Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Ikan. Show all posts

IKAN PARI BAKAR BERSANTAN


Isnin tiba lagi. Sudah lama saya tidak mengalami monday blues. Nampak tak? nampak? sungguh bermotivasi di situ poin yang saya nak habaq. Kuhkuhkuh. Tapi tanpa Nuhaa di sisi ada dua lagi 'anugerah' yang saya perlu hadapi karenah nak ke sekolah setiap pagi. Tapi yang dua orang ni bukan setakat monday, sampai ke Sundaypun tak habis-habis.


Hari ini Ariff lambat. Nabiha langsung tak ke sekolah. Baru 5-6 minit lepas dia bangun tidur sendiri sambil senyum-senyum yeahhh saya menang dan mama kalah lagi. Bila sesi 'konfrontasi' berlaku, dia akan kemukakan hujah-hujah yang buat saya rasa nak sumbat dia masuk dalam perut balik. 
Mujurlah Sang Arjuna kurang berperangai serupa. Kalau tak saya rasa nak majuk je lari balik ke rumah mak mertua. Kutip kelapa banyak-banyak, lepas tu habis terang-benderang kunyit, pandan, daum kesum, bunga kantan kena pow bawak balik ke Kajang. Baru hilang grrrr tu sikit.

Apa menu hari ni? Bolehlah bakar ikan, kalau suka. Tak suka tak apa. Banyak lagi makanan lain dalam dunia ni yang boleh dibelasah. Nasi lemak janda ada, ayam kampung Hassan ada, sup urat ketingpun boleh. Tapi kalau nak ikan bakar 'berjiwa' ni, kena tatap skrin kat sini dululah sebelum Bila Ita atau Nobit atau Noli atau Azo atau Amsatun ke Dapur untuk sediakan versi masing-masing pulek. 
Bahan-bahan:
2 keping ikan pari (anggaran 200g)
1/2 cawan santan pekat
*3 batang serai
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 Inci kunyit
1 senduk kecil cili kisar
Asam jawa
Sedikit gula nisan/melaka (tumbuk sikit untuk memudahkan hancur)
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit - hiris halus
3-4 helai daun limau purut-hiris halus
2-3 tangkai daun selasih -hiris halus
Sedikit butter/marjerin
Cara-cara:
  • Bersihkan ikan pari dan rendam sebentar dengan cuka/air asam jawa.
  • Basuh dan toskan.
  • Kisar bahan bertanda * dengan santan. 
  • Masukkan cili kisar dan gaul rata. Masukkan asam jawa dan kacau sebentar.
  • Masukkan gula nisan dan perasakan dengan garam.
  • Campurkan daun-daun yang telah dihiris.
  • Lumur pada ikan dan letakkan sedikit butter/marjerin.
  • Balut dengan daun pisang kemas-kemas.
  • Bungkus dengan aluminium foil dan bakar dalam pan dengan api sederhana (tutup dengan tudung periuk). Jika menggunakan pemanggang yang berpenutup lebih baik. 

IKAN RENDAM ASAM SANG ARJUNA

Heyyy! jangan pandang sedei ye ekor ikan saya ni. Harus saya kena tendang tergolek dua kali sebelum masuk longkang kalau memperlekehkan lauk kegemaran nombor 'ke satu' Sang Arjuna ni. 

Muahahahahaha gelak lagi seraya melafazkan kata-kata "wahai sahabat sekalian alam, lauk inilah yang bisa membuatkan Sang Arjuna saya akan bersila lebar sambil tangan kiri 'mengilas' kain pelikat cap peti surat untuk melonggarkan ikatan.

Lauk yang paling universe ya bro-bro semua. Nak cari suri, ha carilah yang pandai masak ikan macam ni. Kalau tidak, memang tak pass la senang kira. 

Mula-mula rasa kuah, hilang sikit rasa terkehel kaki. Senak kat usus kecil terus jadi longgar. Bila cubit isi ikan, gaul dengan nasi, letak kuah lagi. Adoi mak! Terus jadi muda 10 tahun dari usia sebenar!
Kerana apa? Kerana semua sel-sel dalam otak telah berhubung. Sejurus lepas tu otak akan menghantar pesanan kepada semua anggota. Anggota tubuhpun  segera bermuzakarah dan sepakat membawa berkat mengatakan yang, yang, yang inilah lauk yang paling oh dahsyat! dahsyat!

*Jika tetiba anda rasa terbit bintang-bintang kecil atas kepala, perlahankan bacaan ya. Itu mungkin kesan sampingan. Itu kalau bintang, tapi kalau nampak bulan, galaksi bima sakti dan ada ambulans sekali, baiklah hentikan pembacaan serta-merta ok?!

Bahan-bahan:
Sumber : Ibu Mertuaku
2 keping isi ikan merah/jenahak * tapi bahagian ekor paling universe bro!
Serbuk kunyit dan garam - perapkan pada ikan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji bawang besar -potong bulat
1-2 biji cili besar-potong serong
Air asam jawa
Garam dan perasa (jika suka)
Minyak

Cara-cara:
  • Goreng ikan yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  • Buang sedikit baki minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa. Juga garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan bawang besar dan cili besar dan masak hingga layu.
  • Masukkan ikan, gaul sebentar dan angkat.
Cer cuba masak untuk Sang Arjuna masing-masing, harus dia ajak dating kat Krabi. Heeee.

NASI LEMAK TERENGGANU

Nak nangis! Nasi lemak yang paling jiwang dari saya. Sebab ini antara hidangan emak yang paling saya tak akan 'berwaspada' langsung bila mengadapnya. Akan digunakan tanpa was-was.

Bila emak buat  nasik lemak episod 'temasya kampung pisang' ni, Atikahlah orang yang paling rajin. Rajin ambik daun pisang je! Bungkus ala-ala makan kat kedai gitu. Huh dia ingat sedap sangat nasi lemak kedai.
Nasi emak lemak dengan kasih sayang,penuh kontroversi juga sebab bila tak cukup akan saling berebut macam anak burung.

Sebenarnya Makcik Kedek nipun bukan sesaja nak cipta kontroversi berkenaan 'tempat lahir' nasi lemak ni. Tapi dinamakan begitu sebab nasi lemak yang disediakan  emak yang berasal dari Terengganu. Heeee. 
Nasi lemak berlaukkan ikan tongkol ni mungkin asal-usulnya dari Barbados ataupun Tunissia. Tapi yang saya pasti di Terengganu lebih popular nasi lemak dihidangkan dengan sambal ikan tongkol ni.  Tak gitu orang gganu?
Hai rakan, takkan tak rasa nak nangis tengok nasi lemak 'airport' ni. Bawak duit berjuta-juta nak pergi melencong, tapi bukak bekal nasi pulok! Maid Indonpun beli Delifrance tau buat sarapan kat dalam epot. Ngehngehngeh.

Bahan-bahan:
3 cawan beras 
Santan secukupnya
Secubit dua garam
Secubit dua gula
Daun pandan
*Boleh juga masukkan halba untuk meningkatkan lebih aroma

Cara-cara:
  • Himpunkan semua zarah-zarah kasih sayang dalam badan dan masaklah nasi dengan cara meluahkan sayang mengikut citarasa anda. Eceh!
Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Tongkol:
4-5 ketul ikan tongkol
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan air yang minimum. Masukkan asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan wow rasanya kerana rasa masam dan masin meresap jauh ke isi ikan. 
  • Goreng ikan yang direbus tadi dan ketepikan. Tak perlu terlalu garing.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. 
  • Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan gula nisan, dan air rebusan ikan. 
  • Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.
Mak! terima kasih sebab suap saya dengan makanan yang sedap-sedap. Nasib baik saya bukan anak Vincent Tan, walaupun kaya tapi mesti saya tak merasa menikmati kebahagian hidup yang sebenar!
Mohon semua ambil iktibar dengan 'amaran' petang semalam. Ini bukan kisah dongeng, buatlah sesuatu sebelum terlambat. 


Saya petik dari wall Ustaz Azhar Idrus petang semalam : TSUNAMI = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf. Mari audit diri kita ye laling-laling semua. :)

TEMPE GORENG CILI API & IKAN PEKASAM GORENG

Aduh! Pedih mata dua hari dok pakai contact lense tona hazel pagi, biru teal tengahari dan malamnya pulak warna gold plated. Nak bukak dah ni. Rambut kaler perang macam bulu jagungpun dah sapu warna hitam 'marble' putih balik ni. Hehehe.

Silalah berpijak di bumi nyata semula. Naik tinggi-tinggi kalau jatuh kedebus sakitnya boleh tahan. Kecualilah berat bersih diriw muw itew menyamai 2 kampit tepung gandum 1Malaysia je. 

Suap nasi berlaukkan tempe dengan sabar dan tenang. Moga-moga 'roh' tempe dengan segera meresap ke liang-liang kulit dan kulitpun bertukarr jadi muda remaja semula. Ngongs!
Potong tempe nipis-nipis dan goreng garing-garing. Tumis bawang merah, bawang putih dan yang utama-cili api. Masuk sekali ikan bilis yang ditumbuk halus. Hachum-hachum dua tiga kalipun takpe sebab memang berbaloi nak!

Campaklah serai yang dititik-titik  perlahan-lahan, jangan sampai membangunkan jiran. Sertakan sekali garam gula. 

Bukan setakat emak mertua lalu tapi kalau Sang Arjuna cuit sambil pintal-pintal bucu langsirpun harus disuruh bersabar. Kuikuikui.
Jangan lupa goreng ikan pekasam mak mertua bagi. Haa yang ni tak boleh tidak, memang mengundang rasa iri hati jiran.

Tak tergoda? Tak apa. Tapi anda memang seorang yang malang. Hekhekhek.

IKAN KUKUS CENDAWAN DENGAN LEMON

Apa aktiviti remaja dulu-dulu seraya menunggu keputusan SPM? Orang yang berduit sikit mesti hantar anak ke kelas trengkas atau kelas komputer. 

Saya? Terpaksa setia membantu emak di kantin sekolah. Upahnya, memang tak berbaloi kalau nak dibandingkan dengan lenguh-lenguh sendi membasuh lantai, lap meja dan cuci longkang dan lain-lain. Tapi takpe, janji duduk di samping emak. Sebelah petangnya pula dengan ayu je saya menghayun langkah ke kelas menjahit anjuran KEMAS. Dara pingitan habis!

Hari result SPM keluar, sebaik saja waktu rehat tamat, bergegas saya tunggu bas depan sekolah. Kat tangan setempek dengan tepung goreng pisang tak sempat lap. Tu tak masuk lagi badan berbau karipap dan nasi lemak enak emak. 

Huk aloh! Sang Arjuna saya naik bas yang sama. Tak malu betul ngendeng nak ngimpit duduk sebelah kita dalam bas. Kalau tau dia nak ngendeng  kita, tentu saya dah bertatarias molek-molek.

Dan keputusannya........

Saya cuma layak masuk tingkatan enam. Sedangkan dia terus cemerlang. Kasih terpisah lagi. Dan janji dipatri, agar sama-sama  menjejak kaki ke puncak menara kasih gading.

Sudah-sudahlah mengimbau kenangan heh. Sang Arjuna nak balik jap lagi takkan nak makan cerita cinta aje. Hehehehe.

Semenjak banyak seluar Sang Arjuna saya yang 'mengecut', dia asyik menempah masakan yang sihat-sihat ler pulak. Tapi mokcik tetap tak ada perasaan untuk turut serta. Mokcik tetap mokcik, melantakthon lebih diutamakan. 

Ikan yang distim ala-ala habis idea. 
 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas (anggaran 700g)
*1/2 biji lemon
*1 biji tomato
* 1/2 batang celery
*1/2 paket cendawan shitake (anggaran 150g)
*2-3 inci halia
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
*2 tangkai daun ketumbar
*4-5 biji cili api
Sos ikan
Sos tiram
Kicap cair

Cara-cara:
  • Hiris/potong bahan bertanda * mengikut kesesuaian. 
  • Taburkan atas ikan.
  • Tuang sos ikan, sos tiram dan kicap cair secukupnya.
  • Kukus kira-kira 40-45 minit atau sehingga masak. Silalah berdiet wahai suamiku, aku akan tetap berada di samping mu sambil melahap ciskek! :)


MASAK LEMAK IKAN MASIN DENGAN NENAS


Mengimbau kegemilangan zaman kanak-kanak riang air sirap (sebab masa tu emak tak mampu belikan air ribena) bila makan nasi lauk ayam, rasa something meresap dalam jiwa. Kesedapan yang tak terhingga. Bila berlaukkan ikan masin pula, mulalah muka mencuka dan terasa diri seolah peserta rancangan 'Bersamamu' di TV3. *E eh, macam berpantun seloka pula.

Dan bila usia di ambang senja, kedutan melata di muka, uban menular seluruh kepala, lauk ayam hilang pesona. Ikan masin dan lauk-lauk kampung pula bertahta di jiwa. Kenapa ya? E eh, betullah, memang macam berpantun! Kih kih kih.


Apa da, ikan masinpun mak mentua bagi. Belum yang lain-lain lagi. Jadi sekali sekala saya perlu juga menginsafi diri. Menoleh kiri kanan  dan ke dalam diri. Cari yang mana perlu dibaiki. Siapa tak mahu gelaran mithali yang abadi. 

Tahniah kepada sahabat yang menjadi 'maharani' di mata keluarga mertua. Kamoo bertuah. Tetapi saya lebih teruja untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang tidak henti-henti berjuang untuk 'memaharanikan' diri di mata mereka (erk?! ada ke perkataan ni? tak apa, kita adakan, selagi DBP tidak tangkap saya atas kesalahan berbahasa. Hui!) 

Buat sahabats itu (kamoo tahu siapa anda) silakan dengan berani merentas segala onak dan duri hoqqay? * duhh letih dah berpantun, nak makan nasi dengan lauk maharani ni pulak. Mari la oi!


Bahan-bahan:
5-6 keping ikan masin Talang (campurkan bahagian tulang dan isi)
1/2 biji nenas
2 cawan santan
1/2 cawan santan pekat
Segenggam kecil cili api
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
Garam jika berkaitan

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit. Masukkan  ke dalam santan. Masukkan serai yang telah dititik.
  • Masukkan ikan masin dan nenas. Masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan santan pecah.
  • Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam. 


ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN SAYUR BATANG KELADI



Wahai Bonda Ku Si Ikan Kaloi
Timbullah Bonda
Tunjukkan Diri
Nasi Melukut Sayur Keladi
Buat Bonda Ku di pagi hari

Kehkehkeh. Kalau tanya saya nak jadi bawang putih ke bawang merah, ofkoslah saya nak jadi Si Merah yang cantik dan dapat kawin dengan anak raja. Tapi apa jadi sekarang? Saya Si Bawang Besar. Jadi saya cuma  dapat kahwin dengan Sang Arjuna aje. Eh tapi jangan, walaupun bukan putera rajapun tapi si dialah cinta ku dulu kini dan selamanya. Geds!

Weekend lepas saya masak asam pedas ni. Sang Arjuna saya mintak saya masak sayur keladi. Alo lo lo hai! Rasanya pernahlah sekali dua saya masak sayur ni. Entah betul ke tidak caranya. Ingat-ingat lupa. Masalah dalaman saya, bukannya nak usaha bukak buku ke, telefon mak ke atau tanyalah pakar aka kawan ketat anda iaitu Yang Berusaha Encik Gugel. Ini tidak, belum usaha apa-apa, terus tawakal. Hampeh.




Bahan-bahan:


4 keping ikan pari
3 pokok batang keladi
3 senduk kecil cili kisar
*2 labu bawang besar
*3-4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci belacan
*1 1/2 sudu kecil lada hitam
*1 inci kunyit hidup
3-4 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
air asam jawa
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak




Cara-cara:

  • Bersihkan batang keladi. Pastikan tiada pasir  atau kotoran yang melekat. 
  • Koyakkan kulit luarnya dan potong mengikut saiz yang sesuai anggaran   4-5 inci setiap satu. Rendam sebentar dalam air garam.
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Tumis bahan bertanda * bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan air dan biar mereneh. Masak dengan api perlahan agar kuah lebih mesra. 
  • Masukkan air asam jawa, asam keping dan daun ketum kesum.
  • Masukkan ikan dan perasakan dengan garam. Masak sebentar dan masukkan batang keladi.
  • Seimbangkan rasa masam masinnya.
Mak Oooo mak, timbullah la mak! Besar datang ni!



MASAK LEMAK IKAN SUNGAI


Ikan gebu baki Sang Nelayan saya takluki ari tu. Bukanlah baru dimasak. Selamat dikorbankan  setiba tong ikan seberat 10kg yang berisi ikan seberat 2kg di rumah dulu lagi. Memang tak tunggu lama-lama. Tapi tak diberi peluang untuk beraksi. Terpaksa beralah kepada nama-nama besar dalam industri ini. Donut Izah  dan cawangan baru burger MekChah yang dowh dowh tu. Hekhek.

Lagipun Datin dah insaf sikit ni. Baru nak kenang kembali  asal-usul Datin. Dari kampung rupanya. itu yang teringat kat masakan yang sangat dowh juga ni. 


Hatipun sedikit  bergolak  teringat 'anak sedara' yang sedang dilemma wanita tu. Sukar buat pilihan. Bandung atau Langkawi. Kahkahkah. 


Ini masakan orang Pahang. Juga tak dapat dipastikan asalnya dari sebelah mana. Tapi kebanyakan di sebelah Maran dan Temerloh ikan sungai dimasak lemak sebegini rupa. Ringkas tapi cukup rasa. Hanyir ikan dapat diseimbangkan oleh bau unik daun kesum tu. 

Sila, sila. Nasi ada di dapur tu, tak cukup sila tanak sendiri. Mungkin saya balik hari Khamis ni, nak ke rumah Kak Anymz jengah 'anak sedara' yang tengah keliru tu. Ainul, jangan dengar suara-suara sumbang dari Kak Izah dan Si Hasue ni tau. Diorang ni..ishh malas cakaplah..muahahahaha... 

Bahan-bahan:

1 ekor ikan sungai (kali ini saya gunakan ikan sebarau juga)
3-4 tangkai daun kesum
Segenggam kecil cili padi
1-2 keping asam gelugur
1/2 inci kunyit hidup
3 cawan santan pekat
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara:
  • Basuh ikan dengan garam dan asam gelugur untuk menghilangkan hanyir ikan. Toskan
  • Tumbuk kunyit dan cili padi dan gaulkan dalam santan.
  • Masukkan ikan dan daun kesum ke dalam santan. Juga asam dan garam. Masak dengan api perlahan. Jaga-jaga tulang ikan!

IKAN BAWAL MASAK SAMBAL KERING


Dah setahun lebih 12 hari saya meninggalkan alam pekerjaan. Tak sedar masa berlalu. Maknanya saya gumbira? Atau tak sempat nak mengira hari kat kalendar kuda? Dua-dua mungkin betul. 

Tapi rasa rindu untuk pakai baju kurung lawa-lawa ke pejabat masih berbekas dalam hati. Tahun lepas 3 kali je saya pakai baju kurung, raya pertama dan ke dua dan ke majlis pertunangan Sayang Sayang Baby Amsatun. 

Yang bagusnya, ringan kepala bila tak payah fikirkan nak tambah koleksi baju baru. Kalau tidak antara agenda wajib dalam hidup saya; beli kain, jahit baju baru. Lagi dan lagi. *Bajet cun.


Tapi tahun ni saya berazam nak pakai baju kurung duduk di rumah. Macam datin-datin dalam muvi tu. Ala pektis mek pefek kata orang. Kehkeh.

Dahlah. Datin nak  singsing lengan baju kurung rambu ramba bermanik kemilau gilang gemilang bercahaya terang benderang ni.  Nak pergi goreng ikan, buat sambal.  

Ala, kang berbau ikan pulak baju datin ni. Tak jadilah nak menumis. Kehkehkeh. *Bajet __________ (isikan tempat kosong) Heeeee


ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN SEBARAU


Cuti Krismas yang lepas Sang Arjuna saya ke Kenyir untuk satu misi yang besar. Beginilah nasib bila bersuamikan seorang yang gila kerja dan pada masa yang sama,  gila batang kail. Jadi jangan salahkan saya 100% lah jika kadang-kadang gila saya datang tiba-tiba. Hehehe.

Jadi sepanjang ketiadaan beliau, Sang Arjuna cadangkan saya bawa anak-anak mandi swimming pool. Kononnya untuk mengelakkan kami kebosanan dan hampir-hampir  mengalami kemurungan sehinggakan  perlu menerima rawatan mental dek kerna kerinduan pada dia. So dia ke Kenyir, saya dan anak-anak dan keluarga adik ke PD. Huhu. 

Tunggu anak-anak main air, saya menguap. Lepas tu melahap. Dan melahap lagi. Last-last saya boleh dijadikan pelampung sebab memang dah dipam secukupnya. Hiks. 

Masak asam pedas sebegini rasanya glamer di negeri Pahang dan Perak. Cuma bila ada perbezaan dari segi bahan-bahan untuk memasaknya tu, adatlah. Jadi tidaklah saya nak claim inilah masakan asal dan asli asam pedas tempoyak negeri Pahang. Cuma bila emak saya masak macam ni, dan juga saya tengok jiran-jiran mak pun masak macam ni, so Kak Temah ikut ajelah. 


Kali ini saya gunakan ikan sebarau, hasil tangkapan Sang Nelayan tersayang saya tuler. Biasanya saya gunakan ikan patin (sekiranya berkesempatan balik ke kampung dan dapat beli ikan patin sangkar sungai yang fresh).  Tapi ikan nipun bukan sebarang ikan. Jika ikan ini artis, rasanya setakat nak menang anugerah Bintang Fofular 4 tahun berturut-turut tu, dalam tangan je. Sebabnya  ikan ni adalah antara ikan sungai kelas A. Isinya lemak manis, putih gebu ala-ala Datin Cik Kebung Bung Zizie Ezzete yu!


Bahan-bahan:
1 ekor ikan sebarau (anggaran 1kg *nak bagitau laki dia dapat ikan besau heks)
5-6 pokok daun kesum
Segenggam kecil cili padi
2 keping asam gelugur
2 senduk besar tempoyak
1/2 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  • Basuh ikan menggunakan garam dan asam keping. Cuci dan toskan.
  • Kisar cili padi, tempoyak dan kunyit hingga hancur. Masukkan ke dalam air dan kacau sebati.
  • Masukkan asam keping dan daun kesum. Renehkan. Apabila menggelegak kecil, masukkan ikan dan masak dengan api perlahan. *asam pedas ni jika dimasak lagi lama lagi sedap rasanya kerana semua bahan-bahan telah beramah-mesra sepanjang berada bersama-sama dalam periuk tu.
  • Jika ada terung telunjuk boleh dimasukkan, memang lagi ngam.  
  • Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.


KARI KEPALA IKAN



Masakan yang paling tak payah kena fikir. Mesti jadi. Tetap akan ada rasa. Sama ada rasa sedap ataupun rasa ala-ala kena tuang tepi birai tong hitam.


Bila makan roti cicah kuah kari kosong, perghh terus kenangan menyinggah ke tahun-tahun saya masih bergelar  student. Beli kuah kari seplastik 20 sen kat cafe The Mall lepas tu cicah dengan roti Gardenia. Husssshh nama sendiripun  kena check balik dalam IC takut tertukar dengan nama awek Bang Awea. Kuhkuh.



Ringkas saja cara saya masak kari. Semuanya sebab diselamatkan oleh rempah ratus yang terkandung dalam serbuk kari itu sendiri.

Bahan-bahan:
1 ketul kepala ikan jenanak
Santan (anggaran 4 cawan daripada 1 biji kelapa)
5-6 sudu cili kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar serbuk kari ikan (saya gunakan jenama Baba's)
2-3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
1 biji tomato
7-8 kacang bendi
Garam, gula dan perasa (jika suka) secukupnya

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. 
  • Tumis bersama cili kisar hingga naik bau-bauan yang hush. Masukkan daun kari dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. 
  • Masak hingga naik minyak dan naik bau yang lagi hushh. 
  • Masukkan santan dan asam gelugur. 
  • Bila santan telah mendidih, masukkan ikan. 
  • Masak hingga pekat.  
  • Masukkan tomato dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak seketika dan hushh!



IKAN KERAPU MASAK STIM




saya mintak budak yang kerja menyiang ikan tu supaya buat 'ikan terbang'. Konon-konon nanti nak serve ala-ala Hotel EQ gitu. Tapi bila nak masukkan dalam pengukus rupanya ikan tu terlebih saiz lah pulak. Dah tak muat. Terpaksalah dikerekotkan ekornya agar muat nak letak dalam mangkuk. Ish ikan..masalah kau sama dengan aku...


Minggu sakit untuk Sang Arjuna saya memasuki minggu ke dua. Saya doa biar cepat-cepatlah ianya berakhir. Saya dah buntu untuk menyediakan makanan untuk orang sakit.  Isunya bukan apa, semua makanan yang dicadangkan doctor  merupakan menu yang saya tahu dia takkan menyentuhnya. Walaupun dihidang dalam pinggan bertatah permata. Bubur nasi, oat dan semualah yang lembek-lembek.

Mertua saya datang, dengan harapan boleh tolong menjaga anak ‘bucuk’nya itu. Bergegas dia bancuh talam tepung. Konon-konon nak beri anaknya makanan yang lembek-lembek. Tapi terkeras pula bancuhannya. Hihi.
Sekali je Sang Arjunaku boleh telan bubur nasi, itupun sebab lapar sangat. Terpaksa. Baru tau! Agak-agak dia kawin dengan saya sebab terpaksa jugak ke? Oh tidak!
Saya masak  ikan stim ni  main  agak-agak saja. Ini bukanlah resepi yang selalu menyinggah ke dapur saya. Mana boleh selalu sangat makan healthy food, nanti lelemak dalam badan cepat habis. Nak top up semula ambil masa juga. Heeee

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (anggaran 1kg)
1 labu bawang besar
2 -3 inci halia
3 ulas bawang putih
Tomato ceri
Daun ketumbar
4-5 ketul  asam boi
Sos tiram
Sos ikan
Kicap cair
Seasoning ketchup (saya guna brand Maggi)
Minyak zaitun

Cara-cara:
  • Basuh ikan dengan bersih.
  • Masukkan halia, bawang,  tomato ceri, daun ketumbar, asam boi.
  • Percikkan minyak zaitun  pada ikan. Masukkan juga sos ikan, sos tiram, seasoning ketchup dan kicap cair. Kukus hingga masak.  

Asam Pedas Adik

Biasanya si adik akan tiru masakan si kakak. Atau sesiapa yang lebih tua. Kerana Melayu mudah lupa ni memang sudah terbiasa, orang lama, orang dulu atau orang tua yang makan garam terlebih dulu banyak pengalaman. Ilmu pula setinggi langit.
Tidak juga. Banyak benda yang saya tak tahu buat dengan sempurna hingga sekarang. Dan hasilnya sangat hebat di tangan saudara kandung saya yang lebih muda.
Walaupun begitu, saya sebagai Melayu mudah lupa ini memang terpaksa akur bahawa masakan orang lama, lebih sedap dan menyelerakan. Macam masakan mak. Pehh!!
Sekarang dah menurun kepada Cikgu Sains pula. Bapak sedap masakan dia. Dan satu-satunya bapa di rumah ini, memang tak habis-habis membuatkan Cikgu Sains terconget ekor. Mee kari habis sepinggan, sebakul dia komen sedap. Nasi lemak dilahap 4 senduk, 4 lori juga dia kata lazat. Saya tak boleh nak jeleslahkan. Sekurang-kurangnya banyak ilmu masakan saya kutip dari Cikgu Sains-idola saya.
Sama juga dengan resipi asam pedas ini. Tak sangka adik bongsu saya yang manja mengada-ngada boleh masak asam pedas yang boleh tahan juga rasanya. Selepas menggunakan resipi minah manja mengada ni, kekal hingga sekarang saya gunakan resipi ini saja.
Cuma untuk catatan, prinsip less is more memang not applicable untuk memasak asam pedas ini. Semuanya kena banyak. Kalau tidak, rasanya mungkin  lecas dan hambar  macam ikan rebus saja.
Bahan-bahan:
½ kg daging/ayam
atau 3 keping ikan merah atau kepala ikan
(untuk paparan minggu ini Kak Temah guna 3 keping isi dan ekor ikan Jenahak)
5-6 senduk  cili kisar
*2 labu besar bawang besar
*6 ulas bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 inci halia (anggaran sebesar ibu jari kaki)
*2 inci kunyit hidup (anggaran sebesar ibu jari tangan)
*2 sudu besar lada hitam
Air asam jawa pekat
2 -3 keping asam keping
3 batang serai-dititik
Kacang bendi
Tomato
Garam, gula perasa secukupnya
Daun kesum
Minyak untuk menumis (anggaran jumlah minyak yang diperlukan : apabila dimasukkan bahan kisar, lebihan minyak yang timbul kira-kira setengah inci di permukaan periuk/kuali)

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan yang bertanda  * hingga lumat. (untuk jumlah ikan/daging seperti di atas, jika dicampur bahan kisar dan cili kering yang dikisar , akan menjadi kira-kira satu setengah jug blender)
  • Tumiskan bahan kisar bersama cili  hingga garing.
  • Apabila sudah garing, masukkan air, serai dan air asam jawa. Biarkan reneh dengan api perlahan. Lagi lama lagi bagus. Apabila sudah menggelegak, masukkan daging/ayam dan daun kesum. Masak lagi hingga betul-betul pekat. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
Biasanya dalam resipi lain akan cadangkan kita makan dengan nasi panas-panas. Tak semestinya taat sampai macam tu sekali. Sebab kalau dah lauknya sedap macam yang kita tengah saksikan dengan penuh debar ni, makan dengan nasi basipun boleh buat kita nikmati dengan penuh berahi. Perggghh 14 kali!