kantin sekolah tutup) emak  akan buat ketupat dan dipasarkan dengan cemerlangnya oleh arwah Ayah. Bagus betul kerjasama suami isteri romantis tu. Walaupun Ayah sakit dan tak mampu buat kerja berat, tapi Ayah tetap berusaha untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga. Hari Rabu juga kunjungan orang ke barber corner Ayah meningkat berganda-ganda. Paling best, hari Rabulah  saya boleh berbelanja 'mewah' beli gula-gula tic-tac. Urghhh!


Jika berpuluh-puluh tahun dahulu, ketupat ini bergantungan riang di handle motor Ayah pada setiap Rabu, hari ini saya gantungkan juga bagi mengingati kenangan itu. Kisah sebuah keluarga bahagia, Si Penjual Ketupat dan Anak-anaknya. :)





Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut (basuh dan direndam semalaman)
Santan pekat (anggaran 1 1/2 cawan)
Garam
1-2 helai daun pandan
Secubit dua gula

Cara-cara: 


  • Kukus pulut  hingga naik wap. Kacau sekali-sekala. Sementara itu masak santan dengan api perlahan. Masukkan simpulan daun pandan, garam dan secubit  dua gula. 


  • Masak hingga mendidih kecil. Tutup api. 


  • Keluarkan pulut  dari pengukus. Seelok-eloknya masukkan dalam bekas yang besar kerana memudahkan proses menggaulnya nanti. 


  • Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga pulut  kelihatan kembang dan lembut. Kukus semula hingga pulut masak.


  • Bungkuskan dalam daun palas. Kukus lagi hingga daun layu. 



  • SERIMUKA PULUT HITAM

    Kuih serimuka atau serikaya.  Ada juga yang panggil puteri  salat kan?  Cam mencarut je. Heeee. Kalau serikaya direct je boleh faham. Tapi serimuka? Seri yang naik kemukalah tu. Tapi biasanya serimuka saya, mukanya tak berseri. Penuh dengan kesan-kesan cucuk botox  garfu. Nak test masak ke belum, belum ke masak. Tak reti-reti nak agak masa mengukus. Tolonglah  jangan tuduh saya ‘moist’ sangat.  Pengukus antik tu yang suka buat hal.  Bila buat apam,  tak mekar. Orang lain takut apam dot dot kembang, saya pula tiada masalah tu sebab memang takkan mekar punya. Haish!

    Ini kegemaran Sang Arjuna. Setengah loyang portion dia.  Kuih  ni yang   awal-awal lagi mak mertua saya beritahu kesukaan anaknya. Aduhhh susah-susahnya kuih kesukaan anak mak ni! Kalau cekodok bilis ke, lempeng nyiur ke kan tersangatlah  heaven hidupkoo!

    Sudahnya bila mak saya pun tahu Sang Arjuna suka kuih ni, berkali-kali juga dia buat. Nak ambil hati menantu hantu. Bukan ke menantu yang kena ambik hati mertua? Gasak.
    Balik rumah mertua ada kuih ni, rumah mak sayapun sama. Pening mokcik!

    Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
    Sumber : Ibu Mertua
    Lapisan bawah
    1 cawan pulut hitam
    1 cawan pulut putih
     * jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
    Santan pekat
    Simpulan bahasa daun pandan
    Garam secukupnya
    Secubit gula

    Lapisan atas
    3 biji telur
    2  cawan santan pekat
    ¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
    Gula secukupnya
    3 ½ sudu besar tepung gandum
    1 ½ sudu besar tepung jagung
    Garam
    Cara-cara:
    • Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
    • Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
    • Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
    • masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
    • Keluarkan pulut  dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform,  lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang   dan memotongnya nanti.  
    Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula.

    • Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
    • Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.  
    • Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.


    Saya kemukakan resepi ini untuk : Aspiring Bakers #12 :Traditional Kueh (October 2011) yang dihoskan oleh SSB of Small Small Baker